Telemovie : Silang
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Azman Yahya
Penulis Skrip : PGRs Team
Siaran : TV3
Tayangan : 6 Julai 2019
Pelakon : Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid
Telefilem Silang mengisahkan Amir (Nazim Othman) yg mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil, ibunya pula tidak dapat menerima anaknya mempunyai masalah disleksia.
Amir lebih berminat pada seni dan melukis tapi ibunya selalu memarahi Amir kerana tidak boleh membaca dan menulis dan selalu dibandingkan dengan abangnya, Arif yg selalu cemerlang dalam pelajaran.
masalah ini dibawa Amir hingga ke dewasa, Amir bekerja sebagai graphic designer tapi mempunyai masalah dalam menulis laporan kerja.
Amir berkahwin dengan Dura (Emma Maembong) dan perkahwinan mereka bahagia. walaupun begitu, Dura mula menyedari Amir mempunyai masalah apabila Amir gagal dalam ujian bertulis kelas memandu dan ibu mertuanya pula mengatakan tidak terkejut jika Amir gagal.
Dura syak yg Amir mempunyai masalah disleksia dan cuba membantu Amir tapi Dura kecewa apabila Amir tidak mahu berterus terang kepadanya sehingga memberi kesan pada rumah tangga mereka.
yg bagus mengenai telemovie Silang bila cuba mengetengahkan isu disleksia dan memberi kesedaran sebab realitinya berlaku dalam kalangan masyarakat bila ada ibu bapa tidak dapat menerima anak mereka mempunyai disleksia dan tidak mendapatkan rawatan yg betul.
sebenarnya aku lebih berminat nak tahu macam mana Dura nak tolong Amir atasi masalah ini, apa rawatan yg betul untuk mengatasi masalah disleksia ini. tapi jalan cerita Silang lebih fokus pada watak Dura sama ada dia boleh menerima kekurangan Amir atau tidak.
tak tahu apa function watak Arif bila dah besar tiba-tiba watak Arif itu hilang. kalau di awal cerita ditunjukkan mak mereka lebih sayangkan Arif sebab lebih pandai daripada Amir. kenapa tak guna watak tersebut untuk jadi point mak mereka berubah dan menghargai Amir. ini maknya tiba-tiba berubah tak ke pelik.
owh satu lagi baru perasan citer ni la yg kecoh produksi crop gambar Bella Dally tukar dengan gambar Emma Maembong sebagai prop dalam telemovie ni. hurmm mesej dalam ni dah bagus tapi nampak macam nak jimat kos pula.
8 Comments
hahaha banyak betul flaws dalam drama ni. Nak tengok pun jadi menyampah
ReplyDeletebiasalah cite melayu mestilah kena lebih drama air mata..hahaha
DeleteKesian kat Amir. Mak dia tak bagitau awal penyakit anak dia. Isteri pulak tak membantu. Cerita ni orang tahu sebab kontroversi gambar tu jugak.
ReplyDeletemak dia tak boleh terima anak dia ada disleksia. isteri dia pula nak tolong tapi Amir sendiri tak nak berterus terang masalah sebenar dia.
Deletetahu pasal isu gambar tapi tak tau cite apa..haha
Minat nazim othman berlakon
ReplyDeleteisu disleksia first time i belajar perkataan ni
ReplyDeletebagus jalan cerita dan msg cerita ni
ReplyDeleteHadoilah.. boleh pula main crop crop je.. hahaha
ReplyDelete