Telefilem | Perkahwinan Dari... (2021)


Telemovie : Perkahwinan Dari ...
Produksi : Juita Viden
Pengarah : Rehal Nuharis
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 22 Mei 2021
Pelakon : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Shariah Shahora, Nasz Sally, Ken Rizuan

Perkahwinan Dari... mengisahkan Aidit Noah (Kamal Adli) dan Elly Surtinah (Uqasha Senrose) pelakon terkenal. mereka sering digandingkan bersama menerusi drama dan filem sehingga dinobatkan pasangan serasi selama 4 tahun berturut-turut.

hakikatnya Aidit dan Elly kat luar macam musuh yg pantang berjumpa mesti ada sahaja benda yg mereka nak bergaduh dan tak puas hati.


Cik Jas (Sharifah Shahora) selaku producer management bangga dengan populariti pasangan sejoli tersebut dan memberi cadangan supaya Aidit dan  Elly berkahwin. dah tentu Aidit dan Elly tak setuju tambahan pula Elly dah ada kekasih hati.

dalam satu insiden, Aidit dan Elly ditangkap basah dan untuk mengelakkan kontroversi mereka terpaksa berkahwin. sepanjang perkahwinan, pelbagai kontroversi yg melanda Aidit dan Elly sehingga kerjaya mereka juga turut menerima tempias.


Perkahwinan Dari sebuah telefilem komedi yg santai tapi bagi aku watak cik Jas tu actually sangat annoying so tak rasa benda tu kelakar sangat. sibuk sangat Cik Jas nak kejar duit sampai Aidit dan Elly kena paksa kahwin pastu tak habis ugut nak saman sebab langgar kontrak, kalau jadi diorang dua baik saman balik Cik Jas sebab kes tangkap khalwat tu nampak macam dirancang. 

actually banyak je benda aku nak membebel tapi malaslah sebab telemovie ni jenis yg ringan bolehlah layan santai-santai. kalau yg minat dengan Kamal Adli dan Uqasha boleh tengok telemovie ni di Astro Ria atau AstroGo.

Post a Comment

7 Comments

  1. Kalau orang tengok gambar mesti ingat dorang dah kahwin kan. Banyak pulak cerita gandingan mereka berdua ni. Tak tengok lagi telefilem ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..ingatkan nak tunjuk persiapan majlis diorang rupanya telemovie..hahaha

      Delete
  2. Mereka berdua tu couple ke? haha.. ketinggalan LRT...kalau bf gf berlakon sama, mesti feel dia lg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah diorang couple, tunggu masa nak kahwin je..haha

      Delete
  3. nampak stills dekat IG Uqasha. Nanti nak tengok lah walaupun akan murung. Uqasha dengan Kamal punya pasal hahahaha

    ReplyDelete
  4. Ade tk website ke telegram untuk drama macam ni

    ReplyDelete