Movie | Pusaka (2019)


Tajuk : Pusaka
Produksi : Alpha 47, Director Think Tank
Pengarah : Razaisyam Rasyid
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Alfie Palermo, Zulaikha Zakaria,
Natasha Azlan, Luqman Ghazali
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019
Durasi : 94 minit
Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein,
Fauziah Ahmad Daud, Aleza Shadan, Yuna Rahim


filem seram ni bukan genre yg aku minat sangat sebab tak pernah terfikir nak tengok filem Pusaka ni. cumanya lepas habis tengok Mulut Masin tetiba sahaja rasa nak layan Pusaka pula. aku tertarik bila baca sinopsis Pusaka yg berkaian penyiasatan bergabung dengan mistik jadilah misteri nusantara..haha

Baca juga : Review Movie Mulut Masin (2020)



Pusaka mengisahkan Inspektor Nuar (Syafiq Kyle) yg bertukar untuk menjaga kembarnya Nur (Mimi Lana) yg mempunyai masalah ketagihan dan selalu melarikan diri dari pusat pemulihan.

Suatu hari, Nuar menerima laporan tentang bau mayat di rumah kosong terbiar dan menemui pasangan kembar Balqis dan Qismina. salah seorangnya telah mati manakala seorang lagi induced coma.

hasil siasatan mendapati, kembar tersebut telah dikurung di situ hampir setahun dan seorang darinya meninggal kerana kebuluran. polis menyiasat punca mereka dikurung tapi siasatan jadi rumit bila saksi utamanya Balqis (Sweet Qismina) masih tidak sedarkan diri.


bila disiasat latar belakang, Balqis dan Qismina merupakan anak kepada pemilik kuari terbesar di kawasan tersebut. selepas ayah mereka meninggal, semua harta diserahkan kepada nenek mereka, Puteri Najwa (Ogy Ahmad Daud) mengikut faraid. 

Inspektor Nuar syak kemungkinan besar semua ni berpunca daripada perebutan pusaka keluarga. Nuar cuba menyoal siasat anak Puteri Najwa iaitu Megat Haikal dan Puan Faizah, malangnya sebelum dapat jawapan mereka berkelakuan aneh lalu meninggal dunia. 

seriusly bukan nak cakap Nuar je frust kita yg tengok ni frust sebab langsung tak nampak klu pasal kes ni, cuma boleh assume yg semua ni kemungkinan berpunca daripada nenek mereka.


Nuar sebenarnya dah mula kena ganggu sejak siasat kes kembar ni, banyak kejadian pelik yg jadi depan mata dia. Nuar makin stress bila kes tersebut tak ada progress, hidup dia pun nampak tak terurus bila memanjang asyik kena ganggu dengan 'benda' tu.

Nur sebagai kembar dapat rasa ada sesuatu tak kena dengan Nuar. feeling Nur tu makin kuat bila Nuar pindah ke situ. 

nak tahu apa sebenarnya terjadi dan apa punca sebenar kepada misteri ni memang kena tengok sampai penghujung. menarik sebab ingatkan si opah punya kerja rupanya ada plot twist.


kualiti filem ini memang terbaiklah dan elemen seram sangat cantik buat kita yg tonton dari awal sampai habis tak senang duduk dibuatnya. cuma satu yg aku geram banyak sangat jumpscare dalam movie ni.

sekali dua tu aku boleh terima lagi tapi memanjang dok buat orang terkejut dengan hantu sibuk nak interframe boleh sakit jantung dibuatnya. awal tu memang rasa seram juga lepas tu terus rasa nak maki je hantu ni. sangat tak disarankan menonton Pusaka untuk orang yg ada masalah jantung ni.

Baca juga : Review Filem Korea Hitman: Agent Jun (2020)


lakonan Syafiq Kyle nampak mantop dalam filem. buka Syafiq Kyle sahaja, semua barisan pelakon dalam Pusaka  berjaya bawa watak masing-masing dengan baik walaupun peranan mereka kecil. overall, memang terbaiklah 👍

Post a Comment

7 Comments

  1. menarik! nak tgk lah ada masa nnt..tq review this movie :)

    ReplyDelete
  2. i tgk dah, sedih gila bila dia asyik nak salah kan kembar dia saja :( ngs i tgk cita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak feeling lebih tengok filem sebab saspen nak tahu siapa yg jahat sebenarnya

      Delete
  3. Wow.. ada penyiasatan.. Nampak menarik.. Tapi seram tu.. kena amik mood dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada penyiasatan itu yg try tengok movie ni tapi memang seram sangat kak sha..huhu

      Delete
  4. patut mcm penah dengar rupanya mama dh penah tengok citer ni .. ok laa cite melayu

    ReplyDelete