Review Chinese Drama | Shining For One Thing (2022)


Title : Shining For One Thing
Director : Zhang Pan, Chen Xiao Ming
Screenwriter : Duan Yu Le, Wang Chen
Network : iQiyi
Aired : 26 January 2022
Episodes : 24
Duration : 40 minutes
Genre : Mystery, Romance, Youth, Fantasy
Cast : Karlina Zhang, Shaw Qu, Caesar Wu, Jinna Fu, Luo Ming Jie, Jiang Yun Lin, Roada Xu, Sun Tian Yu, Hou Wei Tao, Yi Zhao Bo, Cui Yi, Cai Gang


Shining For One Thing mengisahkan Lin Bei Xing (Karlina Zhang) yang dapat mengembara ke masa lalu setelah memadam mesej di telefon lamanya. pada mulanya dia menganggap semua itu mimpi buruk kerana apabila terjaga tiada apa yang berubah.

setiap kali di mengembara ke masa lalu, Lin Bei Xing akan bertemu dengan seorang pelajar bernama Zhang Wansen (Qu Chu Xiao). Bei Xing kemudian sedar apa yang dilaluinya adalah untuk merungkai apa yang sebenarnya terjadi kepada pelajar tersebut.


Lin Bei Xing berusia 30 tahun dan suatu hari teman lelakinya, Zhan Yu (Caesar Wu) memberitahu mahu membatalkan perkahwinannya mereka yang tinggal lagi dua minggu. sukar untuk Bei Xing menerima kenyataan tersebut kerana mereka bercinta sejak dari zaman sekolah.

Bei Xing tidak memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya, dalam masa yang sama dia cuba mencari jalan supaya Zhan Yu berubah fikiran dan dapat menyelamatkan hubungan mereka.


Dalam mengimbas kenangan lama, Lin Bei Xing tiba-tiba dapat mengembara ke 10 tahun yang lepas ketika di tahun akhir sekolah tinggi setelah dia memadam mesej di dalam telefon lamanya dan akan kembali semula ke masa kini setelah mendapat mesej berita tentang Zhang Wansen.

Lin Bei Xing kemudiannya sedar apa yang berlaku kepadanya sebenarnya ada kaitan dengan pelajar bernama Zhang Wansen yang terjun dari rumah api selepas peperiksaan kemasukan kolej. dia pun agak curious juga kenapa pelajar pandai membuat keputusan begitu.

bila dia dapat peluang mengembara ke setahun sebelum peristiwa tersebut, Lin Bei Xing percaya yang dia perlu melindungi Zhang Wansen untuk mengelak kejadian malang tersebut.


perkara pertama yang Lin Bei Xing buat adalah merapatkan diri dengan Zhang Wansen, sebenarnya agak susah juga sebab Wansen pelajar kelas pertama, Bei Xing pula kelas tercorot. tapi itu bukan halangan apabila Bei Xing merayu supaya Wansen membantunya dalam  pelajaran.

kalau sebelum ini mana nak nampak Zhang Wansen kalau 24 jam terkejarkan Zhan Yu, kesian juga sebab selama 10 tahun langsung tak dihargai lelaki tersebut. tapi kelakar juga bila Zhan Yu tiba-tiba rasa tercabar bila Lin Bei Xing berhenti mengejar dia dan sibuk berkawan dengan Zhang Wansen.

so bila travel balik banyak benda yang Bei Xing belajar, siapa kawan dia sebenar dan enjoy dengan masa remajanya.


pada mulanya Lin Bei Xing menyangka yang Zhang Wansen menjadi mangsa buli setelah terjumpa satu gambar lama sebab tu Lin Bei Xing sangat anti dengan Maizi (Jiang Yu Lin) samseng di kawasan tersebut. tapi sebenarnya semua itu hanya salah faham dan Wansen juga beritahu yang Maizi sebenarnya tidak seperti apa yang orang lain cakap.

bila msa makin suntuk, Lin Bei Xing dapat bongkar sebenarnya yang terjadi berpunca daripada abangnya sehingga menjadikan keluarga mereka dalam bahaya. yang Lin Bei Xing tak pernah tahu sebelum ini, Zhang Wansen dan Maizi adalah orang yang melindungi dia selama ini.

walaupun Lin Bei Xing beberapa kali dapat mengembara ke masa lalu tapi tiada apa yang berubah pada masa hadapan jika dia cuba mengubah takdir yang lepas. so bagi aku macam tak best juga sebab walaupun banyak benda yang dia buat tapi tak ada effect pun dengan masa hadapan tapi mengembara ke masa lalu sebenarnya memberi peluang untuk Lin Bei Xing tahu kebenaran tentang Zhang Wansen yang dia tak pernah sedar langsung kewujudan pelajar tersebut selama ini.


cuma persoalanya di sini, adakah Zhang Wansen masih hidup lagi selepas terjatuh dari rumah api? jika masa hidup dimnakah Zhang Wansen berada selama ini tanpa berhubung dengan kawan-kawan lama mereka.

plot dan jalan cerita Shining For One Thing sangat menarik untuk ditonton walaupun plot budak sekolah agak klise untuk aku tapi still menarik sebab asyik berteka-teki apa sebenarnya terjadi dengan Zhang Wansen.

tapi ending dia agak tergantung walaupun begitu team production dah umum ada sekuelnya so maybe semua persoalang mengenai Zhang Wansen akan terjawab dalam Shining For One Thing The Movie. so overall antara drama chinese untuk tahun 2022 yang menarik untuk ditonton selepas drama Reset.

Baca juga: 

Post a Comment

3 Comments

  1. Apa ? Misteri? Harus di lihat ni. Thanks for review.

    ReplyDelete
  2. ada tengok 3-4 episod, tapi mcm pening sikit, asyik repeat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yes dia banyak repeat sampai heroin ada gap masa setahun utk figure out apa sebenarnya yg berlaku pada Zhang Wansen.

      Delete