My Deepest Dream (2022) | Review Chinese Drama

My Deepest Dream (2022) | Review Chinese Drama

Title : My Deepest Dream
Director : Yu Chung Chung, Cai Cong
Screenwriter: Fan Kan, Xu Peng Peng
Network : WeTV
Aired : 1 Oct - 21 Oct 2022
Episodes : 30
Duration : 45 minutes
Genre : Thriller, Romance, Sci-Fi, Fantasy
Cast : Li Yi Tong, Jin Han, Jenny Zhen, Wang Zi Rui, Fan Jin Wei, Lu Yu Xiao

SINOPSIS:
Wu Yu and Tan Jiao encountered on a voyage and fell in love at first sight. After the voyage, they both had memory loss to some extent. Wu lost the memory of a few days after the travel, while Tan Jiao lost the memory of nearly one year and a half. Wu was an all-around top student with a bright future, but his life dramatically changed after the travel. His only family, his mother and sister, were murdered. To find out the murderer, he gave up his future but worked as an auto mechanic. Later, Tan reunited with him while repairing the car. Afterward, they time traveled once every half month.


My Deepest Dream sebuah drama fantasi romantik yang diadaptasi dari novel karya Ding Mo mengisahkan Tan Jiao (Li Yi Tong) seorang novelist yang percaya dengan konsep time travel dan wujud dunia lain atau parallel universe.

Selepas tiga minggu balik bercuti dari kapal persiaran, Tan Jiao selalu bermimpi mimpi yang sama berulang kali sampai dia rasa mimpi tu sangat real sehinggalah dia berjumpa orang dalam mimpi iaitu Wu Yu (Jin Han) yang bekerja sebagai mekanik.

tapi Yu langsung tak kenal dirinya malah langsung tak mesra nak jawab setiap pertanyaan so Tan Jiao cuba menyiasat sama ada Yu pernah naiki cruise tersebut dan orang yang sama muncul dalam mimpinya.


first episod dah best sebab banyak sangat pesoalannya sampai terus melekat apa sebenarnya terjadi pada Tan Jiao dan Yu. Waktu Tan Jiao tanya pada Yu sama ada dia ada naik cruise tiga minggu yang lepas. jawapan Yu sangat mengejutkan dan buat  Tan Jiao cuak dan bingung.

mana tak cuak, bila rasa hidup kau normal tiba-tiba baru tersedar yang kau amnesia dan langsung tak ada memori setahun yang lepas.

Tan Jiao masih rasa duduk dalam tahun 2021 tapi Yu mengingatkan dia yang sekarang sudah tahun 2022. bila balik rumah, semua update novel dan material yang dia kumpul waktu naik cruise tu dah hilang tanpa jejak. Tan Jiao juga tak dapat trace apa yang dia buat dalam tempoh setahun tersebut.

apa sebenarnya terjadi pada Tan Jiao? apa yang terjadi dalam tempoh setahun tersebut dan kenapa dia langsung tak ada memori selepas naik cruise tersebut?


Wu Yu pula top student yang tengah buat phd dan bertemu dengan Tan Jiao ketika menaiki cruise tersebut. Selepas balik dari cruise tersebut, hidup Wu Yu berubah secara drastik selepas adiknya, Wu Miao (Lu Yu Xiao) dibunuh. Wu Yu bekerja sebagai mekanik dalam masa yang menyiasat dan mencari pembunuh adiknya.

bukan saja Tan Jiao tapi Yu juga hilang ingatan selepas balik dari percutian tersebut cumanya, ada some part memori dia sahaja yang hilang tapi Tan Jiao hilang memori selama setahun. yang pelik diorang sendiri tak sedar yang diorang hilang ingatan.

Yu dah lama menyiasat benda ni dan dia mendapati ada penumpang cruise mengalami perkara yang sama dan ada yang sudah mati dibunuh, sekarang Tan Jiao menjadi target seseorang. 

