Raya Heist (2023) | Review Movie

Raya Heist (2023) | Review Movie

Filem : Raya Heist
Produksi : Razor Edge
Pengarah : A Razak Mohhaideen
Penulis Skrip : Hafiz Abdullah
Network : Tonton/ Netflix
Tayangan : 10 Mei 2023
Durasi : 1 jam 25 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Nora Danish, Hazama, Fad Bocey, Amir Raja Lawak, Aziz M Osman, Suky San, Kuna Muzani, Fiza Halim

SINOPSIS:
Tiga sekawan merancang untuk merompak ketika Hj Osman mengadakan kenduri marhaban di rumahnya pada malam raya. Mampukah rompakan mereka berjaya dan dapat membalas dendam ke atas kematian mentor mereka?

Raya Heist (2023) | Review Movie

Mengisahkan Dollah (Hazama) yang pulang ke kampung untuk menghadiri pengebumian Ustaz Hashim (Suky San) yang juga gurunya waktu kecil. Dollah bertemu kembali dengan kawan baiknya waktu kecil iaitu Nor (Nora Danish) dan Borhan (Fad Bocey).

Dollah mempunyai syarikat keselamatan di Kuala Lumpur, Borhan pula peniaga kecil di kampung. Manakala Nor pula menjadi anak angkat Ustaz Hashim selepas kematian ibunya dan pergi belajar di luar negara.

Nor rasa bersalah kerana Ustaz telah mengadaikan tanah kepada Haji Osman (Aziz M Osman) untuk menampung perbelanjaannya di luar negara dan tidak dapat menebus balik tanah tersebut menyebabkan Uztaz diserang sakit jantung. Haji Osman adalah orang kaya dalam kampung tersebut tapi sangat kedekut dan zalim. banyak orang kampung yang meminjam duit dari Haji Osman telah ditipu.

Nor, Dollah dan Borhan merancang untuk membalas dendam perbuatan Haji Osman dengan mencuri duit Haji Osman yang disimpan dalam rumahnya. Misi mereka turut disertai oleh Amir.

Raya Heist (2023) | Review Movie

misi mereka bertiga takdelah dark atau thrill macam nak pergi rompak bank, lebih kepada rancangan nak mencuri masuk ke dalam rumah Haji Osman yang security dia pun takde lah gempak mana. gaya mereka pun bukan pro tapi lebih kepada cara budak nakal nak buat kerja jahat.

Baca juga:

Overall, plot Raya Heist sangat simple dan sesuai untuk tontonan santai.

Post a Comment

0 Comments