Hantu Don (TV9) | Sinopsis Telefilem

Hantu Don (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Hantu Don
Produksi : Cinema Stage Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : TV3/ TV9
Tayangan Asal : 7 Jun 2019
Pelakon : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Issey Fazlisham, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Syazwan Zulkifly, Shah Sulaiman, Aliff Yasraff

Saksikan telefilem Hantu Don yang bersiaran semula pada hari jumaat ini, jam 8.30 malam di TV9.

Hantu Don (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Hantu Don

Sebuah telefilem seram komedi mengisahkan Penduduk kampung Sungai Bil kecoh apabila muncul kelibat yang dipanggil Hantu Don di kampung mereka. Orang kampung mula takut untuk keluar pada waktu malam kerana bimbang akan diganggu oleh Hantu Don. 

Abu yang mengusahakan perniagaan burgernya pada sebelah malam bengang kerana bisnesnya mula merosot apabila orang kampung takut untuk keluar malam sejak kehadiran Hantu Don. Abu sering menyumpah dan ingin bersemuka dengan Hantu Don.

Adakah Abu dan penduduk kampung dapat merungkai misteri kemunculan Hantu Don yang membuat onar di kampung mereka? Saksikan kesudahannya dalam telefilem Hantu Don lakonan Kamal Adli, Uqasha Senrose dan Issey Fadlisham di TV9.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments