Review Drama China | Serendipity (2021)


Title : Serendipity
Director : Henry Liu
Network : Sohu TV
Aired : 5 August 2021 - 26 August 2021
Episodes : 12
Duration : 40 minutes
Cast : Sky Li, Wen Mo Yan, Song Yi Xiong, Wei Ran, 
Lu Fang Qi, Yu Mei Yang, Wang Ju Bi, Ye Yan


Serendipity mengisahkan Mu Xiaoru (Wen Mo Yan) seorang pelajar universiti dalam bidang arkeologi yang meminati seorang profesor bernama Yan Sui (Sky Li).  Suatu hari Mu Xiaoru cuba menyeludup masuk ke auction house untuk berjumpa Profesor Yan Sui malangnya pihak sekuriti menyedari kehadirannya.

ketika melarikan diri daripada guard yang bertugas, Mu Xiaoru telah tersesat masuk ke dalam dunia buku. kini dia perlu menyelesaikan segala misi yang diberikan untuk kembali semula ke alam realiti.


Mu Xiaoru sebenarnya dah bertembung dengan Proffesor Yan Sui di auction house tersebut tapi disebabkan identiti Yan Sui yang misteri, Xiaoru langsung tak cam muka Yan Sui. lagi pula Xiaoru cakap dia adalah peminat Professor Yan, lagilah Yan Sui malas nak layan.

bila Mu Xiaoru beredar dari situ baru Yan Sui perasan yang Mu Xiaoru memakai gelang jade yang dicarinya selama ini dan cuba mencari semula gadis tersebut. 

gelang jade yang dipakai Mu Xiaoru itu sebenarnya kunci untuk masuk ke dalam dunia buku. Xiaoru pula tersesat ke dalam buku sebab tak sengaja pergi masuk kedai buku yang menyimpan pintu menghubungkan antara dua dunia ini.


Yan Sui dan Wan Wan yang merupakan spirit book terpaksa masuk ke dalam buku tersebut untuk menerangkan kepada Mu Xiaoru apa sebenarnya yang berlaku dan menolong Mu Xiaoru menyelesaikan misinya bagi membawa Xiaoru kembali semula ke dunia realiti.

watak Yan Sui agak complicated dan misteri sikit tapi yang aku faham Yan Sui kena travel ke dalam buku untuk mengumpul spiritual energy untuk membolehkan dia kembali semula ke dunia tapi tak diberitahu pula sama ada Yan Sui dari dunia yang sama dengan Xiaoru atau dari dunia lain.

dan sekarang Yan Sui memerlukan bantuan Mu Xiaoru untuk membantunya menyelesaikan misi yang ada sebab dia tak mempunyai banyak masa lagi.


setiap kali travel ke dalam dunia ini, jalan cerita dia akan berbeza, watak berbeza dan misi jga berbeza. Mu Xiaoru kena menyelesaikan misi yang diberikan supaya tidak terperangkap selamanya dalam buku tersebut.

masalah berlaku apabila spirit of book menjadi tidak stabil, Mu Xiaoru pula disedut masuk ke dalam buku lain dan Yan Sui pula kehilangan spiritual energy untuk mengawal watak dalam buku yang dimasuki Mu Xiaoru. Mu Xiaoru dan Yan Sui perlu mencari jalan keluar supaya tidak terus terperangkap dalam dunia tersebut.


drama ni kelakar, aku suka watak hero dia yang tak faham pasal perempuan tapi comel pula bila tengok dalam diam Yan Sui jaga dan protect Mu Xiaoru then hubungan mereka makin rapat dan saling jatuh cinta. 

walaupun agak complicated tapi jalan ceritanya menarik dan best juga sebab lebih fokus pada watak heroin yang tersesat dan cuba adapt dengan story dan watak yang dia dapat. sepanjang 12 episode, Mu Xiaoru sempat travel dalam tiga buku, aku suka cerita yang first dan last. 

overall, siapa suka tengok drama fantasi bolehlah tengok drama Serendipity lagipun drama ni sangat pendek.

Post a Comment

6 Comments

  1. Okay sis tengok!!! Excited. tunggu review k..Haha

    ReplyDelete
  2. drama pendek ni kadang ada yang cakap tak puas pulak hehe

    ReplyDelete
  3. saya suka! lagi lagi ada pasal buku heheh

    ReplyDelete
  4. cambest tu setiap kali travel bertukar watak, cerita dan misi. macam main game pulak kena selesaikan misi :)

    ReplyDelete