Review Drama | One Cent Thief (2022)

Review Drama | One Cent Thief (2022)

Drama : One Cent Thief
Produksi : Independent Pictures
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Alfie Palermo
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 8 Oktober 2022
Episod : 8
Durasi : 45 minit
Genre : Thriller, Jenayah
Pelakon : Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Amerul Affendi, Sofia Jane, Fabian Loo, Carmen Soo, Aghonderan Sahadevan, Fadhli Masoot, Amir Nafis, Zain Hamid, Aleza Shadan, Abbas Mahmood, Syed Irfan, Airiezara Jasmin

Review Drama | One Cent Thief (2022)

Diinspirasikan dari kisah benar, One Cent Thief mengisahkan Iman (Syafiq Kyle) yang bekerja sebagai kerani bank terdesak mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan Abah (Faizal Hussein). Iman cuba membuat pinjaman dari bank dari Redza (Zain Hamid) yang merupakan pengurus bank menolak permohonanya dengan alasan dia bukan pekerja tetap di Bintang Bank.

Iman semakin terdesak apabila mengetahui Abah mempunyai hutang dengan geng ceti Devan (Aghonderan Sahadevan) yang perlu dibayar segera jika tidak nyawanya sendiri akan melayang.

Review Drama | One Cent Thief (2022)

Iman kemudiannya dapat idea untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan di Bintang Bank bila ada seorang client merunggut pihak bank selalu potong satu sen dari akaunnya. Modus operandinya sangat licik sampai pihak bank sendiri tak sedar jenayah yang dilakukan oleh Iman.

actually Iman memang pakar dalam hacking. gara-gara terlebih pandailah dia kena buang kolej sebab pergi hack server universiti untuk curi kertas peperiksaan.

Iman panik dengan berita pembunuhan Redza, dia cuba bersihkan kerja dia dengan padamkan malware pada server utama sebab dia sendiri tak sure kematian Redza ada kena mengena dengan jenayahnya tapi Iman kena pastikan pihak polis tak boleh trace yang dia pernah hack komputer Redza.

Review Drama | One Cent Thief (2022)

Intan (Azira Shafinaz) yang merupakan kawan baik Iman sejak kecil dan juga bekerja di Bintang sebagai team leader untuk bahagian server security tak puas hati bila manager baru tuduh anak buahnya menyelinap masuk bilik server utama. 

nasib baik Shemad (Fadhli Masoot) dapat recover balik beberapa fail cctv yang dipadamkan. dari situ Intan syak yang Iman pecah masuk bilik server sebab dia tahu kepakaran tersembunyi Iman tapi bila diperiksa tiada kehilangan data pada server so  Intan decide untuk diamkan perkara tersebut dari staff yang lain.

Ash Lee (Fabian Loo) beritahu Intan yang dia terjumpa bukti Irene (Carmen Soo) yang merangkap orang atasan mereka ada kena mengena dengan kematian Redza. Ash dan Intan bekerjasama untuk menyiasat motif Irene dan individu yang hack server bank.

Review Drama | One Cent Thief (2022)

'Punca segala kejahatan bukannya duit. Punca segala kejahatan bila kau tiada duit'. bila tiada duit, manusia terdesak lakukan apa sahaja termasuk jenayah tapi sekali terjebak dengan jenayah memang susah nak turn back.

kali pertama curi untuk bayar hutang dan kos pembedahan ayahnya. kemudiannya Iman decide untuk curi dari bank lain yang ada di Malaysia sebab kos rawatan Abah dan keluar dari kemelut kemiskinan.

konflik bertambah rumit apabila Abah diculik oleh geng ceti lalu atas cadangan Kadak (Amerul Affendi), Iman meminta bantuan Ibu Zara (Sofia Jane) untuk menyelamatkan ayahnya. Hal ini menyebabkan Iman terikat bekerja dengan Ibu Zara dengan meneruskan modus operandinya. Wang kecurian tersebut digunakan oleh Ibu Zara sebagai dana kepada Yayasan Zara.

Review Drama | One Cent Thief (2022)

Suka tengok barisan pelakon dalam One Cent Thief dan lakonan masing-masing sangat mantap. tapi kadang tu aku mempersoalkan tindakan yang diambil oleh sesetengah watak yang nampak macam tak logik.

macam Devan ni seriusly aku tak faham betul, orang dah bayar hutang kau so habislah urusan dia dengan kau. tapi Devan ni boleh pula cari Iman sebab dia tak puas hati macam mana Iman cari duit dalam waktu yang singkat. payah betul bila gangster acah-acah macam dia tuhan.

kesian dengan Iman sebab dari kecil dia selalu fikir yang duit menjadi masalah keluarganya. disebabkan duit, emak dia lari tinggalkan dia dan bapanya. punca masalah Iman ni sebenarnya bukan duit tapi ada Abah yang tak bertanggungjawab, pandai sembang nak jadi jutawan, join MLM jual produk bagai tapi habuk pun tak ada. yang menjadi mangsa anak dan isteri juga.

Review Drama | One Cent Thief (2022)

episod awal-awal agak slow sikit tapi makin menarik bila muncul Kadak dan Ibu Zara. watak Ibu Zara agak misteri juga sebab ingatkan dia geng kongsi gelap macam Devan rupanya somebody yang lebih powerful. patut tak heran bila Iman tawarkan duit suruh tolong selamatkan Abah. tapi dia lebih tertarik dengan talent Iman yang boleh bagi keuntungan besar pada dirinya sendiri.

tiga episod pertama, jalan cerita One Cent Thief lebih tertumpu pada modus operandi Iman mencuri satu sen. selepas itu lebih fokus kepada konflik Iman dengan Ibu Zara dan geng Devan. best tengok scene Iman hacking walaupun tak faham apa yang dia buat dan babak-babak aksi dalam drama ni memang terbaiklah, rasa macam tengok filem.

bagi aku pacing drama ni agak slow sebab banyak benda yang penulis mention di awal cerita macam pembunuhan Redza dan kumpulan hacking Digital Karma tak menjadi topik penting sangat, semua benda ni cuma akan reveal di episod terakhir.

Review Drama | One Cent Thief (2022)

drama One Cent Thief sangat berani dari directing dan skrip. walaupun ada part yang sloppy tapi sangat menarik untuk ditonton sebab ceritanya penuh dengan saspen dan kejutan. Iman sendiri tak tahu siapa kawan dan lawan dia, bila tersedar realiti sebenar dunia gelap ni bukan senang untuk dia patah balik dan betulkan keadaan

banyak nilai pengajaran dalam One Cent Thief, kita boleh nampak macam mana kepincangan yang berlaku dalam keluarga boleh bagi kesan pada anak-anak. Sampai Iman fikir duit boleh selesaikan semua masalah tapi senarnya bukan semua benda boleh dibeli dengan duit.

Ending drama ni agak tergantung so maybe akan ada musim kedua yang ada kaitan dengan Digital Karma sebab tak reveal habis lagi pasal Digital Karma apa kegiatan dan motif sebenarnya yang dilakukan mereka. so maybe musim kedua boleh tengok Iman guna kepakaran untuk benda yang bermanfaat.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments