Best Chinese Drama 2020-2022

Best Chinese Drama 2020-2022

Walaupun drama korea lebih ramai pengikut tapi bagi aku chinese drama ni tetap ada kelebihan dia juga, saban tahun banyak jalan cerita dengan tema yang fresh diterbitkan dan directing pun semakin bagus cuma kadang tak perasaan sangat drama yang underated sebab lebih banyak drama idol klise yang mendominasi pasaran.

Senarai di bawah adalah  favourite drama dari tahun 2020 hingga 2022 yang rekomen untuk siapa yang mencari drama chinese. ini pun sebenarnya ada lagi drama yang aku tak sempat tengok.

Best Chinese Drama 2020-2022


1. RESET

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Bai Jing Ting, Zhao Jin Mai, Liu Yi Jun, Liu Tao
Genre : Thriller, Mystery, Sci-fi
Episod : 15
Network : WeTV, Netflix

Mengisahkan dua individu yang menaiki bas yang sama terperangkap di dalam time-loop. Mereka perlu merungkai misteri di sebalik kemalangan yang berlaku bagi memastikan semua penumpang bas tersebut selamat tiba ke destinasinya dan seterusnya keluar dari time loop tersebut.

Review Drama : Reset

2. Shining For One Thing

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Karlina Zhang, Qu Chu Xiao, Caesar Wu, Jinna Fu, Luo Ming Jie
Genre : Mystery, Romance, Youth Fantasy
Episod : 24
Network : iQIYI

Mengisahkan Lin Bei Xing yang berusia 30 tahun kecewa apabila tunangnya yang bercinta dari zaman sekolah tiba-tiba mahu memutuskan hubungan mereka. Bei Xing mendapat peluang untuk travel balik ke masa lalu ketika berusia 18 tahun lalu tekad melupakan tunangnya dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah masa depannya. 

Namun kehadiran Zhang Wan Sen menjadi misteri buatnya kerana dia langsung tidak mengingati pelajar tersebut. Siapakah sebenarnya Zhang Wan Sen dalam hidup Lin Bei Xin?


3. My Deepest Dream

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Li Yi Tong, Jin Han, Jenny Zhen, Wang Zi Rui
Genre : Thriller, Romance, Sci-fi, Fantasy
Episod : 30
Network : WeTV

Mengisahkan Tan Jiao seorang novelis yang percaya dengan konsep time travel dan parallel universe. Selepas pulang bercuti dari kapal persiaran, Tan Jiao selalu mengalami mimpi yang sama berulang sehinggalah dia berjumpa dengan lelaki yang sama dalam mimpinya iaitu Wu Yu. Namun apa yang mengejutkan, Tan Jiao baru tersedar yang dia hilang ingatan dan tidak mempunyai memori selama setahun selepas dari percutian tersebut.

Tan Jiao bersama Wu Yu mengembara ke masa lalu untuk trace semula memori mereka yang hilang, dalam masa yang sama mencari pembunuh adik Wu Yu dan menyelesaikan misteri yang berlaku.

Review Drama : My Deepest Dream

4. Love Like The Galaxy

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Leo Wu, Zhao Lu Si
Genre : Historical, Romance, Political, Mystery
Episod : 56
Network : WeTV/ iQIYI

Mengisahkan Ling Bu Yi seorang panglima muda perang yang handal dan juga anak angkat kesayangan maharaja yang jatuh dengan seorang gadis nakal bernama Chen Shao Shang. Pelbagai konflik dalam percintaan Ling Bu Yi apabila dia mempunyai tugas besar kepada negara dalam masa yang sama membalas dendam kepada pembesar istana yang bertanggungjawab menghancurkan keluarganya dulu.

Review Drama : Love Like The Galaxy

5. Out With A Bang

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Zhang Jiong Min, Xu Ruo Han, Hao Fu Shen, Jeremy Wang, Song Pei Ze
Genre : Romance, Youth, e-Sport
Episod : 24
Network : iQIYI

Mengisahkan Xiao Yi Chuan seorang pemain profesional e-sport terbaik dikecam hebat kerana tidak berjaya membawa pasukannya memenangi sebarang pertandingan. dalam masa yang sama Yi Chuan membuat pertimbangan sama ada untuk terus bersara dari e-sport. Atas pujukan Xiong Jiu Jiu, Yi Chuan  join team baru yang mana ahli pasukannya tidak mempunyai pengalaman bermain game secara profesional.

