Heist Dil Fitri (Astro Ria) | Review Telefilem

Heist Dil Fitri (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Heist-DilFitri
Produksi : Red Bean Production
Pengarah : Zizan Razak, Issey Fazlisham
Penulis Skrip : Bainun Waheeda
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 23 April 2023
Durasi : 90 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Zizak Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida, Jihaa Sham, Mathni Razak, Hushairy Hussein

SINOPSIS:
Ibrahim, Musa dan Anis adalah perompak profesional. Ibrahim dihantui dengan iklan-iklan hari raya bertemakan keluarga yang menyentuh hati kerana tidak pernah merasai Aidilfitri bersama keluarga.

Heist DilFitri (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Heist Dil Fitri sebuah telefilem komedi mengisahkan tiga perompak profesional yang terdiri daripada Ibrahim (Zizan Razak), Mus (Issey Fazlisham) dan Anis (Shiqin Kamal) yang mengelar kumpulan mereka sebagai Geng Tiga Malam. Mereka merompak bank dan hasil rompakan tersebut akan dibahagi juga kepada golongan miskin dan gelandangan.

Suatu hari, Ibrahim yang melihat iklan-iklan raya bertemakan keluarga berasa sedih kerana tidak pernah merasai pengalaman menyambut aidilfitri bersama keluarga. Mus mendapat idea supaya mereka mendapatkan keluarga angkat untuk merasai kemeriahan aidilfitri bersama keluarga dan idea tersebut dipersetujui oleh Ibrahim dan Anis.

Selepas membincang mereka memilih keluarga Dato Jack (Khir Rahman) yang merupakan usahawan emas yang berjaya sebagai target mereka untuk melaksanakan misi sambutan raya mereka.

Heist Dil Fitri (Astro Ria) | Review Telefilem

Dato Jack mempunyai isteri bernama Datin Nina (Maria Farida) dan anak tunggal mereka, Aisha (Jiha Sham) seorang influencer suam-suam kuku.

Mereka sekeluarga mempunyai konflik untuk balik raya apabila Dato Jack dan Datin Nina bertegas mahu balik beraya di kampung masing-masing manakala Aisha mahu beraya di rumah mereka kerana mahu beraya bersama kawan-kawannya.

Mereka dikejutkan dengan kehadiran Ibrahim, Mus dan Anis yang bukannya untuk merompak tapi mahu menyambut hari raya bersama mereka. Adakah Dato Jack dan keluarganya dapat menerima kehadiran Geng Tiga Malam sebagai keluarga angkat mereka?

Heist Dil Fitri (Astro Ria) | Review Telefilem

Dalam masa yang sama, Geng Tiga Malam diburu oleh Inspektor Gushion (Mathni Razak). Dari klu yang diperoleh, Inspektor Gushion berjaya menjejak markas perlindungan Geng Tiga Malam.

sejujurnya watak Inspektor Gushion tak ada function dalam telemovie ni, tak ada impak pun plot dia dengan the whole story. tengok cara dia buat kerja pun sedih sebab tak ada ofis dan buat kerja pun seorang diri tak ada orang back up. maybe watak ni akan jadi lebih menarik untuk sekuel dia nanti.

Heist Dil Fitri (Astro Ria) | Review Telefilem

Baca juga :

for me, idea Heist Dil Fitri yang menarik dan fresh. selalunya perompak datang rumah orang nak merompak tapi ini buang tabiat pula nak suruh berlakon jadi keluarga angkat sebab teringin nak menyambut hari raya. barisan pelakon dia pun best dan kelakar. overall, plot dia simple dan menghiburkan untuk tontonan santai.

Post a Comment

0 Comments