Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Tahun 2022 dah hampir sampai ke penghujung, kalau korang sedang mencari drama melayu untuk ditonton mungkin boleh cuba tengok senarai drama pilihan sis di bawah ini.

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022 : 


One Cent Thief (Astro Ria)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Mengisahkan Iman Syah yang terdesak mendapat wang untuk kos perubatan ayahnya bertindak menggodam sistem bank tempatnya bekerja dan mencuri 1 sen dari setiap akaun pelanggan di situ.

Lakonan Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Faizal Hussen, Sofia Jane dan Fabian Loo.



Scammer 2 (Astro Ria)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Mengisahkan Taqriz yang mahu menuntut bela atas kematian bapanya yang menjadi mangsa fitnah sindiket penjualan hartanah. Manakala Rudi pula penunggang agama yang menggunakan anak-anak yatim untuk kepentingan dirinya sendiri.

Lakonan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Fara Nabilah



Kudeta (Astro Ria)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Mengisahkan Mariam Imran yang merupakan perdana menteri wanita pertama Masraya berusaha untuk kekalkan kuasa atas gabungan pakatan parti yang goyah untuk mengelakkan rampasan kuasa, KUDETA.

Lakonan Vanida Imran, Adlin Aman Ramli, Aedy Ashraf, Namron dan Aqasha


Rindu Kasih (TV3)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Mengisahkan rumah tangga Salina yang dilanda konflik kerana campur tangan ibu mertuannya. Salina kemudiannya dipenjarakan dan bertemu dengan ibu kandungnya yang telah lama terpisah.

Lakonan Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Nafiz Muaz dan Amyza Aznan.


Risik Pada Hati (TV3)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Rumah tangga Hayfa dan Adam sangat bahagia meskipun mereka tidak mempunyai zuriat. Hayfa meminta Adam mengahwini Aisya namun tidak mengawal perasaan cemburunya apabila melihat kemesraan Adam dan Aisya ditambah pula ada pihak lain yang cuba memburukkan keadaan menyebabkan rumah tangga mereka semakin goyah.

Lakonan Ummi Nazeera, Alif Satar, Zara Zya dan Shiqin Kamal


Budak Tebing 3 (TV3)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius dan banyak berubah sehingga hubungannya dengan Yoyol dan Talam mula terjejas. Kemunculan Kylo yang semakain rapat dengan budak tebing lain tidak disenangi oleh Arif.

Lakonan Adam Lee, Aedy Ashraf, Firdaus Gufran, Eyka Farhana, Izz Ilham, Nelissa Nizam dan Nabil Aqil.



Villa Kristal (WeTV)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Mengisahkan Hani seorang penulis novel menyamar sebagai menantu ahli politik dan masuk ke Villa Kristal untuk mencungkil rahsia isteri kedua dan perempuan simpanan golongan VIP. Dalam mencari bahan untuk novel terbaru berlaku satu kes pembunuhan di Villa Kristal.

Lakonan Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Jasmine Suraya, Mawar Rashid, Fadlan Hazim dan Tony Eusoff.



Hantu Raya Pergi Perang (Sooka)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Kadir Osman mendapatkan hantu raya dari Pawanggis untuk berlawan dengan Null Corp yang telah merampas tanah dari penduduk Kampung Geliga dan juga mahu membuktikan cintanya pada Manisah.

Lakonan Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman dan Iman Corrine



Ijab Kabut (VIU)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Deanna menrancang perkahwinan impiannya namun tunangnya memutuskan hubungan mereka. Deanna tidak mahu mahu membatalkan majlis perkahwinan lagi mencari lelaki yang sesuai untuk menggantikan tempat pengantin lelaki.

Lakonan Azira Shafinaz, Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alauddin



Hilang  (VIU)

Senarai Drama Melayu Wajib Tonton Tahun 2022

Inspektor Munir kembali ke kampung kelahirannya, Seri Daik selepas 17 tahun untuk menyiasat kes pembunuhan seorang remaja. Dia bertemu dengan Ustaz Yusof, mereka bekerjasama untuk menyelesaikan segala misteri yang ada di Kampung Daik.

Lakonan Khir Rahman, Aqasha, Siti Saleha dan Jasmine Suraya.



Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments