Review Movie | Siapa Tutup Lampu? (2021)


Movie : Siapa Tutup Lampu?
Produksi : Horizon Film Entertainment, Articulate Fusions Production
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Penulis Skrip : Azhar Jalil
Siaran : Astro First
Tayangan : 25 November 2021
Durasi : 1 jam 48 minit
Pelakon : Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda, Azhar Jalil, Afieq Syazwan, Melissa Campbell, Mark O'Dea, George Andre, Fatimah Abu Bakar, Mustapha Kamal, Yusof Haslam, Lisdawati, Taufiq Hanafi, Qistina Raisa

Siapa Tutup Lampu mengisahkan lima sekawan iaitu Amir (Azizul Ammar), Azie (Uyaina Arshad), Akmal (Naim Daniel), Aryana (Ismi Melinda) dan Arif (Azhar Jalil) yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari bercuti di Genting Highlands. 

Akmal, Arif, Aryana dan Azie pergi ke bilik mayat untuk melakukan pengecaman ke atas mayat Amir malangnya mereka terperangkap dan tak dapat keluar dari situ. Mereka dihantui persoalan bagaimana kemalangan tersebut berlaku dan apa sebenarnya terjadi kepada Amir.


konsep jalan cerita dan barisan pelakon filem Siapa Tutup Lampu nampak menarik dan penuh persoalan buat penonton bermain teka-teki apa sebenarnya yang terjadi kepada mereka berlima. malangnya kelemahan ketara bila jalan cerita tidak digarap dengan baik, buat aku lost dan tak faham dengan situasi yang berlaku dan trasition antara babak pula kurang smooth.

bila tengok poster ingatkan cerita seram rupanya lebih kepada thriller dan komedi tapi bagi aku dua-dua kurang menjadi sebab plot dia agak serabut dan dialog pun kadang merapu. aku lagi prefer kalau jalan cerita bergerak antara mereka berempat dengan Amir dan rahsia yang mereka berempat cuba sembunyikan supaya thriller dan saspen lebih terasa, daripada tiba-tiba menyindir pasal Megah Holding lepas tu masuk scene gangster dengan skandal. penat nak mengadap scene extra dalam movie ni.

plot twist dia akan beri impak yang besar kalau jalan cerita disusun dengan lebih kemas. tapi sebab konsep Siapa Tutup Lampu  buat aku teringat dengan filem thailand Phobia yang kisah empat sekawan pergi berkhemah tu so aku dah boleh tembak apa sebenarnya yang terjadi kepada Akmal, Arif, Azie dan Aryana.

so overall konsep cerita dan barisan pelakon Siapa Tutup Lampu nampak menarik tapi masih banyak perlu diperbaiki dari segi plot dan jalan cerita dan juga skrip. sebagai filem pertama arahan Aliff Ihsan, percubaan yang agak bagus. 

Siapa Tutup Lampu? sebuah filem mengenai persahabatan lima sekawan dan dalam diam berlaku perkhianatan antara mereka. moral of strory, kita sering tutup lampu untuk sembunyikan dosa kita daripada dihakimi oleh orang lain tapi kita lupa yang lampunya cukup terang pada pengadilan tuhan.

Post a Comment

2 Comments

  1. fuhhh dashatnya moral of story tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang tengok movie asyik tertanya siapa yg tutup lampu kat ending baru dia explain makna sebenar sebalik tajuk tu. deep betul mesej dia..haha

      Delete