Tajuk : Date to Marry
Penulis : Rose Harissa
Mukasurat : 624
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : 2026
Kisahnya, Nuri Asyikin seorang arkitek muda yang berjaya. Seorang yang setia. bercinta lapan tahun dengan Ammar tapi terpaksa berpisah bila emak Ammar tak restui hubungan mereka Atas saranan kawan baiknya, Nuri pergi blind date untuk move on dari Ammar.
Sepanjang blind date, macam-macam perangai lelaki yang dia jumpa tapi yang kelakar nohhh dua kali kantoi dengan client dia, Jazmi. then Jazmi offer untuk keluar date dengan dia.
Nuri terlibat dalam projek rumah dan one stop centre milik Jazmi seorang usahawan terkenal dan juga drag racer. Sepanjang pertemuan mereka, Jazmi dalam diam terjatuh cinta dengan Nuri bila tengok cara Nuri bekerja dan handle setiap masalah dalam projek.
Buku penulisan Rose Harissa selalunya tak mengecewakan, dalam ni penulis banyak selit pasal dunia bidang arkitek dan dunia permotoran.
sapa tak kecewa wei, bercinta kemain lama tapi sekali Nuri pergi jumpa bakal emak mertua perghh kena hina bukan main teruk. Ammar tu tak jahat tapi itulah masalahnya, dia tak pernah fight untuk cinta mereka. Daripada kau merana lepas kahwin better kau undur diri dari terlibat dengan keluarga toksik macam tu.
Jazmi pula pernah bertunang tapi putus sebab tunang tak faham kesibukan dia dalam membina kerjaya waktu tu pastu keluarga tunang cakap dia takde masa depan. sepanjang tempoh tersebut, dia fokus bina kerjaya dan empayar. aku suka watak Jazmi ni sebab dia ada misi dan visi.
tapi seriusly buku ni comel sangat wei, suka tengok cara Jazmi approach Nuri. slow dan steady. tapi bila Nuri tiba-tiba menghilangkan diri lepas first date nohh sampai ke lubang cacing dia cari siap pakej kejutan untuk Nuri lagi dia bagi.
Pendek cakap, bercinta lama pun belum tentu itu jodoh kita. kalau lelaki tu betul-betul serius nak ajak perempuan tu kahwin, dia takkan ambil masa masa sampai lapan tahun untuk decide.
Siapa nak baca buku rom-com, sis rekomen sangat buku Date to Marry.
Lapan tahun bercinta.Hasilnya?Bukan terima cincin merisik, tapi hinaan daripada bakal mak mentua.“You salah sebab tak berani,” kata Nuri pada sang kekasih.Dan sejak hari itu, Nuri Asyikin, 28 tahun berhenti jadi perempuan yang menunggu.“Kalau lelaki tu serius, dia tak akan buat kau tunggu.”***Jazmi Elhasiq, 37 tahun.Low profile. Dia bina empayar automotif dari bengkel kecil.Bakal mentua pernah gelar dia mat rempit tak ada masa depan.Sekarang orang panggil dia jutawan.Dia cuma nak satu benda: projek rumah dan one stop center dia siap tepat masa.Apa yang dia tak jangka?Arkitek yang ambil alih projek rumahnya, baru putus cinta tapi datang site macam tak ada apa-apa yang runtuh dalam hidup dia.“I tak nak lelaki yang sanggup lawan mak dia demi I.”Ayat itu dia dengar, dan tak boleh lupa.***Nuri tak mahu lelaki pengecut.Jazmi pula bukan lelaki yang suka kejar perempuan.Tapi bila seorang perempuan berani lepaskan cinta lapan tahun kerana maruah, bertembung seorang lelaki pernah dihina kerana impian, batas profesional mula jadi kabur.rasa hormat bertukar jadi perhatian, dan perhatian jadi keinginan.Ini bukan kisah cinta budak-budak.Ini kisah dua orang dewasa yang sama-sama tahu harga diri.Kadang-kadang, kita tak perlu date lama-lama untuk cari keserasian.Bila kita sudah cukup dewasa, kita tak cari pasangan untuk seronok.Kita cari pasangan untuk tua bersama selamanya.DATE TO MARRY.Bermula dengan janji temu.Berakhir dengan janji seumur hidup.



0 Comments