Alice (2020) | Review Drama Korea

Drama Korea | Alice (2020)

Title : Alice
Director : Baek Soo Chan
Screenwriter : Kim Kyu Won
Network : SBS / Netflix
Aired : 28 Aug 2020 - 24 Oct 2020
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Joo Won, Kim Hee Sun, Kwak Shi Yang, Kim Sang Ho, Lee Da In, Hwang Seung Eon, Choi Won Young, Lee Jae Yoon, 

Pada tahun 2050, mesin time travel telah berjaya dicipta dengan tujuan untuk mengubati luka pada masa lalu. Yoon Tae Yi (Kim Hee Sun) dan Yoo Min Hyuk (Kwak Shi Yang) dapat satu misi dari Alice iaitu pergi ke tahun 1992 untuk mencari buku The Prophecy, buku yg meramal nasib time traveller.


Yoon Tae Yi yang mengetahui dirinya mengandung berasa risau dengan nasib anaknya kerana dia terbaca dalam buku tersebut yang mana jika dia melalui wormhole untuk kembali ke masa hadapan, anak yang dilahirkan akan menerima nasib malang.

Oleh sebab itu, Tae Yi membuat keputusan untuk melarikan diri dari Yoo Min Hyuk dan tinggal di tahun 1992 bagi membesarkan anak dalam kandungannya. Min Hyuk pula sudah salah faham dengan tindakan Tae Yi lalu memilih untuk melupakan wanita tersebut.


Yoon Tae Yi menukar namanya kepada Park Sun Young untuk mengelak dirinya dikesan. bukan senang nak besarkan anak seorang diri dengan Park Jin Gyeom (Joo Won) disahkan mempunyai alexithymia (inability to identify and describe emotion) sewaktu berumur 6 tahun.

pada tahun 2010, Park Sun Young telah dibunuh dan polis tidak menjumpai sebarang klu mengenai pembunuhnya. Park Jin Gyeom kemudiannya decide menjadi detektif kerana mahu meyiasat misteri di sebalik pembunuhan ibunya.


Pada tahun 2020, Park Jin Gyeom menyiasat beberapa kes yang pelik so dia syak kes tersebut mempunyai kaitan dengan time traveller tapi Jingyeom tak dapat nak buktikan teorinya sendiri sehingga dia meminta bantuan dari seorang professor fizik bernama Prof Yoon Tae Yi yang mirip sekali dengan wajah ibunya.

pada mulanya Jingyeon sendiri confius dengan identiti Prof Yoon tapi lepas dia tiba-tiba dapat travel ke tahun 2010, Jingyeom dapat sahkan yg mereka berdua adalah individu berbeza.


drama Alice berbeza sikit dengan drama time travel yg lain sebab dia gabungkan dengan konsep parallel universe dan quantum apa ntah. sebab tu jalan ceritanya Alice ni agak complicated dan pening juga nak faham.

walaupun mereka cuba ubah masa lampau tapi benda tu takkan effect masa depan sebab mungkin orang yg mereka jumpa di masa lampau tu sebenarnya dari dimensi yg berbeza. kalau cuba nak faham konsep parallel universe ni boleh tengok drama The King Eternal Monarch.


bila baca review drama ni banyak juga yg negatif sampai fikir banyak kali juga nak tengok. tapi lepas tengok aku tak rasa teruk sangat jalan cerita dia cuma drama ni sebenarnya banyak main dengan konsep parallel universe bukannya time travel sebab tu sampai ke sudah struggle nak faham cerita dia.

Park Jin Gyeom watak penting yg dikatakan boleh control time machine tapi tak tahu kenapa dia asyik travel back ke tahun 2010. hari yg sama situasi yg berbeza dan setiap kali itu juga dia tak dapat tangkap siapa pembunuh ibunya.

kalau Jin Gyeom boleh control time machine kenapa dia tak pergi saja ke tahun 2050 dan siasat siapa puak Alice ni dan apa yg mereka buat sebenarnya. aku rasa penulis dia pun dah pening sebab asyik stuck dan repeat timeline yg sama je.


watak Prof Yoon Tae Yi sebenarnya yg buat orang confius, sama ada mak Jingyeom dan Prof Yoon orang yg sama ataupun tidak. sepatutnya kena selit juga background mak Jingyeom yg datang dari tahun 2050 baru nampak perbezaan antara mereka. tapi bila penulis nak force romance antara Prof Yoon dan Park Jin Gyeom tu aku rasa macam pelik.

Prof Yoon ni juga watak yg aku rasa useless giler sebab awal tu ada mention yg Prof Yoon boleh hentikan mesin masa tapi tak nampak pun usaha dia ke arah itu walaupun team penyelidikan dia berkaitan time travel. end up jadi menyusahkan sebab Park Jingyeom nak kena protect dia sepanjang masa.

seriusly lepas habis tengok drama ni aku pun tak tahu nak komen apa sebab confius nak hadam jalan cerita dia..haha

Baca juga : 

Post a Comment

13 Comments

  1. suka genre time-travel...dlm list drama ni & Kairos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kairos pun dalam list juga, tak sempat nak tengok lagi..hehe

      Delete
  2. Best tapi kena paham betul2 tgk citer ni haahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni best tapi itulah complicated, jenuh nak faham jalan cerita dia..hahaha

      Delete
  3. cerita yang menarik time travel tapi kena fikir lebih untuk lebih faham. kalau tidak tergantung sepi pesoalan tu sebab tak faham. lepas tu tak puas hati. haha

    ReplyDelete
  4. Suka drama ini walaupun sebenarnya bukan time travel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time travel plus parallel universe. jenuh nak relate..haha

      Delete
  5. Akak suka layan genre begini sebenarnya, tapi yang ini tak follow sampai habis.😊

    ReplyDelete
  6. repeated scene tu yg geram tu haihhh.. story line nampak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia stuck kat timeline yg sama setiap kali time travel tapi masuk dimensi yg berbeza. itu yg dok repeat scene yg sama tapi situasi dia berbeza..haha

      Delete
  7. Kalau durasi sejam lebih boleh la masukkan dlm list

    ReplyDelete