Pursuit of Jade (2026) | Review Drama

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama

Title : Pursuit of Jade
Director : Zeng Qing Jie
Network : iQiyi
Release Date : 6 March 2026
Episodes : 40
Cast : Zhang Ling He, Tian Xi Wei, Snow Kong, Deng Kai, Li Qing, Yu Zong Li

It follows Fan Chang Yu, a butcher’s daughter, and Xie Zheng, a fallen noble seeking revenge. Their fake marriage turns into true love, but war tears them apart. Determined, Fan Chang Yu wields her butcher’s knife on the battlefield, searching for justice and her husband. Meanwhile, Xie Zheng reclaims his title, fighting to protect his country and love. Reunited in battle, they stand together, defying fate and uncovering the truth.


Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Tian Xi Wei sebagai Fan Chang Yu

Pursuit of Jade diadaptasi dari web novel terkenal mengisahkan Fan Chang Yu meneruskan legasi bapanya sebagai butcher untuk menyara kehidupannya dan adiknya, Chang Ning. Suatu hari, Chang Yu menyelamatkan seorang lelaki yang cedera parah bernama Yan Zheng tanpa mengetahui identiti sebenarnya. 

Kehidupan Chang Yu agak daif juga cuma ada rumah pusaka tinggalan bapanya tapi pacik dia nak claim rumah tu. Chang Yu tiada pilihan bila dia kena cari suami kalau nak kekalkan hak milik rumah tersebut dan Yan Zheng pula bersetuju untuk kahwin dengan Chang Yu.

perkahwinan mereka ni kira fake marriage tapi slowly masing-masing saling jatuh cinta. Chang Yu pun cakap kalau suatu hari nanti Yan Zheng kena pergi dari situ, dia rela lepaskan Yan Zheng.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Zhang Ling He sebagai Yan Zheng/ Xie Zheng/ Marquis Wuan

Yan Zheng atau nama sebenarnya Xie Zheng juga digelar Marquis Wuan seorang general terhebat yang digeruni musuh Xie Zheng tengah menyiasat tragedi yang menimpa bapanya dan bala tentera mereka pada 17 tahun yang lepas tapi dia diserang musuh sehingga cedera parah sebelum diselamatkan Chang Yu.

waktu tu juga tersebar berita yang Marquis Wu an sudah meninggal dunia tapi masih ada lagi musuh dia yang dalam diam cuba jejak dia.

Selepas pulih dari kecederaan, Xie Zheng membuat keputusan untuk kembali semula ke identiti asalnya dan memimpin bala tenteranya. waktu ni negara mereka dalam kekacauan, dengan pemerintahan maharaja yang lemah kemudian Lord Changxin dengan anak beranak dia pula memberontak nak gulingkan kerajaan.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Lin Mu Ran sebagai Sui Yuan Qing (anak kedua Raja Changxin)

Raja Changxin merupakan anak buah mediang maharaja sebelum ni sudah membuat perancangan rapi untuk berperang bagi mengguling kerajaan dan berangan nak jadi maharaja dan menjadikan anak kedua, Sui Yuan Qing sebagai pewarisnya.

Yuan Qing ni sangat kejam sebab dia ni akan bunuh sesiapa sahaja untuk capai matlamatnya. satu kelemahan Yuan Qing ni, dia sangat sayang dan percaya keluarganya tapi dia tak sedar yang dalam diam, abang dia iaitu Sui Yuan Hui dok rancang nak jatuhkan mereka anak beranak.

Bila Yuan Qing tahu yang Xie Zheng hidup lagi, dia pergi serang kampung Chang Yu pastu habis semua penduduk kampung tu dia bunuh sebab nak cari Xie Zheng dan Chang Yu.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama

Selepas Yan Zheng, kampung tersebut jadi huru hara bila semua lelaki dewasa kena rekrut jadi askar pastu tiba-tiba Sui Yuan Qing dengan puak dia datang serang kampung. Tinggal Fan Chang Yu yang berusaha mempertahankan kampung tersebut tapi dia pun tewas dan cedera parah.

