Review Drama | Mandatori (2017)

Drama Review | Mandatori (2017)

Drama : Mandatori
Produksi : Playground Production
Pengarah : Razaisyam Rasyid
Penulis Skrip : Alfie Palarmo
Siaran : Astro First
Tayangan : 14 Disember 2017
Episod : 6
Durasi : 50 minit
Pelakon : Aeril Zafrel, Alvin Wong, Siti Saleha, Iedil Putra, Amerul Affendi, Ahmad Tamimi Siregar, Vanida Imran, Meor Hashim Manap, Chew Kin Wah, Kenji Sawahi

Mandatori sebuah drama adaptasi novel karya Ramlee Awang Mursyid mengisahkan Inspektor Norman (Aeril Zafrel) seorang profiler jenayah yang melakukan analisis kes dengan berkomunikasi dengan mayat. tak pasti benda ni gifted tapi rasanya lebih kepada imaginasi sebab mayat tu tak boleh nak beritahu pun macam mana mereka mati cuma Norman yang akan bersoal balas dengan mereka.

Suatu hari, Norman hilang keupayaan untuk berkomunikasi dengan mayat apabila menyiasat kes pembunuhan yang mana jasad mereka ditanam di dalam konkrit dan terpaksa berehat selama 6 bulan. sebelum Dr Asmah (Vanida Imran) yang merupakan psychiatrist menyatakan condition Norman semakin baik dan boleh kembali bertugas.

Norman bekerjasama dengan Detektif Kelvin (Alvin Wong) menyiasat kes pembunuhan ahli politik Mr Tan kemudian berlaku lagi pembunuhan Tuan Abdullah yang merupakan bekas ketua polis Bandaraya. Mr Tan dan Tuan Abdullah berkawan baik semasa berkhidmat sebagai anggota polis sebelum masing-masing menceburi bidang politik.

Kelvin syak semua ini angkara Johan (Iedil Putra) berdasarkan rakaman cctv yang mereka dapat tapi Norman mengatakan Johan bukan pembunuh tapi Johan menyembunyikan sesuatu yang tiada siapapun mengetahui apakah rahsia Johan melainkan ayahnya, Tuan Johari (Ahmad Tamimi)

Norman mula rapat dengan Juliana (Siti Saleha) dan yang mengejutkan apabila Norman dapat berhubung kembali dengan mayat kecuali kes mayat dalam konkrit yang menjadi tanda tanya kenapa Norman tak dapat berhubung dengan mereka.

Selepas Johan ditahan polis, Tuan Johari menyerah semua pengurusan syarikat kepada anak sulungnya, Juliana. sejak itu Juliana syak ada benda yang tidak kena apabila dia tak boleh aksess ke dalam akaun syarikat. Juliana cuba melindungi keluarganya tapi ada rahsia besar yang dilindungi Tuan Johari. adakah Juliana akan belot keluarganya dan bekerjasama dengan polis?


kes Mr Tan dan Tuan Abdullah menambah tekanan kepada polis dan mereka pembunuh tersebut sebagai Carlos kerana figura kartun Inspektor Carlos akan ditinggalkan di setiap kes pembunuhan tersebut.

Norman mendapat petunjuk semua ini ada kaitan dengan kes pemandu Tuan Johari iaitu Tassan yg berlaku 20 tahun apabila Tassan dihukum penjara atas kesalahan memiliki dadah kemudiannya Tassan dibunuh di dalam penjara manakala anak dan isterinya telah menghilangkan diri.

dalam menjejaki Carlos berlaku lagi beberapa siri pembunuhan yang mana semua mangsa terdiri daripada orang dalam yang cuba menyembunyikan fakta sebenar kes pembunuhan Tassan yang berlaku 20 tahun yang lepas.


plot dan jalan cerita Mandatori yang mengangkat tema crime thriller sangat menarik, dari awal lagi dah penuh persoalan tentang siapa sebenarnya Carlos? sindiket atau kumpulan rahsia apa yang Johan dan Tuan Johari terlibat sebab part ni masih lagi tergantung dan tak tahu identiti sebenar watak yang dipegang Amerul Affendi.

