Heist Dil Adha (Astro Ria) | Review Telefilem

Heist Dil Adha (2023) | Review Telefilem

Telefilem : Heist Dil Adha
Produksi : Red Bean Production, ZR Project
Pengarah : Zizan Razak, Issey Fazlisham
Penulis Skrip : Azhar Jalil
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 29 Jun 2023
Durasi : 1 jam 30 minit
Pelakon : Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Ayie Hushairi, Mathni Razak, Riena Amiera, Que Yahaya, Kumar Abdullah, Zanjiro, Azhar Jalil, Aswad Jalil

Kesinambungan dari telefilem Heist Dil Fitri mengisahkan Geng Tiga Malam yang terdiri daripada Ibrahim (Zizan Razak), Mus (Issey) dan Anis (Shiqin Kamal) adalah perompak profesional dan hasil rompakan mereka akan dibahagikan juga kepada golongan susah dan yang memerlukan sehingga ada yang mengelar mereka sebaga Robin Hood Malaysia.


Heist Dil Adha (2023) | Review Telefilem

Dalam Heist Dil Adha, Geng Tiga Malam mahu cuci tangan daripada aktiviti haram mereka dan masing-masing telah mempunyai perancangan tersendiri. Mus mahu membuka perniagaan bundle, Anis pula mahu travel solo ke Cappadocia dan Ibrahim mahu menyertai tabligh.

Tapi pada saat akhir mereka berubah fikiran untuk melakukan satu lagi misi terakhir iaitu mencari lembu wagyu kacukan berharga RM 1Juta milik Onitsuka Korokodai (Zenjiro) yang telah dicuri oleh Geng Naga Gearbox yang diketuai oleh Jusoh Belut (Ayie Hushairi).

Onitsuka Korokodai menjanjikan hasil yang lumayan jika mereka berjaya dalam tugasan tersebut. Geng Tiga Malam mencapai kata sepakat menjadikan misi tersebut sebagai yang terakhir sebelum mereka cuci tangan dari kerja jenayah.

Heist Dil Adha (2023) | Review Telefilem

Sebenarnya berlaku konflik dalam perniagaan kartel daging yang mana Jusoh Belut tak puas hati apabila pasaran daging dimonopoli oleh orang luar. Hal ini menyebabkan mereka mencuri lembu wagyu milik Onitsuka.

Kedatangan Ibrahim, Mus dan Anis ke Kelantan yang cuba mencari maklumat mengenai Geng Naga Gearbox telah disedari oleh anak buah Jusoh. Adakah Geng Tiga Malam berjaya mengambil semula lembu tersebut?

Heist Dil Adha (2023) | Review Telefilem

Dalam sekuel kali ini diselit juga konflik percintaan. Sebelum ni dalam Heist Dil Fitri nampak macam Anis ada perasan pada Ibrahim tapi kali ini Anis sudah bercinta dengan Ibrahim.

Bila sampai di Kelantan, Ibrahim pula tiba-tiba rapat dengan Bajilah (Riena Amiera). Terjadi konflik dalam pasukan mereka apabila Anis mengetahui mengenai hubungan Bajilah dan Ibrahim. Siapa sebenarnya Bajilah? Adakah Ibrahim akan berpaling tadah dari Geng Tiga Malam?

Heist Dil Adha (2023) | Review Telefilem

Sebelum ni rasa macam watak Inspektor Gushion (Mathni Razak) macam tak ada function, dalam sekuel ni lebih kurang juga tapi oklah ada peranan pihak polis walaupun masih lagi tak dapat tangkap Geng Tiga Malam. kali ni baru nampak Inspektor Gushion seorang polis bila ada anak buah dia yang tolong dia buat siasatan.

Tak tahu sama ada pihak polis kurang efisien atau Geng Tiga Malam lebih cerdik sampai Inspektor Gushion masih lagi tertinggal di belakang. Mus cakap kerja mereka hebat sampai tak tinggal jejak tapi time diorang rompak kedai emas tak nampak pakai sarung tangan pun, kat situ dah boleh dapat klu, camne tu? harap lepas ni pengarah tak terlepas pandang dengan benda kecil macam ni.

Heist Dil Adha (2023) | Review Telefilem

Plot dan jalan cerita kali ini lebih menarik dengan konflik percintaan dan pengkhianatan ada plot twist juga. Gandingan Issey, Zizan Razak dan Shiqin Kamal memang best dan menghiburkan. cuma sis tak pasti kenapa diorang cakap jepun guna intonasi macam anime, maybe Mr Onitsuka ni jepun celup kot..haha

Tertanya juga ada lagi sekuel selepas Heist Dil Adha sebab kat penghujung cerita macam ada hint untuk sekuel dengan kemunculan Shaheizy Sam sebagai cameo.

Post a Comment

0 Comments