Tan Jiao dan Yu cuba menyiasat misteri yang berlaku. dalam mencari kebenaran, mereka telah travel balik ke hari mereka menaiki cruise tersebut. dari situ beberapa kali juga mereka time travel dan cuba menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku dan mencari dalang sebenar.

My Deepest Dream (2022) | Review Chinese Drama

pace drama ni agak slow, masuk episod 7 baru start time travel tapi jalan ceritanya sangat menarik. setiap kali mereka time travel, timeline in the future sentiasa berubah tapi timeline kat cruise tak bergerak banyak. bila mereka ubah masa lalu, benda tu akan effect future juga. 

so mereka ada peluang untuk menyelamatkan nyawa orang yang menjadi mangsa pembunuhan. persoalannya, adakah pembunuh kes yang mereka selesaikan itu orang yang sama mereka cari?


Tan Jiao bertuah ada kawan macam Zhou Xiao Yu (Jenny Zeng) yang berkongsi pemikiran yang sama dan Xiao Yu juga seorang penulis. setiap kali Tan Jiao time travel dan cerita kat Xiao Yu, mesti dia tak ambil masa yang lama untuk percaya dan faham. setiap kali itu juga Xiao Yu akan tolong Tan Jiao dan Yu membongkar misteri yang berlaku.

seorang lagi adalah Detektif Shen Shi Yan (Wang Xi Rui) yang akan tolong mereka, cumanya Shen Shiyan tak tahu pasal time travel tapi tiap kali mereka minta tolong dia mesti dia tak teragak untuk datang membantu.

Shiyan dan Xiao Yu merupakan second couple dalam drama ni dan kisah mereka dua pun best juga. setiap universe, first meeting mereka memang kelakar dan setiap kali itu juga mereka jatuh cinta.

My Deepest Dream (2022) | Review Chinese Drama

Tan Jiao dan Wu Yu bertemu dan jatuh cinta waktu dalam cruise tu tapi Yu tak nak Tan Jiao terjebak sekali dalam penyiasatannya sebab tak tahu bahaya apa lagi yang akan datang. tapi bila setiap kali time travel, cinta mereka semakin kuat bila berdepan dengan segala rintangan dan bahaya.

bagi aku perjalanan cinta mereka berdua memang best dan tak menganggu jalan ceritanya sebab romance dan plot cerita bergerak dengan cantik. chemisty main lead pun best.

My Deepest Dream (2022) | Review Chinese Drama

storyline, acting dan cinematography dalam drama My Deepest Dream memang mantap dan menarik betul sebab aku tak boleh nak teka apa yang terjadi next. kadang tu rasa mereka dah hampir dapat jawapan tapi ada plot twist yang berlaku. cuma pacing drama ni agak slow sikit dan sayang juga jalan cerita makin messy kat hujung-hujung. overall, still nice drama untuk ditonton.

Tonton Drama : My Deepest Dream (WeTV)


Baca juga : 

Post a Comment

5 Comments

  1. Rawlins baru start belajar layan K-Drama. C-Drama belum start lagi - bahaya kalau dah start layan - kang lekat hahaha. Thanks for your review ye.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing this drama, I love the storyline and will check out this platform

    ReplyDelete
  3. Ahhhh berbunga pula hati bila baca review ni. Suka drama macam ni. Dia straightforward dan jalan cerita cantik. Nanti nak tengok! Hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Nampak gayanya Nell kena masukkan ni dalam watchlist la! Habis jer drama yang Nell tonton sekarang, nak go for this one pulak.

    ReplyDelete
  5. Wah!! Nampak sangat menarik jalan cerita yea.. terus tertarik nak tonton setiap episodnya.. Genre yang Thriller & Mystery macam ini memang favourite AM.. Setahun hilang ingatan dan nak cari pembunuh misteri.. uisshhh.. banyak betul nak dirungkaikan dalam setiap episod cerita.. tak sabar nak tonton dari awal

    ReplyDelete