Fan Chang Yu kemudiannya keluar dari kampung tersebut pergi merantau untuk mencari adiknya yang kena culik dengan Sui Yuan Qing dan balas dendam untuk penduduk kampung yang terkorban. Dalam perjalanan tersebut banyak perkara yang berlaku sebelum Chang Yu dapat jumpa semula dengan suami dia dan dapat tahu identiti sebenar Yan Zheng.

bila jumpa balik dengan adik dia, Chang Yu plan nak balik semula ke kampungnya tapi waktu ni negara kacau bila dengan peperangan yang berlaku so dia buat keputusan untuk join askar.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama

aku tengok drama ni serius cakap, aku tak faham konflik politik dia. dorang asyik mention pasal tragedi Jinzhao tapi takde back story pun sampai aku ingat aku ada terskip part tu, rupanya punyalah penulis dia nak buat  plot twist sekali sampai episod 39 baru ada back story untuk menjawab semua persoalan yang berlaku.

meh aku bagi spoiler apa yang aku faham pasal masalah politik dalam drama ni.

Konflik politik dalam drama ni asyik cakap pasal persaingan kuasa politik antara keluarga Wei dan Keluarga Li so semua pengawai kerajaan macam tersepit kena buat pilihan sama ada nak sokong Perdana Menteri Wei Yan atau Penasihat Diraja Li Jing.

sepanjang 38 episod tu langsung tak mention pasal watak ni tapi dialah punca kepada segala masalah yang berlaku iaitu LATE EMPEROR. maharaja ni gila kuasa, sibuk nak berperang tanpa fikir keadaan rakyat yang menderita dan kebuluran.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Putera Mahkota Chengde

Pada 17 tahun yang lepas, Putera Mahkota Chengde buat jamuan makan-makan dengan orang kepercayaan dia. Wei Yan waktu tu tengah mabuk tersasul pasal nak gulingkan maharaja. so ada lah yang pergi menyampaikan pada maharaja.

Late Emperor tak suka Prince Chengde sebab dia dapat sokongan ramai keluarga bangsawan so bila tahu pasal khabar angin ni, maharaja ni jadi paranoid so dia buat pakatan dengan Raja Chang Xin untuk jatuhkan Prince Cheng de.

Waktu tu Prince Chengde dan Genereal Xie Lishan (ayah Xie Zheng) keluar berperang dan perang tu berlalu dalam tempoh yang lama makanya Wei Yan dan Wei Qilin (ayah Chang Yu) diperintahkan untuk hantar bekalan makanan tapi mereka ni kena sabotaj yang menyebabkan bekalan makanan tersebut tak sampai sehingga menyebabkan ramai bala tentera yang terkorban termasuk ayah Xie Zheng dan Prince Chengde.

Wei Qilin pula dijadikan kambing hitam sampai digelar pengkhianat negara sebab tu bapa Chang yu terpaksa tukar nama dan bersembunyi sebab nak protect keluarganya.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Perdana Menteri Wei Yan (Pak Cik Xie Zheng)

Wei Yan ni pula bercinta dengan Gundik Shu tapi hubungan mereka terhalang bila Gundik Shu diperintah untuk masuk istana dan jadi gundik. Maharaja yang tahu Wei Yan pernah ada hubungan dengan gundik dia buat fitnah pada mereka berdua.

so pada hari kejadian yang sepatutnya Wei Yan hantar bekalan pada tentera terpaksa tinggal tugasan dia dan berpatah balik untuk selamatkan cinta hatinya. so pendek cakap Wei Yan ni pun mangsa keadaan yang kena fitnah dengan raja tak guna tu.

