Review Chinese Drama | Reset (2022)

Reset (2022) | Review Chinese Drama

Title : Reset
Director : Sun Mo Long
Screenwriter : Lao Suan
Network : Tencent Video
Aired : 11 January 2022 - 25 January 2022
Episodes : 15
Duration : 45 minutes
Genre : Thriller, Mystery, Sci-Fi
Cast : Bai Jing Ting, Zhao Jin Mai, Liu Yi Jun, Leon Li, Liu Tao, Huang Jue, Liu Dan, Song Jia Teng, Zeng Ke Lang, Zhang Xi Qian

sebab utama nak tengok drama Reset adalah Bai Jing Ting tapi tak sangka best pula, jalan cerita dia bukan tipikal drama china yang aku selalu tengok sebelum ni. 

Reset sebuah drama thriller sci-fi mengenai dua individu yang terperangkap dalam time loop yang memaksa mereka mencari jalan untuk keluar dari situasi tersebut.


Sinopsis:
Waking up that same morning, going through the exact same motions, boarding the same bus, and dying in the same accident, over and over again, Shi Qing soon realizes that she has become trapped in a never-ending time loop. 
Desperate to find a way to escape not only the loop but her tragic fate, Shi Qing inadvertently drags fellow bus passenger, Xiao He Yun, into the loop with her. Together they try to find a way to alter their fate, by ensuring the bus arrives safely at its destination but attempting to do so proves anything but easy.


Reset mengisahkan Li Shi Qing (Zhao Jin Mai) yang melakukan rutin harian menaiki bas ke universitinya tapi tidak menyangka telah terperangkap dalam time loop pada suatu hari.

bas yang dinaikinya terlah terlibat dalam kemalangan dengan lori tangki sehingga terjadi letupan dahsyat dan mengorbankan semua penumpang. apabila terjaga Shi Qing mendapati dia berada di dalam bas sebelum kemalangan tersebut berlaku. cycle tersebut akan berulang jika Shi Qing gagal mencari jalan keluar.

Dalam situasi tersebut, pelbagai cara Li Shi Qing cuba termasuk cubaan menghentikan bas dan turun dari bas tersebut. ada sekali tu, dia berjaya turun dari bas dan mengheret sekali Xiao He Yun (Bai Jing Ting) tapi tetap juga gagal. sebaliknya He Yun pula telah masuk ke dalam time loop dan kini mereka perlu mencari jalan untuk menyelamatkan semua penumpang di dalam bas tersebut.

Reset (2022) | Review Chinese Drama

satu kelebihan time loop ni adalah Li Shi Qing dan Xiao He Yun boleh figure out apa yang berlaku dan cuba cari jalan lain dalam loop seterusnya. semua benda mereka telah cuba termasuk menghubungi polis tapi polis bukan percaya perkara tersebut sebalik mereka pula dituduh dalang sebalik kejadian.

banyak kejutan dan perkara tidak dijangka berlaku dalam kejadian tersebut. pada mulanya Shi Qing dan He Yun menyangka letupan bas tersebut disebabkan perlanggaran dengan lori tangki tapi itu hanya kebetulan sebaliknya ada orang yang telah merancang untuk meletupkan bas tersebut pada masa dan tempat yang ditetapkan.

walaupun mereka dapat mengelak kemalangan tapi bas tersebut tetap akan meletup. daripada misi nak menyelamat, Shi Qing dan He Yun kini perlu menyiasat siapa dalang tersebut dan motif kejadian untuk membolehkan mereka menyelamatkan semua penumpang dan keluar dari time loop tersebut.


Shi Qing dan He Yun daripada takut nak berdepan dengan polis dan bercerita pasal loop, mereka dah tahu apa nak buat dan cari bukti supaya boleh percaya dengan cerita mereka. kalau bukti tak lengkap, polis akan syak mereka tapi bila ada bukti pun polis tetap pelik juga sebab dapat selesaikan kes tu dengan smooth.

yang suka dengan Captain Zhang Chen (Liu Yi Jun) boleh nampak dia tak percaya cerita Shi Qing tapi tetap juga dengar sampai habis. tak ingat loop ke berapa mereka bertemu, Captain macam pelik juga nak tahu pasal motif kejadian padahal kes dah selesai tapi tetap juga beritahu mereka berdua.

Captain Zhang juga yang bagi mereka idea dengan menghubungi polis dalam masa yang sama mengawal keadaan dalam bas supaya penjahat tak trigger. dah tentu dalam next loop Captain Zhang bukan ingat tapi dia punya respond bila mereka mesej tu sangat cekap dan pantas.

Reset (2022) | Review Chinese Drama

walaupun drama Reset pendek tapi banyak pengajaran didalamnya. satu jangan menilai seseorang dari segi luaran. kedua, percaya dengan polis tak kira apa situasi. sebab Shi Qing dan He Yun selalu terfikir dalam masa 10-15 minit tu sempat ke polis nak bertindak dan nasib baik Captain Zhang bagi solution.

ketiga mengenai cyberbully, bila orang tak tahu situasi yang sebenar tanpa teragak terus menghentam tanpa fikir perasaan keluarga mangsa. 

dan last sekali mengenai keadilan untuk mangsa yang semua orang pejam mata. actually time loop ni membawa He Yun dan Shi Qing merungkai satu kejadian yang berlaku lima tahun lepas.

Reset (2022) | Review Chinese Drama

ada dekat 20 kali L Shi Qing dan Zhao He Yun masuk dalam time loop tapi tengok Reset ni langsung tak sempat bosan sebab situasi mereka berbeza dalam setiap cycle, jalan cerita sangat unpredicable dan banyak plot twist. ada satu tahap mereka dah hampir berjaya tapi ada pula benda yang tidak dijangka berlaku. 

kita yang tengok ni pun rasa cuak sekali. aku berjaya habiskan drama Reset dalam satu malam sebab tak sabar nak tahu macam mana mereka selesaikan semua misteri. last episode baru boleh tarik nafas lega..hehe

overall, dari segi jalan cerita, watak dan skrip sangat menarik dan best. Bai Jing Ting dan Zhao Jin Mai bawa watak mereka dengan baik sekali. Highly recommend untuk ditonton.

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments