Drama China | To Love (2020)


Title : To Love
Network : Youku
Aired : 19 Nov 2020 - 17 Dec 2020
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Cast : Lin Gengxin, Gai Cass, Du Chun, Liu Ming Ming, 
Li Qing, Li Kun Lin, Feng Joyce, Lin Cheng

asalnya tengok drama ni sebab hero dia tapi terus suka dengan jalan ceritanya. tajuk drama bunyi macam drama cinta tapi drama ni lebih kepada crime investigation dan ada selit sikit kisah cinta.


Yan Jin dulunya polis tapi selepas kematian kawan baiknya, dia buat keputusan untuk buka restoran, family pula kaya memang tak ada masalah nak cari modal.

tapi sekarang Yan Jin jadi spy polis untuk kawan baiknya Cheng Rui Min yg tengah siasat kes berkaitan geng dadah. polis struggle juga nak tangkap geng ni sebab tak ada maklumat dan bukti yg cukup.

one day, mereka nak siasat pasal KK yg merupakan penjual dadah untuk kumpulan tersebut so mana tahu mereka boleh korek maklumat melalui KK.

Ji Xiao Ou pula pemilik kafe dan jadi rapat dengan Zhan Yu bila tahu kesusahan  Zhan Yu yg belajar dan terpaksa jaga mak dia yg sakit. Xiao Ou dan  Yan Jin bertemu kerana Zhan Yu. di mata Xiao Ou ni Zhan Yu budak yg baik manakala Yan Jin pula nak confirm identiti Zhan Yu sebagai KK.

Yan Jin pertama kali berjumpa dah jatuh hati dengan Xiao Ou so sambil menyiasat pasal KK tu ambil kesempatan juga untuk mengorat Xiao Ou.

kesian juga dengan Yan Jin asyik kena reject je dengan Xiao Ou tapi bila sudah berjaya pikat hati Xiao Ou, Yan Jin pula tiba-tiba menghilangkan diri.


yg menariknya storytelling drama ni dari dua perspektif watak utama. kalau dari side Xiao Ou nampak yg Yan Jin ni pervert dan macam tak ada kerja asyik lepak kat kafe dia. tapi dari side Yan Jin, kita akan tahu yg sebenarnya life dia sangat mencabar dan kenapa dia terpaksa bertindak begitu.

dalam 15 episode awal sebenarnya macam flashback, Yan Jin dan Xiao Ou cerita balik pasal kisah mereka, apa kaitan mereka dengan Zhan Yu sebab mereka sebenarnya sedang disiasat oleh Zhang Ting Hui.


ini bukan spoiler sebab dari awal Zhang Ting Hui dah beritahu yg Zhan Yu mati dibunuh, Yan Jin pula dituduh sebagai pembunuh Zhan Yu. bukan itu sahaja dia juga dituduh berkomplot menjual dadah. Yan Jin tak dapat buktikan yg dia undercover cop disebabkan Rui Min koma.

dari awal lagi dah penuh persoalan, macam mana Zhan Yu dibunuh dan kenapa pula Yan Jin dituduh sebagai pembunuh. polis ada bukti cukup kuat untuk suspek Yan Jin sebab semua bukti point kepada dia. ini antara sebab yg menarik aku untuk terus tengok drama ni. drama ni ada 40 episode dah tentu bukan senang nak jumpa pembunuh dia.

cuma tak puas hati juga cara Zhang Ti Hui ni buat kerja macam distracting dengan banyak benda walaupun Rui Min dah sedar dari koma dan jelaskan perkara sebenar tapi Ti Hui masih lagi syak Yan Jin.


masalah Zhang Ti Hui ni dia asyik fokus pada Yan Jin sebab tu tak boleh nampak penjenayah sebenarnya. kalau kisah lama Yan Jin, kes yg berlaku waktu dia jadi polis boleh terbongkar takkan tak boleh fikir siapa orang yg paling rapat dengan Yan Jin dan pernah berkerjasama sekali dulu. 

dari awal lagi aku dah nampak siapa pembunuh tapi itulah penat berteka-teki bila polis slow sangat buat kerja. enam episode akhir tu baru nampak Zhang Ti Hui cerdik sikit dan boleh bekerjasama dengan Cheng Rui Min untuk menangkap pembunuh sebenar. so nak tahu siapa pembunuhnya kenalah tengok drama ni.


watak Xiao Ou pula sangat matang dan rasional, tak tahu macam mana dia begitu yakin dan percaya pada Yan Jin padahal dia bukan kenal lama sangat Yan Jin. suka juga tengok cara heroin handle masalah dan support Yan Jin walaupun terpaksa berpisah jauh.

aku suka tengok chemistry antara Gengxin dan Cass Gai tapi drama ni lebih fokus pada penyiasatan tak banyak screentime mereka bersama. Gengxin banyak berlakon ancient drama, bila dalam modern drama nampak hot giler. hopefully ada next projek Geng Xin dan Cass Gai lepas ni.

overall, plot dan jalan cerita To Love sangat menarik walaupun pacing agak slow sikit. ost pun sedap dan muzik latar kena dengan mood cerita dan cinematography cantik. so kalau yg suka drama penyiasatan bolehlah cuba tengok drama To Love.

Post a Comment

15 Comments

  1. padan la belom tertengok lagi. haha

    ReplyDelete
  2. Macam menarik sebab Crime Investigation..

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk ingatkan drama cinta tapi lepas baca review Tiara, boleh masuk dalam list ini.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mula2 ingat drama cinta tapi lepas tengok terus suka dgn jalan ceritanya :)

      Delete
  4. lawa laa heroin tu. sekali imbas mcm kim ji won / kim tae hee je ;-)

    ReplyDelete
  5. tajuk romantik baca review oh wow gitu... tapi leas nampak 40 eps alamakkk hahahha bookmark dulu, ada masa akan ku tengok drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. chinese drama memang gitu, cerita yg best semua episode panjang berjela..haha

      Delete
  6. tengok trailer terus rasa macam, hurmmm kena masuk dalam watch list ni...masalah bila start layan series ni dia punya fangirling around that drama tu...uish bahaya....habis semua benda distalknya...hahahaha

    aktor, aktres, ost, trivia, review, personal life....kena kuatkan jiwa untuk hadap ni...masih tak move on lagi dari Han Shanyang sebenarnya....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham perasan AO tu. bila dah suka hero tu memang susah nak move on, i pun siap sambung baca novel dia pula..haha

      Delete
  7. crime investigation selalunya jalan cerita dia best. Kadang kadang ada plot twist. Okaylah selit sikit kisah cinta. Tengok tajuk macam banyak kisah cintanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jemu nak tengok drama cinta sekarang ni. bila jumpa cite macam ni memang laju la layan..hehe

      Delete
  8. i kalau tgk chinese dramakan ,i kena hafal setiap nama dalam dramalist dulu kalau tak, i selalu blurrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun ada masalah nak hafal nama bila tengok drama cina dgn korea. dah la nama diorang nak sama bunyi pun dekat2..haha

      Delete