Wei Yan tahu kekhilafan dia tapi sukar untuk perbetulkan balik keadaan sebab rancangan raja ni terlalu rapi.dah alang-alang kena tuduh jahat biar jadi jadi so si Wei Yan ni bunuh raja tak guna tu dan angkat Qi Sheng sebagai maharaja seterusnya untuk jadi boneka dia.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Deng Kai sebagai Qi Min/ Sui Yuan Huai

watak Qi Min ni macam kesian tapi itulah dia punya kejam tu sampai kau rasa nak maki ja. Andai kata, dia ni cerdik sikit mungkin dia boleh dapat sokongan ramai dan claim balik takhta dia dengan mudah.

Qi Min sebenarnya anak kepada Prince Chengde so bakal pewaris takhta seterusnya tapi disebabkan konflik yang berlaku mak dia terpaksa korbankan diri dan tukar identiti Qi Min dengan Sui Yuan Hua iaitu anak sulung kepada Raja Changxin. Depan Raja Changxin dan Sui Yuan Qing, dia berlakon macam lemah tapi dalam diam dia rancang nak balas dendam dan jatuhkan dua beranak ni.

satu kelemahan Qi Min terlalu obses dengan gundik dia, Yu Qian Qian tapi dia punya kejam tu sama je dengan Raja Chang Xin dan Sui Yuan Qing yang mana dia akan bunuh siapa sahaja yang jadi penghalang walaupun orang tu pernah berjasa pada dirinya sampaikan anak sendiri pun dia nak bunuh, ni kira sebiji ikut perangai atok dia yang kejam tu.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Wen Kan

Wen Kan merupakan cucu kepada penasihat diraja Li Jing dan tunang kepada Puteri Qi Shu (kakak kepada Maharaja Qi Sheng).

Li Jing ni pun jenis gila kuasa tapi disebabkan Wei Yan datang dari keluarga general so kuasa Keluarga Li rendah sikit daripada keluarga Wei. dalam diam Li Jing ni memang nak jatuhkan Wei Yan so dia buat pakatan dengan Qimin untuk gulingkan Maharaja Qi Sheng dan angkat Qi Min sebagai maharaja seterusnya.

Wen Kan pula seorang pembesar yang setia dan nak lihat negara mereka aman so dia macam tersepit juga dengan datuk dia yang gila kuasa. pada mulanya, Wen Kan ni nak sokong datuk dia untuk angkat Qi Min sebagai maharaja seterusnya tapi bila dia tengok sendiri bertapa kejamnya si Qi Min ni dia terpaksa fikir balik sama ada nak sokong datuknya atau bekerjasama dengan Xie Zheng dan Chang Yu.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama
Maharaja Qi Sheng

Punca kejatuhan sesebuah empayar tu disebabkan kelemahan sistem pentadbiran raja tu sendiri. macam Late Emperor tu, dia ada general dan pembesar yang begitu setia berkhidmat tapi itulah tamak sangat kuasa sampai sanggup bunuh anak sendiri dan pembesar yang setia yang menjadi punca negara dia huru hara.

Maharaja Qi Sheng ni pun satu hal juga macam lalang tapi itulah dia naik takhta pun sebab Wei Yan so macam tak pelik kalau dia takut sangat dengan Wei Yan.

Pursuit of Jade (2026) | Review Drama

chemistry watak utama ni memang best, paling suka episod awal banyak fokus pada mereka dia. selain main couple, aku suka juga tengok chemistry Gong Sun dan Puteri Qi Shu, couple yang agak kesian juga sama-sama memendam perasaan dek kerana perbezaan status.

watak Fan Chang Yu ni watak heroin yang bagi aku menarik sebab dia jenis berdikari dan kuat, bukan jenis senang kena buli dan tunggu hero datang selamat, cuma part annoying bila ada masa tu, dia suka buat keputusan ikut kepala dia tanpa fikir kesan dan risiko yang mendatang.

bagi aku, plot drama ni menarik cumanya konflik politik dia tu agak memeningkan kepala. kalau di permulaan cerita dia bagi back story sikit pasal tragedi Jinzhau tu maybe senang sikit nak faham jalan cerita dan kaitkan setiap watak ni, ini kat hujung baru nak buka cerita. but overall, aku enjoy je dengan drama ni. 

Post a Comment

0 Comments