Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Title : Ashes of Love
Director : Chu Yui Bun, Cheng Feng
Screenwriter : Zhang Yuan Ang, Bai Yi Cong, Ma Jia
Network : iQiyi, Youku, Netflix
Release Date : 2 August 2018
Episodes : 63
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Zi, Deng Lun, Leo Luo, Adonis Liao, Wang Yi Fei, Chen Yu Qi, Xia Zhi Yuan

Zi Fen, the Flower Deity, dies after giving birth to a daughter, Jin Mi. Before her death, Zi Fen foresaw that Jin Mi would encounter a fatal love trial and fed her daughter an 'Unfeeling Pill' to prevent her from developing any romantic feelings. Zi Fen also instructed the leaders of the Flower Realm to keep Jin Mi's identity a secret and had her kept locked in a water boundary within the Flower Realm.
Several thousand years later, Jin Mi has grown up into an innocent and naive sprite who longs to see the world outside of the Flower Realm. When Xu Feng, the Fire Deity and second son of the Heavenly Emperor, accidentally lands into the Flower Realm after being attacked during his phoenix rebirth process, Jin Mi nurses Xu Feng back to health and demands that he takes her along with him when he leaves the Flower Realm. This is where Jin Mi's adventure and love trial begins as she explores the realms and meets various immortals & demons.

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Diadaptasi dari novel Heavy Sweetness, Ash-like Frost, Ashes of Love sebuah drama fantasi romantik mengisahkan dunia kayangan yang terbahagi kepada enam alam antaranya Flower Realm, Heaven Realm, Demon Real. 

Jinmi (Yang Zi) membesar sebagai grape sprite di Flower Realm tanpa mengetahui yang dirinya merupakan anak kepada Flower Deity dan keselamatannya dikawal oleh ahli Flower Realm kerana amanah ibunya.

Zi Fen yang merupakan Flower Deity telah melalui percintaan yang tragis dan tidak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya. Oleh sebab itu sebelum meninggal dunia, dia telah amanahkan pengikutnya untuk merahsiakan identiti sebenar Jinmi dan meletakkan sumpahan pada Jinmi supaya anaknya itu tidak akan menderita kerana cinta.

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Suatu hari, Jinmi telah menyelamatkan seekor phoenix yang tersesat masuk ke dalam Flower Realm. Phoenix tersebut adalah Fire Deity iaitu Xu Feng (Deng Lun) dan sebagai tanda penghargaan, Xufeng telah memenuhi permintaan Jinmi yang mahu pergi ke Heaven Realm.

drama ini lebih kepada light romantic comedy untuk 10 episod awal tapi konflik mula terjadi apabila identiti Jinmi sebagai anak Flower Deity terbongkar dan bermulalah kisah percintaan yang penuh tragis.

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Jinmi seorang yang ceria tapi soal cinta dia agak naif kerana tidak menyedari sumpahan ibunya pada dirinya. Oleh sebab itu, Jinmi langsung tak alert dengan perasaan cinta Xufeng padanya. banyak benda yang Jinmi buat tanpa sedar telah melukakan hati Xufeng seperti menerima pertunangan dengan Night Deity. 

Kalau ikutkan memang geram juga tapi nak salahkan dia pun tak boleh juga sebab sumpahan tersebut telah tarik perasaan cinta dari dirinya sebab itu dia tak pernah sedar dengan perasaannya sendiri pada Xufeng.

best tengok lakonan Yang Zi sebagai Jinmi sebab boleh nampak perubahan pada watak ini, dari naif menjadi semakin matang dan watak yang berat juga dari segi emosi. scene yang paling sedih apabila Jinmi mula menyedari perasaannya pada Xufeng tapi sayang dah terlambat. waktu tu memang dia rasa bersalah sangat sebab dah jadi kejam pada Xufeng.

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Xu Feng merupakan kepada Heaven Emperor dan Empress juga digelar sebagai God of War atau Fire Deity. Dari awal lagi,  Xufeng sudah jatuh cinta dengan Jinmi sampai sanggup pergi jumpa ahli Flower Realm untuk minta restu padahal pada masa tersebut, dia belum tahu lagi identiti sebenar Jinmi.

Walaupun hasratnya ditolak, Xufeng tetap juga melindungi Jinmi dari segala ancaman bahaya sampai dia sanggup lawan emaknya sendiri. tapi itulah kesian juga dengan Xufeng, sudahlah cintanya tidak dibalas lepas tu dikhianati oleh orang yang disayangi pula. bila berlaku titik perubahan pada watak Xufeng memang sis no komen sebab banyak sangat keperitan yang ditempuhi demi cintanya.

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Run Yu (Luo Yun Xi) adalah Night Deity yang juga abang kepada Xufeng, anak sulung Emperor dengan perempuan simpanannya, Princess Suli. Walaupun selalu dilayan secara tidak adil oleh Empress, Runyu sangat rapat dengan Xufeng juga berkawan baik dengan Jinmi. tapi itulah sebab terlalu banyak sangat memendam rasa terus dia memberontak untuk balas dendam.

Dahulunya, Emperor pernah buat perjanjian dengan Water Deity untuk mengahwinkan anak mereka. Bila terbongkar identiti Jinmi sebagai anak Flower Deity dengan Water Deity terus Runyu jadi tamak dan hipokrit. geram juga bila dia cakap dengan Xufeng yang dia boleh mengalah semua benda pada Xufeng tapi bukan Jinmi, padahal dari awal lagi dia sudah tahu perasaan Xufeng pada Jinmi.

titik perubahan drastik pada Runyu apabila mengetahui perbuatan kejam Heavenly Emperor dan Empress pada ibunya. pada masa tersebut, Runyu bersumpah untuk membalas dendam jadi dia buat rancangan merampas takhta dan gunakan Jinmi untuk bunuh Xufeng.

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

paling suka dengan watak Moon Deity yang merupakan adik kepada Emperor. Sejak kali pertama Jinmi datang ke Heaven Realm, dia disambut dengan penuh kasih sayang oleh Moon Deity. Moon Deity selalu kata yang Jinmi merupakan pasangan terbaik buat Xufeng sebab itu dia selalu berusaha untuk jodohkan Jinmi dengan Xufeng.

Ashes of Love (2018) | Review Chinese Drama

Kisah perjalanan Xufeng dan Jinmi penuh dengan onak dan duri, banyak scene yang happy dan kelakar tapi lagi banyak moment yang menyedihkan. bila tengok scene Xufeng menangis, rasa nak menangis sekali.

Walaupun episod Ashes of Love sangat panjang tapi plot dan jalan ceritanya sangat menarik. sebab banyak perkembangan dari segi watak dan  jalan cerita. walaupun subplot dia pun banyak tapi flow untuk main story masih lagi tersusun cantik. gandingan Yang Zi dan Deng Lun nampak serasi sangat.

bagi aku, ini drama terbaik dari Yang Zi dan Denglun sebab watak mereka sebagai Jinmi dan Xufeng melalui banyak fasa perubahan dan sangat berat dari segi emosi tapi lakonan masing-masing sangat mantap.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak hbs tengok...drama genre mcm ni selalu byk episod..yg hbs tengok Eternal Love: Ten Miles Peach Blossom..

    ReplyDelete