Banglo Seksyen 12 (2024) | Review Movie

Banglo Seksyen 12 (2024) | Review Movie

Filem : Banglo Seksyen 12
Produksi : Prisma Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Dharma Nasution, Intan Ladyana
Penulis Skrip : Dharma Nasution
Network : Netflix
Tayangan : 25 Januari 2024
Durasi : 1 jam 27 minit
Genre : Seram
Pelakon : Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri, Suhaimi Azmi, Harris Alif

Banglo Seksyen 12 (2024) | Review Movie

Mengisahkan Hairy (Mustaqim Bahadon) dan pasukan paranomalnya pergi ke sebuah banglo lama yang terbiar untuk melakukan penggambaran mencari entiti di situ. tapi mereka dikejutkan dengan kehadiran Fahmi (Faez Malek) yang mendakwa terdapat mayat di dalam rumah tersebut.

Apabila disiasat, Hairy dan pasukannya menjumpai mayat tanpa kepala dan mereka mahu melaporkan kes tersebut kepada pihak polik. Saleha (Intan Ladyana) yang muncul di tempat kejadian menghalang perkara tersebut,

Seleha memperkenalkan dirinya sebagai pakar psikologi cuba menenangkan keadaan dan mahu mendapatkan keterangan Fahmi tentang apa sebenarnya yang berlaku di situ. Saleha juga sebenarnya sudah lama membuat reseach tentang misteri banglo tersebut dan mengaitkan kejadian yang berlaku pada Fahmi sama dengan kes yang berlaku 20 tahun yang lepas.

Banglo Seksyen 12 (2024) | Review Movie

Kisahnya Fahmi dan kawan baiknya, Riena (Silfeny Osman) join senior mereka; Fazli (Hariz Hamdan), Amir (Aniq Suhair), Gee (Farah Yasmin) dan Aqeel (Faris Fitri) yang buat aktiviti paranormal untuk youtube channel mereka.

Riena dah lama syok kat Fazli dan gunakan peluang ini untuk mendekati Fazli. Fahmi sebagai kawan baik pula terpaksa mengikut walaupun ada yang tak kena. Mana nak tahu aktiviti tersebut membawa kepada kematian mereka.

Banglo Seksyen 12 (2024) | Review Movie

Filem ni diinspirasi dari novel seram Banglo Seksyen 12 karya Hasrudi Jawawi. aku tertanya juga adakah jalan cerita novel dia seteruk macam dalam filem ni?

seriusly aku stress giler tengok filem ni, dah la jalan cerita serabut. tak suka camerawork dia pastu lighting pula gelap, jenuh nak teropong sebab tak nampak apa benda diorang buat dalam gelap. selama sejam tu aku tertunggu juga bila hantu dia nak muncul nah sampai kesudah tak jumpa hantu. so at the end aku tertanya siapa penunggu dalam rumah tu yang watak utama ni sibuk cari korban? 

tak faham Hairy yang geng pencari hantu acah-acah nak jadi detektif pula apa hal. pastu takde siapa ke yang pelik macam mana Saleha boleh tahu tentang kejadian bunuh dan berdesup sampai ke situ. kata pakar psikologi tapi cara dia lebih kepada menyiasat daripada nak merawat. memang Hairy and the geng langsung tak rasa Saleha ni something wrong ke? pengajaran kat sini, kalau ada pembunuhan terus pergi report polis, habis cerita.

walaupun ada plot twist kat hujung tapi secara keseluruhannya plot tak dikembangkan dengan baik, skrip lemah buat jalan cerita mendatar dan elemen seram tu tak sampai. kesimpulannya, tak payah buang masa tengok filem ni.

MY RATING: 2.5/10⭐

Baca juga:

Post a Comment

3 Comments

  1. saya memang tak suka cerita dalam gelap ni... stress

    ReplyDelete
  2. Ramai gak yang bagi maklum balas tak best tentang filem ini.. Sha tak berjaya lagi nak tengok.. kikiki.. Rasanya buku dia okay je..

    ReplyDelete
  3. biasanya novel lebih baik dr movie..

    ReplyDelete