Beauty of Resilience (2023) | Review Chinese Drama

Beauty of Resilience (2023) | Review Chinese Drama

Title : Beauty of Resilience
Director : Chan Ka Lam, Chen Guo Hua, Hu Yi Juan
Screenwriter : Qian Jue
Network : iQiyi
Aired : 1 Jun 2023
Episodes : 36
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Wuxia, Fantasy
Cast : Ju Jing Yi, Guo Jun Chen, Liu Dong Qin, Lu Ting Yu, Ma Yue, Huang Hai Bing, Jin Qiao Qiao, Kou Zhen Hai, Zhang Zhi Hao, Nie Zi Hao, Jiang Shan

SYNOPSIS:
In the Wei Kingdom of the Mortal World, although the cultivation of immortals is popular, immortality is still out of reach for most common men. Wei Zhi, a young lady, has been seen as a harbinger of unluckiness since young. Although she is quiet and lowkey in her actions, she is not cowardly. She bravely attended the coming-of-age ceremony to detect for the presence of immortality root bones. During the ceremony, the group of thirty-six Wei Zhi was in showed the Phoenix figure in the mirror. Due to this, the entire group was sent to the Egret Academy for further studies. Amongst them, the outstanding third lady of the Wei Family became a popular contender of the individual who possesses the Phoenix bloodline. In the academy, the young ladies and gentlemen who were born with a silver spoon, were tormented by the strict teacher, Yan Yue.

In fact, Yan Yue is the Monarch of the Heavens, and has come down to the Mortal World to find the individual who has the Phoenix bloodline because according to legend, the Phoenix is a terrifying existence that will destroy the three worlds, and killing the phoenix is the biggest test for Yan Yue. In the meantime, although Yan Yue cannot interfere with human affairs due to the law of the Heavens, he gradually developed an interest in the intelligent and tenacious Wei Zhi.

Beauty of Resilience (2023) | Review Chinese Drama

Beauty of Resilience sebuah drama bertemakan romantik dan fantasi yang boleh ditonton di iQIYI mengisahkan Wei Zhi (Ju Jing Yi), orang gaji keluarga Wei yang dikatakan bernasib malang dan selalu dibuli.  Ada ceremony yang dijalankan oleh raja kepada mereka yang mencapai usia 16 tahun untuk melihat nasib melalui cermin so Wei Zhi dihantar bersama dua orang anak majikannya iaitu Wei Ling Yue (Wa Yue) dan Wei Jing Yue (Jiang Shan) ke upacara tersebut.

Cermin tersebut boleh mengesan kewujudan Phoenix yang menjadi figura penting dan menjadi rebutan tiga alam ini iaitu mortal, heavenly dan demon kerana dikatakan siapa yang memiliki phoenix ini akan memegang kuasa dunia.

Sewaktu upacara tersebut, kumpulan Wei Zhi yang terdiri daripada 18 orang termasuk majikan dia telah membangkitkan kuasa phoenix tapi tiada siapa sebenarnya Phoenix antara mereka. Mengikut adat tradisi, kumpulan yang terpilih akan belajar di Egret Academy.

Beauty of Resilience (2023) | Review Chinese Drama

Yan Yue turun ke mortal realm untuk mengajar 18 orang pelajar tersebut mengawal kuasa mereka. identiti sebenarnya ada God of Red Sun dan tujuan lain juga untuk mengenalpasti siapa sebenarnya Phoenix dan melindungi Phoenix dari diancam bahaya.

Antara mereka, Wei Lingyue yang paling menonjol dan menunjukkan prestasi yang bagus, ramai yang beranggapan Lingyue adalah Phoenix. Manakala Wei Zhi selalu berada di tempat tercorot dan tidak mempunyai sebarang kuasa istimewa.

Tapi Yan Yue pelik dengan Wei Zhi sebab cuma dia seorang yang boleh dalam bilik Yan Yue yang ada barrier, bila disiasat dia tidak menjumpai apa-apa pun mengenai Wei Zhi.

Beauty of Resilience (2023) | Review Chinese Drama

Wei Zhi sebenarnya golongan bangsawan juga, datuknya pembesar dan bapanya panglima perang tapi semua ahli keluarganya terbunuh kerana Wei Zhi dituduh sebagai witch. Emaknya sempat bawa lari dia dan adiknya, sejak hari itu mereka hidup sebagai orang biasa dengan menyembunyikan identiti sebenar mereka.

Sejak kecil juga, Wei Zhi boleh nampak benda yang tak boleh dilihat sebagai manusia dan kalau dia marah secara tidak sengaja akan keluar kuasa api dia cuma dia sendiri tak sedar yang dia sebenarnya phoenix.

Bila dapat sambung belajar, Wei Zhi tekad untuk mengubah nasib keluarga dia tapi itulah bila pergi belajar pun masih lagi kena buli dengan tuan dia.

Beauty of Resilience (2023) | Review Chinese Drama

Dari awal lagi Wei Lingyue sudah menunjuk prestasi yang bagus dan dapat mengawal kuasanya dengan baik. Ramai yang teka dia Phoenix yang dilahirkan semula tapi bila Demon Clan culik dia dan check identitinya, rupa-rupanya dia cuma peacock hurmm terkedulah kawan.

Luarannya Lingyue nampak seperti gadis yang baik dan bersopan-santun tapi dia sebenarnya cemburu dengan Wei Zhi sebab Lingyue suka dekat Yan Yue tapi Yan Yue lebih beri perhatian pada Wei Zhi.

Manakala adiknya pula, Wei Jingyue pula anak manja dan suka cari gaduh dengan Wei Zhi. bila belajar di akademi pun Jingyue selalu buli dan kerah Wei Zhi buat segala kerja walaupun Yan Yue dah bagi warning tiada taraf sosial bila belajar di situ.

Beauty of Resilience (2023) | Review Chinese Drama

sebelum ni dah tengok Ju Jing Yi berlakon dalam Legend of Yun Xi dan The Blooms At Ruyi Pavillion, tapi dia punyai acting langsung tak ada improvement, ekspresi muka pun macam tu juga dan tak boleh rasa chemistry dia dengan hero.

aku tengok sampai episod 10 pastu malas nak sambung sebab tak ada benda yang baru pada jalan ceritanya, lebih kurang sahaja dengan fantasi drama yang aku tengok sebelum ni. pendek cakap tak ada x-factor untuk buat aku terus melekat tengok sampai habis.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Baru nak amek mood tgk drama ni, sekali.. Heroin dia best, tapi plott.. nextttt!!

    ReplyDelete