Review Drama : Out With A Bang

6. You Are My Glory

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Yang Yang, Dilmura Dilrabat
Genre : Romance, Comedy, Life
Episod : 32
Network : WeTV

Kisah cinta antara Qiao Jing Jing seorang pelakon terkenal dengan aerospace engineer bernama Yu Tu. Jing Jing meminati Yu Tu sejak sekolah lagi dan bertemu semula 10 tahun kemudian dalam satu online game. Hubungan mereka semakin rapat apabila Jing Jing meminta Yu Tu untuk mengajarnya bermain game tersebut.

Review Drama : You Are My Glory

7. You Are My Hero

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Bai Jing Ting, Sandra Ma, Chen Hao, Jiang Pei Yao, Wang Yang, Zhang Yao
Genre : Romance
Episod : 40
Network : Youku, WeTV

Mengisahkan Mika seorang doktor pelatih menjadi tebusan di sebuah berjaya diselamatkan oleh Xing Ke Lei, anggota pasukan SWAT. Beberapa tahun kemudian mereka bertemu semua, Xing Ke Lei yang jatuh hati dengan Mika cuba mendekati gadis tersebut.

Review Drama : You Are My Hero

8. Unforgettable Love

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Miles Wei, Hui Yi Xuan, Lennon Sun
Genre : Romance, Comedy
Episod : 40
Network : Mango TV, WeTV, iQIYI

Mengisahkan He Qiao Yan seorang CEO muda yang berkahwin kontrak dengan Qin Yi Yue demi anaknya yang mempunyai masalah speech delay. Mereka kemudiannya jatuh cinta namun konflik berlaku apabila mak cik Qiao Yan sudah membuat perancangan untuk menjodohkan Qiao Yan dengan gadis pilihannya.

Review Drama : Unforgettable Love

9. To Love

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Lin Geng Xin, Gai Cass, Du Chun, Liu Ming Ming
Genre : Mystery, Thriller, Romance
Episod : 40
Network : Youku

Mengisahkan Yan Jin seorang ahli perniagaan dan bertemu dengan Xiao Ou dalam satu insiden. Sejak hari itu, Yan Jin tidak berputus asa untuk mendekati Xiao Ou sehingga sanggup jadi pelanggan setia di kafe Xiao Ou. Yan Jin sebenarnya mempunyai misi rahsia untuk menyiasat mengenai Zhan Yu yang merupakan pekerja di kafe tersebut. Namun keadaan berubah apabila Zhan Yu dibunuh dan Yan Jin menjadi suspek utama pembunuhan tersebut.

Review Drama : To Love

10. My Little Happiness

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Xing Fei, Tang Xiao Tian, Huang Yi Lin, Wen Rang
Genre : Romance, Comedy
Episod : 28
Network : WeTV

Mengisahkan Shou Qing dan Cong Rong yang berkawan waktu kecil dan berjanji untuk bertemu semula apabila mereka dewasa. Namun Cong Rong tidak ingat siapa sebenarnya Shou Qing. Walau bagaimanapun, Shou Qing yang sudah lama menyimpan perasaan pada Cong Rong tidak berputus dan cuba mendekati gadis tersebut.

Review Drama : My Little Happiness

11. Go Ahead

Best Chinese Drama 2020-2022

Pelakon : Seven Tan, Son Wei Long, Steven Zhang
Genre : Comedy, Romance, Melodrama, Life
Episod : 46
Network : Mango TV, iQIYI

Drama bertemakan kekeluargaan dan persahabatan mengisahkan Jian Jian, Ling Xiao dan Zi Qiu yang tidak mempunyai pertalian darah membesarkan bersama dan sangat rapat seperti adik-beradik. Mereka terpaksa berpisah apabila Ling Xiao dan Zi Qiu menyambung pelajaran di luar negara dan bertemu semula 10 tahun kemudian.

Review Drama : Go Ahead

Post a Comment

2 Comments

  1. Yg dah tgk no. 1, 6, 7 & 10..no. 4 halfway...paling suka no. 6..hehe..

    ReplyDelete
  2. no 4 tengah ikuti kat 8tv tak habis lagi. Geram je dgn puteri raja yang asyik buli shaoshang. No 10 nak ganti citer she and her perfect husband kat 8tv pukul 6 petang. she and her perfect husband tu pun best. pasal dunia lawyer dan dunia pelaburan. Tapi hero dan heroin tu sweet tapi slow nak bagi tau perasaan masing-masing hish sabor je aku.

    ReplyDelete