Telefilem | Geng Van Jenazah (2019)

Geng Van Jenazah

Telemovie : Geng Van Jenazah
Produksi : Cinema Stage Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Mejar Zainal Hayat, Zamri Mahmud
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 25 Mei 2019
Pelakon : Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Azhan Rani, Reen Rahim, Aepul Roza, Wan Sharmila, Aleza Shadan, Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman


Telefilem Geng Van Jenazah mengisahkan Husin (Tomok) yg bekerja sebagai pemandu van jenazah bersama kawan baiknya Mail (Issey Fazlisham).

Husin tak puas hati dengan Pak Tam (Azhan Rani) sebab dah menduakan Mak Udanya (Aleza Shadan) dengan berkahwin secara senyap dengan Kak Zah (Wan Sharmila). sejak berkahwin dua, Pak Tam langsung tak menjenguk Mak Uda di kampung.

Husin yg mengetahui rahsia tersebut memeras ugut Pak Tam untuk memberitahu isteri-isteri Pak Tam. pening kepala Pak Tam nak kena fikir mana nak cari duit buat belanja beli musang king untuk orang kampung setiap hari.

Geng Van Jenazah

Mail pula bercinta dengan Sharifah Zurina (Elisya Sandha) tapi hubungan mereka tak direstui keluarga Ina disebabkan Mail takde kerja tetap dan bukan berketurunan syed.

Ina panik bila tahu keluarganya dah cari jodoh buat dia dan akan ditunangkan lagi seminggu selepas ibu dan ayahnya balik dari umrah.


Suatu hari, Pak Tam meninggal dunia akibat tertelan biji durian. Husin dan Mail ditugaskan untuk menghantar jenazah Pak Tam ke kampung Mak Uda. Ina yg kebetulan mahu berbincang masalah hubungannya dengan Mail dibawa sekali sebab dah kesuntukan masa.

dalam perjalanan tersebut pelbagai dugaan ditempuh mereka bila tersesat di dalam ladang sawit. bukan itu sahaja malah jenazah Pak Tam tiba-tiba hilang dan van jenazah dicuri orang sehingga mereka berjumpa Leman Kubis (Aepul Roza) dalam ladang tersebut. siapa pula Leman Kubis ni sebenarnya?


mungkin apa yg berlaku tersebut balasan kepada Husin yg suka ambil kesempatan atas masalah yg dihadapi oleh orang lain.


nak tahu apa sebenarnya yg berlaku pada Husin dan Mail kenalah tengok sendiri telefilem ni. seriusly cerita dia tak seram langsung. penat gelak ada lah tengok Husin, Mail dan Ina nak mencari jenazah Pak Tam yg dikatakan hilang.

Post a Comment

10 Comments