Review Drama China | Go Ahead (2020)

Go Ahead (2020)

Title : Go Ahead
Director : Ding Zi Guang
Screenwriter : Wang Xiong Cheng
Network : Mango TV
Aired : 10 August 2020 - 6 September 2020
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Cast : Seven Tan, Song Wei Long, Steven Zhang, Tu Song Yan, 
Zhang Xi Lin, Sun Yi, Yang Tong Shu, Luna Yuan, He Rui Xian, Amber Song

Go Ahead (2020)

Go Ahead kisah individu yg tidak mempunyai pertalian darah tapi hidup bahagia dan sangat rapat seperti sebuah keluarga. Li Hai Chou membesarkan anaknya, Li JianJian (Seven Tan) seorang diri selepas isterinya meninggal dunia, dalam masa yg sama Hai Chou sibuk menguruskan kedai mi miliknya.

Walaupun begitu, JianJian tak pernah rasa kekurangan kasih sayang dan gembira hidup dengan ayahnya. mungkin sebab Hai Chao seorang yg positif dan optimis so anak pun ceria selalu.

satu hari, ada satu keluarga yg baru berpindah dan tinggal di tingkat atas rumah mereka. Jianjian excited nak berkawan dengan Ling Xiao (Wei Long) sebab dia teringin nak ada abang tapi kesian orang tak layan.

Go Ahead (2020)

ada la jiran mereka nak pasangkan Hai Chou dengan janda anak satu bernama He Mei. Jianjian pula tak suka bila tahu bapa dia nak kahwin lain. so Jianjian jadi anti giler dengan Ziqiu (Steven Zhang). tapi bapa dia tak jadi kahwin pun.

tak lama selepas itu, He Mei minta Hai Chou jaga Ziqiu sebab nak kerja jauh dan sejak hari tu Zi Qiu tinggal dengan keluarga Jianjian dan anggap Hai Chou macam bapa sendiri.

lain pula dengan masalah Ling Xiao yg terabai bila emak dan ayahnya selalu bergaduh. Hai Chou dan Jianjian yg ternampak Ling Xiao duduk seorang diri kat tangga mengajak Ling Xiao makan di rumah mereka.

Go Ahead (2020)

Chen Ting(emak Ling Xiao) tak boleh terima kematian anak bongsunya, setiap masa dia asyik nak salahkan Ling Xiao dan suaminya, Heping yg sibuk bekerja sebagai polis tapi tak pernah kesah dengan anak sendiri. sampai satu tahap Chen Ting tak tahan lagi, dia minta cerai dan terus tinggal Ling Xiao macam tu saja.

sejak hari itu, Hai Chou dan He Ping decide untuk jadi keluarga dan saling membantu. kerana kesibukan He Ping, Hai Chou yg banyak menjaga Ling Xiao dan Ziqiu macam anak sendiri. hubungan mereka berdua dengan Jianjian pun sangat rapat macam adik beradik.

Go Ahead (2020)

Ling Xiao dan Zi Qiu sebaya dan merupakan pelajar cemerlang di sekolah yg tengah prepare ujian kemasukan universiti. lain pula dengan Jianjian yg nakal dan tak suka study tapi lebih suka melukis dan ukiran kayu. yg tak tahan bangga pula tu dapat nombor satu dari belakang. 

konflik terjadi bila Chen Ting dan Zhou Huaguang (bapa kandung Ziqiu) tetiba muncul semula nak tuntut anak mereka balik. baik Ling Xiao mahupun Ziqiu, mereka dah selesa dengan keluarga mereka sekarang walaupun tak ada pertalian darah dan tak pernah terfikir nak balik pada keluarga kandung sendiri.

namun akhirnya mereka terpaksa berpisah juga bila keadaan memaksa. Ziqiu setuju pergi belajar di UK bila tahu Zhou Huaguang main taktik kotor sabotaj bisnes Hai Chou. Ling Xiao pula sambung belajar di Singapura sebab dalam masa yg sama nak jaga Chen Ting yg lumpuh kerana kemalangan.

Go Ahead (2020)

Jianjian telah berjaya sebagai pengukir dan mempunyai studio sendiri. Ling Xiao pula seorang doktor gigi manakala Ziqiu pula pastry chef.

mereka bertemu semula 10 tahun kemudian, time ni Jianjian rasa awkward giler dengan abang-abang dia sebab bukan sekejap waktu mereka berpisah walaupun ada juga sesekali berhubung.

bila Jianjian dah mula selesa tiba-tiba keadaan jadi awkward bila Ling Xiao dan Ziqiu meluahkan perasaan padanya. pening juga Jianjian nak buat keputusan tapi dah boleh teka pilihan Jianjian sebab dari awal lagi dah boleh nampak Jianjian suka siapa.

Go Ahead (2020)

Go Ahead bukan drama pasal cinta tapi tentang keluarga, parenting dan persahabatan. cite dia banyak highlight perangai mak-mak yg mungkin kita ada jumpa dalam real life.