cuma aku tak boleh tolerate pacing drama ni, sebelum ni pun dah cuba tengok drama Mandatori tapi tak dapat nak habiskan episode 1 bila pacing dia slow sangat. nak tunggu Aeril habiskan dialog dia pun sampai aku boleh terlelap dulu. bila tengok balik memang kena ubah speed dia baru best layan sampai habis.

bagi aku drama ni bertambah menarik bila masuk episod 5, plot twist daebak. walaupun dari awal boleh teka siapa Amran tapi tak percaya identiti sebenar Carlos. bila masuk episod 5 baru faham kenapa Aeril Zafrel cakap watak dalam Mandatori terlalu berat bagi dia tapi lakonan dia memang best dalam drama ni dan gandingannya dengan Alvin pun sangat menarik.

overall, drama Mandatori sangat menarik untuk ditonton cuma ending agak tergantung, tak tahulah kalau team produksi nak buat musim kedua lagipun banyak lagi persoalan yang belum terjawab dan curious juga dengan kegiatan sebenar kumpulan rahsia Amerul Affendi.

Post a Comment

19 Comments

  1. menarik..genre penyiasatan yg ada profiler..

    ReplyDelete
  2. Ohh cerita lama rupanya. Dulu jarang tengok drama. Bila PKP ni baru terjebak sikit. Tengok pelakon semua best. Mungkin nak buat sekuel kot. Itu yang tergantung ending dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah ada sambungan ke tidak lagipun cerita ni dah lama, tak dengar pula pasal musim baru..

      Delete
  3. Suka tengok lakonan Aeril dalam drama ini.. ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram pula bila Carlos muncul dua episode last tu tapi lakonan Aeril memang best dalam drama ni :)

      Delete
  4. betul tekaan sy. ni diadaptasi dr karya RAM

    ReplyDelete
  5. Karya Ramlee Awang Mursyid jarang-jarang mengecewakan. Mantdatori ni must watch drama sebab adaptasi dari novel beliau. hehehe

    ReplyDelete
  6. The plots sounds really interesting wonder where can i watch this for free :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak cite melayu kat telegram dah kena delete. i pun xtahu kat mana boleh tengok free drama ni..

      Delete
  7. Ok. Nie juga boleh try tengok sebab dah baca novel nya. Tapi mesti akan diubahsuai untuk lebih menarik di kaca TV kan

    ReplyDelete
  8. Ruby tak tau kenapa, kalau Aeril Zafril berlakon. Mesti nak tengok. Sebab lakonan dia sentiasa ada peningkatan. Lepas tu dia memilih watak dan skrip bersesuaian dengan karakter serta penampilan asal dia. Nampak mudah untuk dia la buat semua babak. Hakikatnya ada cabarannya kan. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aeril ni memang pandai pilih skrip dan jalan cerita sebab tu jarang nampak dia berlakon. bila keluar cerita baru dia mesti ada kelainan :)

      Delete
  9. Pelakon semua best-best. Nanti nak tengoklah. Cerita dah lama tapi baru tahu.

    ReplyDelete
  10. Wahh adaptasi dari my favorite novel writer wor.. Sure great one.. Boleh masukkan dalam watchlist ni... Aeril lak tue... Confirm gempak!

    ReplyDelete
  11. Chanel lain ada tak ek, nak kena cari lee kalau nak tengok, sebab rumah ni takde astro huuhuhu.. cerita nampak menarik..

    ReplyDelete
  12. Kalau Aeril je berlakon...hurmmm sah kena tengok sebab tahap dia menjiwai tu sampai. kalau cerita serious pun nak layan .. love story takyah cakap la. Anak kawau pun boleh jadi marah masa tonton .. hehehe. Cuma drama melayu bila tetengah tu baru best layan

    ReplyDelete
  13. Dengan pelakon hebat menjadikan drama ini buat teruja untuk melihatnya…ada mesej tersendiri cuba disampaikan

    ReplyDelete