Review Drama China | You Are My Hero (2021)


Title : You Are My Hero
Director : Zhang Tong
Screenwriter : Qin Wen
Network : WeTV
Aired : 11 Mar 2021 - 8 Apr 2021
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Cast : Sandra Ma, Bai Jing Ting, 
Chen Hao, Jiang Pei Yao, Wayne Wang, Zhang Yao

first time tengok poster dan trailer You Are My Hero ingatkan remake drama korea Descendent the Sun rupanya bukan. konsep je nampak sama iaitu kisah cinta antara doktor dan polis tapi jalan cerita berbeza. aku tengok drama ni sebelum bulan puasa hari itu nasib baik ingat nak sambung balik.


You Are My Hero mengisahkan Mika (Sandra Ma) yg menjadi tebusan di sebuah bank kemudiannya berjaya diselamatkan oleh  Xing Ke Lei (Bai Jing Ti) pasukan polis SWAT. waktu ni Mika tak cam muka orang yg selamatkan dia sebab Ke Lei pakai mask.

dua tahun kemudian mereka bertemu semula apabila Mika selaku doktor pelatih terpaksa mengikuti training emergency rescue yg diadakan oleh pihak hospital dan pasukan polis SWAT, Xing Ke Lei pula menjadi ketua training dia.

Mika tak suka dengan Xing Ke Lei sebab lelaki ni garang dan strict sangat terutama sekali dengan dia tapi sebab Xing Ke Lei juga Mika berjaya lulus training tersebut selepas dia hampir gagal kerana mempunyai fobia pada ketinggian.


selepas habis training tersebut, Xing Ke Lei try approach Mika dan dating kemudiannya Xing Ke Lei berterus terang yg dialah hero penyelamat Mika dulu. Mika gembira bila tahu hero yg dicari selama ini rupanya ada depan dia.

bila bercinta bukan senang mereka nak cari masa bersama bila masing-masing sibuk dengan tugasan kerja. Mika bercita-cita menjadi neurosurgeon dan Xing Ke Lei pula sibuk dengan misi khas. walaupun begitu, Mi Ka dan Xing Ke Lei cuba memahami tugas kerja dan selalu support to each other.


kisah pasangan kedua pula lebih complicated daripada main couple, penat tengok diorang ni main tarik tali. Xia (Jiang Pei Yao) dah jatuh hati pada Wen Bo (Cheng Hao) bila kena cover cerita pasukan polis. actually Xia ni kawan baik Mi Ka dan Wen Bo pula teammates Xing Ke Lei.

Xia confius juga dengan layanan Wen Bo sebab selalu take care pasal dia tapi setiap kali luah perasaan mesti laki ni reject. rupanya Wen Bo ni mengalah bila tahu kawan dia pun minat dekat Xia.


Shao Yuhan dan Xing Keyao bercinta waktu zaman belajar dulu tapi berpisah untuk fokus pada kerjaya masing-masing. Yuhan merupakan pakar bedah saraf juga bos Mi Ka manakala Keyao kakak kepada Xing Ke Lei.

Mika cuba satukan mereka balik tapi jawapan Yu Han mereka dah dewasa so ada cara sendiri untuk selesaikan masalah antara mereka. hubungan MiKa dan Yu Han sangat baik sampai ada gosip kat hospital yg cakap mereka bercinta.


jalan cerita You Are My Hero lebih banyak fokus pada kesibukan kerjaya Mi Ka sebagai sebagai doktor dan Xing Ke Lei sebagai polis pasukan khas. konflik dalam drama ni pun tak banyak dan mostly watak yg ada dalam drama ni jenis yg sempoi terutama sekali Shao Yu Han dan Xing Ke Yao yg matang dalam selesaikan masalah mereka dan juga orang lain.

chemistry Mi Ka dan Ke Lei sangat comel dan watak masing-masing jenis tak banyak drama dan saling memahami kerjaya pasangan mereka. konflik antara mereka pun tak banyak dan tak meleret. yg penting komunikasi, saling memahami dan support pasangan masing-masing.

Post a Comment

7 Comments

  1. Itulah...ingatkan remake DOTS bila baca sinopsis..oo..rupanya bukan.. belum tengok..

    ReplyDelete
  2. best best. rasa nak tgk lagi skli tp sayangnya tak smpt nak tgk sangat dah skrg. emmm kenapa ray x follow sini lgi? *klik button follow

    ape beza novella dengan sapphire?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh i post semua pasal drama dan movie kat sini. blog novella tu xde niche.hehe

      Delete
  3. hero nya handsome.haha nampak menarik jalan cerita nya :)

    ReplyDelete
  4. you review buat cita ni mcm best

    ReplyDelete
  5. konsep yang sama ye dengan Descendent the Sun. kalau sama dah tahu jalan cerita dia. Bagus bila masing masing faham tugas masing masing.

    ReplyDelete