The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

Title : The Starry Love
Director : Chu Yui Bun
Screenwriter : Ma Jia
Network : Youku
Release Date : 16 February 2023
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Wuxia, Fantasy
Cast : Chen Xing Xu, Landy Li, Luke Chen, He Xuan Lin, Cao Jie, Zhao Zhan, Jiang Xiao Lin, Wang Li Na, Cao Bo, Xia Ming Hao, Zhao Tie, Kong Song Jin

SYNOPSIS:
The queen of the human tribe gave birth to twin girls. Respected by the entire tribe, the older sister Qing Kui, who is gentle and kind, is betrothed to the heavenly prince. The younger sister, Ye Tan, smart and cunning, shunned by her own people, is betrothed to the demon prince. Due to a mix-up, the two sisters are married off to the wrong husbands. It paves the way for two beautiful romances and also ignites a conspiracy that shakes the four realms.

The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

The Starry Love mengisahkan puteri kembar iaitu Qingkui (He Xuan Lin) dan Yetan (Landy Li) anak kepada Maharaja Mortal Tribe (Dunia Manusia) yang bakal dikahwinkan dengan putera mahkota Heavenly tribe dan Void (Devil) tribe untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan dunia.

Walaupun dilahirkan pada masa yang sama, Qingkui dan Yetan mendapat layanan yang berbeza dari ayahanda mereka dan rakyat jelata. Qingkui terkenal sebagai seorang puteri yang baik hati dan sopan santun sangat disayangi manakala Yetan pula dikatakan membawa malang dan dibenci oleh rakyat jelata. Yetan dikurung dan hidup dalam kesunyian kerana tidak mahu dia membawa masalah.

Pada hari mereka dijemput oleh Heavenly Tribe dan Void Tribe telah berlaku kekacauan dan ada seseorang yang telah menukar tempat mereka berdua. Qingkui yang sepatutnya berkahwin dengan putera Heaven Tribe telah dibawa ke Void Realm dan Yetan pula dibawa ke Heavenly Realm.

Sebagai kembar, Yetan dan Qingkui mempunyai keistimewaan berhubung antara satu sama lain. Mereka bersetuju untuk menyembunyikan identiti sebenar untuk mengelak berlaku kekecohan yang boleh menyebabkan peperangan.

The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

Dalam Void Realm ada konspirasi tersembunyi, Chao Feng (Luke Chen) iaitu putera ketiga selalu tersisih dan mendapat layanan yang tidak adil dari King Demon dan Queen Demon kerana ibunya dari suku low class. Chao Feng merancang untuk bunuh dua orang abangnya seterusnya jadi raja.

Chao Feng telah menyerang abangnya secara sembunyi ketika berada di Mortal Realm kebetulan pula Yetan ada di tempat kejadian dan ternampak dia kemudian dapat tahu Yetan, puteri raja yang dihantar ke Void Realm. Untuk mengelakkan rahsianya terbongkar, Chao Feng menukar kedua orang puteri ini.

Qingkui pada mulanya syak Chao Feng tapi Chao Feng pandai putar belit cerita sehingga Qingkui percaya yang putera kedua yang menjadi dalang. Qingkui dan Chao Feng kemudiannya semakin rapat dan jatuh cinta walaupun Qingkui sudah tahu kebenaran sebenar.

The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

Youqin (Chen Xin Xu), Crown Prince Heavenly Tribe pergi bertapa beribu tahun dan buang segala emosi untuk mencapai tahap tertinggi. Bila jumpa dengan Yetan, Youqin jadi annoying sebab perangai mereka berdua sangat berbeza tambahan pula Yetan rajin buat masalah.

Selepas melalui pelbagai kesusahan bersama, Youqin jatuh cinta dan meluahkan perasaannya kepada Yetan. Mereka hidup bahagia tapi hubungan mereka tidak direstui oleh Raja Heaven sebabnya Yetan jauh berbeza dari cerita yang dia dengar iyelah dah Qingkui dan Yetan tertukar mestilah lari dari expectation.

Apabila identiti Yetan terbongkar keadaan semakin genting tapi Youqin sebenarnya sudah tahu so bila ayah dia menghalang hubungan mereka, Youqin sanggup tinggalkan segala pangkat dia untuk hidup bersama Yetan.

The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

Semua masalah yang terjadi berpunca dari Raja Heaven dan Raja Demon juga sebab masing-masing nak jadi kuat dan lebih berkuasa dari tribe yang lain. 

Macam Raja Heaven, aku rasa dia macam nak guna Youqin untuk kekalkan kedudukan dia. geram juga bila dia larang mereka dari pergi cari roh Youqin yang berkecai selepas protect Guixu. Cuma Yetan yang ignore amaran dia pergi cari Youqin selepas susah payah Yetan cari Youqin, Raja Heaven nak pisahkan mereka pula.

Raja Demon pula selalu mengalakkan tiga anak lelakinya untuk bersaing antara satu sama lain untuk jadi Crown Prince seterusnya menggantkan tempat dia. 

The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

tapi mostly watak dalam drama sangat baik dan selalu support Yetan dan Qingkui. Walaupun Raja Heaven tak suka Yetan tapi mak Youqin dan adik-adiknya selalu support hubungan mereka berdua.

Walaupun Chao Feng awal-awal tu jahat tapi dia mula berubah fikiran selepas bertemu dengan Qingkui. lagi pula Qingkui baik hati terus dia jatuh hati dengan Qingkui dan sanggup tinggalkan dendam dia selama ini.

The Starry Love (2023) | Review Chinese Drama

drama ni awal-awal kelakar tapi makin lama makin sedih. Walaupun Yetan dan Qingkui nak mulakan hidup baru dengan pasangan mereka, ada sahaja yang datang mengganggu, banyak konflik yang berlaku. selepas apa yang terjadi, Yauqin dan Chao Feng begitu setia dan menyayangi Yetan dan Qingkui sampa sanggup lari tinggalkan pangkat dan dendam untuk hidup bahagia dengan insan tersayang.

bila tengok drama fantasi macam ni, aku dah boleh agak ending dia sedih tapi tetap juga layan sebab tertarik dengan jalan cerita dia. best juga cerita dia. siapa yang suka tengok drama fantasi dari China bolehlah try tengok drama The Starry Love pula.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments