Review Drama Korea | Record of Youth (2020)


Title : Record of Youth
Director : Ahn Gil Ho
Screenwriter : Ha Myung Hee
Network : TVN/Netflix
Aired : 7 September 2020 - 27 October 2020
Episodes : 16
Duration : 1 hour 15 minutes
Cast : Park Bogum, Park So Dam, Byeon Woo Seok, Kwon Soo Hyun, 
Ha Hee Ra, Park Soo Young, Han Jin Hee, Lee Jae Won, Shin Dong Mi


Record of Youth mengisahkan Sa Hye Jun (Park Bo Gum) seorang model yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon namun sepanjang menjadi model tiada satu progress yang positif dalam kerjayanya.

Sa Hye Jun berasal dari keluarga miskin, setelah tamat sekolah dia menjadi model untuk mencari duit tapi agensi pula suka mengambil kesempatan dan selalu culas membayar gajinya sehingga He Jun terpaksa membuat kerja sambilan lain.

sampai satu tahap, Hye Jun berputus asa dengan kerjanya namun berkat sokongan datuk, emak serta pengurus barunya Lee Min Jae, nama Sa Hye Jun mula melonjak naik selepas memegang watak kecil dalam sebuah filem. kehidupan Sa Hye Jun kini berubah dan pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi sebagai seorang pelakon.


berbeza dengan Sa Hye Jun, Won Hae Hyo yang berasal dari keluarga kaya mencipta nama dengan mudah sebagai seorang model dan pelakon kerana bantuan dari emaknya.

Won Hae Hyo menyangka dia berjaya selama ini kerana tuah namun tidak menyedari semua yang berlaku adalah sokongan dari emaknya yang dalam diam menggunakan duit untuk mendapat drama dan filem untuk anaknya di samping membeli followers di intagram Won Hae Hyo.

apabila Sa Hye Jun semakin popular mula terbit perasaan cemburu dalam diri Hae Hyo tapi nasiblah Hae Hyo bukan jenis cemburu sampai nak menjatuhkan kawan baik sendiri.


Ahn Jung Ha pula seorang make up artis yang sudah lama meminati Sa Hye Jun sejak Hye Jun baru masuk ke dalam dunia modeling. Suatu hari Jung Ha dapat peluang jadi stylist Hye Jun untuk satu fashion show, dari situ mereka mula kenal dan jadi rapat kemudiannya jadi kekasih. 

Mereka bercinta secara rahsia dan saling menyokong kerjaya pasangan masing-masing. apabila Sa Hye Jun semakin popular mulalah yang cuba mengorek kehidupan peribadi dan tersebar juga gosip yang Hye Jun bercinta dengan make up artis.

Walaupun Hye Jun tidak kisah untuk memberitahu hubungannya secara terbuka kepada peminat namun Jung Ha tak nak perkara tersebut menganggu perjalanan karier Sa Hye Jun kerana selama ini dia melihat betapa Sa Hye Jun bekerja keras dalam membina namanya sebagai pelakon.


selama ini datuk Hye Jun yg banyak bagi sokongan untuk dia jadi kejar impiannya begitu juga dengan emaknya. tapi beza pula dengan ayah Hye Jun yg rasakan benda yg Hye Jun buat tu adalah sia-sia. sedih wei dah la bapa sendiri tak support lepas tu benda yg bapa dia cakap tu memang sentiasa menyakitkan hati.

tapi Hye Jun berjaya buktikan pada bapanya yg dia boleh berjaya dan masa tu Hye Jun banyak tolong bayar hutang keluarga, lepas tu beli rumah. waktu tu baru bapa dia rasa malu sebab asyik marah Hye Jun selama ini.

pengajarannya kat sini, tak semestinya benda yg parent buat tu betul dan sebagai bapa tak salah pun untuk minta maaf pada anak. sebagai anak tak ada benda yg berharga buat dia melainkan keluarga sendiri bagi semangat dan sokong dengan apa yg dia buat. itu dah cukup berharga lebih daripada wang ringgit.


ramai gila manusia toxic dalam drama ni, first bekas manager Hye Jun iaitu Lee Tak Su. dah la duit show Hye Jun dia kebas lepas tu boleh pula cakap yg kerjaya Hye Jun tak ke mana tapi Tak Su pula tak senang duduk bila nama Hye Jun semakin naik. so dia cuba sebar fitnah pasal Hye Jun dengan harapan Hye Jun akan join agensi dia balik kononnya PR dia paling bagus untuk kawal berita liar.

Tak Su berkawan baik dengan seorang reporter bernama Kim Su Man so reporter ni banyak tulis cerita tak betul pasal Hye Jun. seriusly aku rasa wartawan ni paling bangang dan tak ada etika langsung. at least cuba check fakta betul ke tidak, ini bukti tak ada lepas tu tulis cerita based on mulut puaka Lee Tak Su.

bila kena saman dengan Hye Jun boleh pula gelabah nak marah. dah kau tulis cerita tak betul lepas tu nak expect orang tu nak duduk diam. seriusly aku tak faham dia punya motif tulis cerita macam tu sebab alasan dia nampak macam tak matang.

bukan dua orang ni je sebenarnya setiap episode tu mesti ada perangai manusia yg buat aku rasa nak maki je bila tengok drama ni.


Hye Jun pernah hidup susah, pernah struggle untuk bina kerjaya tapi semua tu yg buat dia jadi kuat untuk tempuh hidup dia sebagai pelakon. bila asyik keluar gosip keluar, Hye Jun relak je sebab dia percaya suatu hari nanti mesti orang tahu kisah sebenar.

Sa Hye Jun jenis baik hati dan sangat merendah diri. walaupun Hye Jun boleh guna jalan shortcut tapi pilih jalan yg penuh liku sebab bila kita lebih menghargai sesuatu bila tahu betapa susah nak dapatkan benda tu.

drama ni boleh buat aku senyum ketawa tapi pada masa sama juga boleh buat aku menangis, macam mana tak nangis kalau tengok Park Bogum banyak nangis dalam drama ni..haha. sebenarnya bukan sebab tu juga tapi banyak benda yg boleh relate dengan diri sendiri sebab cerita dia pasal keluarga, kawan, cinta dan juga kerjaya.

We don't have to figure out our lives right away. That's precisely why life is called a journey and not a destination; the bumpy road that eventually leads us to the right path is what makes success taste way sweeter in the end. Failures are a part of success.


Post a Comment

16 Comments

  1. Dina tidak dapat habiskan cerita ini sebab cringe sangat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik drama memang tak boleh lari bab cringe tu..haha

      Delete
  2. ada few review tulis drama ni best, tapi kalau cringe2 sangat, nanti2 lah kak pip layan. suka kat so dam dan bo gum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la cringe sgt kak pip. best juga layan..hehe

      Delete
  3. sedih sangat bila dia balas bila orang puji dia apa rahsia tenang dan sentiasa senyum. Sedih lagi bila dia nangis sorang-sorang bila dah dapat bilik sendiri. O M G.

    Rasa macam sedihnyaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sedih betul bila scene dia nangis tu..huhu

      Delete
  4. asyik nampak iklan dia kat netflix tapi tak terbuka hati lagi nak tengok..

    ReplyDelete
  5. Lain gila muka Park So Dam, kontra sangat dengan filem parasite tu. okay ada park bogum dan Park So Dam ni best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam drama ni dia jadi make up memang kena nampak cantik sentiasa, sangat kontra dari parasite..hehe

      Delete
  6. mind set kena kuat kan klu jadi artist ni.. jgn cepat melatah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum jadi popular pun dia dah kena teruk, bila jadi popular Hye Jun nampak dah rileks dan tak cepat melatah :)

      Delete
  7. Park Bogum nie kalau sedih memang mampu obuat kita yang tengok nak nangis sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia senyum pun dah cair inikan pula bila nangis. mau nangis sekali juga..

      Delete
  8. dalam listttt ni semestinya kena tngk Park Bogum yang comeyy hehe..

    ReplyDelete
  9. bagu citer mcm ni byk pengajaran boleh ditimba

    ReplyDelete