Chen Ting sebagai mak yg selfish yg tinggalkan anak dia tiba-tiba nak ambil balik bila anak dia dah besar. sangat tak adil buat Ling Xiao bila tiada pilihan kena jaga mak dan adik tirinya sambil belajar.

masalah Chen Ting ni dia tak pernah nampak salah sendiri, semua salah orang lepas tu tak habis buruk sangka kata orang membawang pasal dia. dia ingat orang lain takde kerja kot nak jaga tepi kain dia sepanjang masa.

Go Ahead (2020)

bila Ling Xiao cakap nak kembali ke China mulalah si Chen Ting buat ayat sedih pastu meroyan sebab tak nak lepaskan Ling Xiao. macam tak heran bila Ling Xiao dapat depression sebab terpaksa telan semua benda seorang diri.

mujurlah Ziqiu secara tak sengaja dapat tahu masalah Ling Xiao. ayah Ling Xiao dan Jianjian cuba bawa Ling Xiao pergi berubat untuk atasi masalah depression dan imsonia dia.

Ziqiu pun ada masalah juga bila semua orang ingat dia hidup bahagia dengan bapa kandung dia yg kaya, rupanya lagi banyak menderita sepanjang duduk di luar negara.

Go Ahead (2020)

aku ingatkan He Mei ni jenis selfish macam Chen Ting dan rasa terbeban dengan ada anak rupanya ada sebab lain kenapa He Mei terpaksa tinggalkan Ziqiu. tapi at least He Mei make sure kebajikan Ziqiu terjaga sebelum pergi.

bila He Me kembali, dia rasa tak layak nak jalinkan semula hubungan mereka anak beranak. He Mei cuma mampu jadi mak yg protect anak dia dari jauh.

Life is hard for everyone.

sebab tu kita tak boleh nak judge orang lain sebab tak tahu kesusahan dan rintangan yg terpaksa dilalui dalam hidup dia.

Go Ahead (2020)

satu jenis lagi parent yg suka letak harapan terlalu tinggi pada anak sampai anak yg rasa terbeban. Mingyue ni kawan baik Jianjian dari zaman sekolah. cita-cita Mingyue nak jadi wartawan tapi mak dia nak dia jadi penguam. 

Mingyue kira anak yg baik dan sabar juga sebab cuba ikut cakap mak dia tapi dalam diam Mingyue banyak memberontak. stress juga bila mak dia terlalu mengawal hidup dia. aku memang tunggu je Mingyue meletus dan finally..

Go Ahead (2020)

dah tentu parent yg terbaik dalam drama ni adalah Mr Li mampu besarkan tiga orang anak dengan baik. bagi Haichao, dia sangat hormat segala keputusan anaknya. 

walaupun Jianjian malas nak belajar tapi Haichao support minat Jianjian yg suka melukis walaupun ada yg mempertikaikan kata Jianjian tak ada masa depan. 10 tahun kemudian boleh nampak yg Jianjian sangat happy dengan life dia dengan kerja dia.

bila ada scene hati ke hati dengan Haichao ni memang nangis la wei, macam mana dia layan Jianjian macam tu juga dia support Ziqiu dan Ling Xiao. tak heran la kalau Ling Xiao dan Ziqiu sayang Mr Li lebih daripada keluarga kandung mereka sendiri.

Go Ahead (2020)

kesimpulannya tak ada watak pun dalam drama ni. seburuk mana pun perangai mak, terasa dan marah macam mana pun kita sebagai anak, dia tetap mak dan kita kena hormatkan mereka.

Life is full of troubles but we still should be happy.

walaupun drama ni panjang tapi puaslah tengok sebab setiap memang best dan setiap episode juga aku tergelak dan menangis sekali. memang tersentuhlah hatiku ini bila tengok drama yg banyak main isu keluarga dan parent ni. sangat recommend untuk korang tengok drama Go Ahead terutama sekali yg bergelar mak dan ayah sebab banyak benda yg boleh belajar dari drama ni.

Post a Comment

12 Comments

  1. Perghh bila bc sinopsis ni dah mcm tgk the whole drama hehehe

    ReplyDelete
  2. cerita gini kureng sikit la nak layan

    ReplyDelete
  3. susah la nak terima klu dah lama tinggal then tetiba bapa kandung nak ambik balik.. rasa mcm strangers

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapa kandung dia bukan tinggalkan dia tapi tak pernah tahu pun kewujudan dia tiba-tiba datang nak tuntut memang susah la dia nak terima..

      Delete
  4. Boleh nampak jenis ibu bapa yang ada di dunia.

    ReplyDelete
  5. selamat menonton drama ye. Abam Kie tgok drama ulangan di youtube je sbb x sempat.

    ReplyDelete
  6. Rasa lengkap dan terperinci sinopsis ni!

    ReplyDelete
  7. Sedihnya cerita macam ni. teringat cerita pawn. tak ada pertalian darah tapi kasih sayang tu cukup.

    ReplyDelete
  8. Suka tgk ceta psl family mcm ni.. tp pnjgnya 40 episod.. nk tgk kat mana ni TS?

    ReplyDelete
  9. aww best citer macam ni penuh dgn aura positif

    ReplyDelete