Title : Wimarn Sai
Another Title : The Sand Castle / Somewhere Our Love Begins
Network : GMM ONE
Aired : 24 November 2021 - 30 December 2021
Episodes : 12
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Jes Jespipat, Esther Supreeleela, Wawwa Nicha, Ben Raviyanun, Chopin Noochintra, Kob Songsit, Draft Eugene
Wimarn Sai atau The Sand Castle remake dari lakorn lama Wimarn Sai 2005, tak pasti ikut versi asal ke tidak tapi yang tahun 2021 menggunakan latar masa tahun 60 atau 70 kot, aku perasan pun bila nampak diorang guna kereta dan telefon antik macam filem P.Ramlee tu.
Wimarn Sai mengisahkan Arisara (Esther) yang membantu Panin (Jes Jesipat) yang cedera diserang perompak. Mereka saling jatuh cinta tanpa Arisara mengetahui identiti sebenar Panin.
Dipendekkan cerita, Panin dapat tahu adiknya, Yoh (Draft Eugene) juga sudah lama menyukai Arisara. bila insiden buruk berlaku kepada Yoh, Panin salah faham kerana menyangka Arisara sengaja mempermainkan adiknya. padahal bukan salah Arisara pun cuma si Yoh tu tak boleh terima hakikat sampai hilang pertimbangan.
lagi memburuk keadaan apabila bapa mereka, Punchong (Kob Sangsit) dapat tahu Arisara adalah gadis yang Yoh suka terus datang serang dan tuduh Arisara sengaja goda Yoh dan nak bolot harta keluarga mereka.
Yoh nekad untuk putus hubungan dengan bapanya dan hidup tanpa wang ringgit yang bapa dia banggakan. bila tahu Arisara mengandung, Yoh sekali lagi melamar dan mahu menjaga Arisara dan anaknya walaupun Yoh tak tahu siapa bapa kepada bayi tersebut.
Walaupun Arisara merahsiakan hubungannya dengan Panin dulu tapi Yoh akhirnya dapat tahu tapi tak sempat nak beritahu Panin adalah ayah kepada bayi dalam kandungan Arisara sebab Yoh meninggal kemalangan jalan raya.
Selepas melahirkan anak, Arisara nekad nak bawa lari anaknya tapi bayinya pula mempunyai masalah jantung. khun Puchong mengambil kesempatan dengan keadaan tersebut suruh Arisara sain kontrak melepaskan semua haknya sebagai ibu dan Punchong akan menanggung semua kos perubatan cucunya, Pete.
Pete pula dibawa oleh Panin ke Amerika untuk berubat. walaupun Panin tak tahu Pete sebenarnya anak dia tapi dia sayang dan jaga Pete macam anak sendiri. selepas enam tahun mereka kembali ke Thailand dan waktu ini, Panin bertemu semula dengan Arisara yang menjadi guru peribadi kepada Pete.
time ni memang Arisara happy sangat dapat jumpa anak dia tapi sedih tak boleh nak mengaku dia emak Pete. Arisara dapat peluang jaga sekejap je sebab khun Puchong ada urusan di luar negara. walaupun Panin tak kisah Arisara dekat dengan Pete tapi ada masalah lain juga bila tunang Panin tak habis cari pasal dengan dia.
tipikal mak bapak zaman tu bila lebih mementingkan darjat dan keturunan, bila khun Puchong tahu background Arisara terus kena cop mata duitan dan kaki kikis padahal anak dia yang tergilakan Arisara.
Puchong dah merancang nak kahwinkan Panin dengan Siriratsamee kerana merasakan itulah jodoh terbaik untuk dibuat menantu tapi tak tahu perangai Siriratsamee boleh jadi bakal menantu hantu.
Selain Panin dan Yoh, khun Puchong ada seorang lagi anak iaitu Pokhai tapi anak ini tak diiktiraf sebab anak orang gaji, lorh time kau menggatal tak ingat dunia pula bila ada anak langsung tak dihirau. padan muka juga bila Pokhai ini membesar untuk membalas dendam pada bapanya sendiri.
Siriratsamee (Wawwa Nicha) dijodohkan denga Panin oleh ayah mereka tapi perempuan ni bukan tergilakan Panin tapi sebenarnya dah simpan angan-angan nak bolot harta keluarga khun Punchong.
dia punya tahap obsess dengan harta memang sis tak boleh nak brain, iyelah dah kaya pun tamak lagi pastu sanggup serah body bagai untuk orang ikut cakap dia. Siriratsamee dan Pokhai bekerjasama untuk beli saham syarikat, waktu Panin sibuk jaga Pete di luar negara, slow slow diorang buat kerja bila Panin balik tahu-tahu Siriratsamee dah pegang saham terbesar selepas saham keluarga dia.
waktu ni Panin dah mula syak ada benda tak kena walaupun bapa dia cakap tak kisah sebab Siriratsamee bakal jadi keluarga mereka tapi Panin tetap tak boleh duduk diam. mostly kerja jahat Siriratsamee dilakukan oleh Pokhai dan dalam diam mereka buat hubungan sulit.
sebelum ini Esther dan Jess pernah berlakon sekali sebagai pasangan kekasih dalam drama Leh Ratree tapi sayang cinta mereka tak kesampaian sebab Esther terpaksa berkahwin dengan hero dalam drama tu. dalam Wimarn Sai pula, mereka saling jatuh cinta tapi tak boleh bersama sebab banyak halangan dan rintangan yang terpaksa mereka tempuh.
drama ni tak banyak pun moment hero dan heroin bersama tapi suka episod awal bila Panin dan Arisara bertemu dan bercinta kejap, part tu rasa sweet je tengok diorang dua. tiga episod akhir tu best sebab satu persatu kebenaran sebenar terbongkar. episod pertengahan tu aku banyak skip je sebab agak dragging.
Wimarn Sai remake dari lakorn lama so jalan cerita agak tipikal dan klise tapi tetap juga suka tengok drama ni sebab flow cerita dia nampak cantik walaupun slow sikit. overall, suka drama ni dan suka tengok gandingan Esther dan Jess.
5 Comments
suka versi asal, bee namthip punya lakonan
ReplyDeletetak ingat pernah tengok ke tidak versi asal tapi hero dan heroin versi tu macam familiar je..hehe
DeleteSelamat menonton.. 😀
ReplyDeletetentu seronok bila unravel kebenaran tu
ReplyDeletebiasalah mama mesti banyak drama jadi time nak reveal semua benda..hehe
Delete