Review Movie | Hunger (Netflix)

Review Movie | Hunger (Netflix)

Title : Hunger
Director : Sitisiri Mongkolsiri
Screenwriter : Kongdej Jaturanrasamee
Network : Netflix
Release Date : 8 April 2023
Duration : 2 hour 26 minutes
Cast : Aokbab Chutimon, Peter Nopachai, Gunn Svasti, Aim Bhumibhat, Pao Varit

SYNOPSIS:
Aoy is in her twenties when she inherits her family's rat na and pad see ew restaurant in Bangkok's old quarter. Then she's plucked up by team 'Hunger', the country's leading luxury Chef's table team. In her new environment, Aoy gets to know the dark side of genius Chef Paul and the high-end food industry.

Review Movie | Hunger (Netflix)

Filem Hunger mengisahkan Aoy (Aokbab Chutimon) yang mengambil alih kedai makan menjual kuetiaw goreng milik keluarganya. Suatu hari, Aoy direkrut oleh Tone (Gunn Svasti) masuk team Hunger yang dikendalikan oleh chef elite terkenal, Che Paul (Peter Nopachai).

Chef Paul hanya memasak untuk golongan elite dengan menggunakan barang kualiti. Aoy pula diterima masuk kerana skill dia mengawal api tapi Chef Paul bukan kisah sangat dengan team dia, maybe hari ni kena puji besok terus kena maki. so ramai yang tak tahan kerja disitu kerana attitude Chef Paul yang tak hormat dengan pekerja dia.

Aoy yang tiada latar bidang kulinari ada tekad untuk menjadi someone special. bila kena maki dengan Chef Paul, dia terima sahajalah sebab nak belajar dan improve skill dia tapi makin lama bekerja dengan Chef Paul dan memasak untuk golongan elit, ada sisi gelap yang kadang-kadang dia sendiri nampak tak berkenan.

Review Movie | Hunger (Netflix)

Dari awal sampai akhir geram je tengok perangai Chef Paul, ingatkan nak berubah lepas kena tikam dengan pekerja dia tapi tak juga, gitu juga perangai dia. Makanan yang disediakan oleh Chef Paul nampak sangat sinikal untuk golongan elit.

Cara Chef Paul membesar jadi anak orang gaji buat dia percaya makanan melambangkan taraf sosial bukan kasih sayang dan hal ini juga menjadikan motivasi buat dia untuk jadi ekslusif supaya orang kaya datang merayu dan makan masakan dia.

Kemuncaknya Aoy membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana perbezaan pendapat dengan Chef Paul dan kemudianya menerima tawaran dari seorang businessman bernama Tos (Pao Varit).

Review Movie | Hunger (Netflix)

aku setuju bila ramai yang cakap watak Aoy tak realistik sebab dia tak ada background kulinari dan kepakaran pun sekadar boleh mengawal api dengan baik tapi dalam masa yang singkat dia boleh ganti pembantu Chef Paul. Walaupun banyak benda yang dia belajar sepanjang bekerja dengan Chef Paul tapi skill dia masih lagi jauh untuk buka restoran sendiri.

tapi bila dengar tawaran Tos, siapa pun akan tergoda tambah lagi pula Aoy nak keluar dari taraf kemiskinan  keluarga dia. Aoy ingat dia boleh berjaya dengan usaha keras tapi bila bertanding dengan Chef Paul boleh nampak skill dia masih lagi mentah nak dibandingkan dengan Chef Paul yang jauh berpengalaman.

Aoy nak jadi istimewa tapi dia tak happy pun dengan apa yang dia dapat so at the end Aoy dapat pengajaran bermakna dalam hidupnya bila dia tahu apa dia nak dan apa yang buat dia happy. Yang menariknya mengenai filem Hunger apabila menggunakan makanan untuk menunjukkan perbezaan taraf sosial dalam masyarakat.

Post a Comment

1 Comments

  1. menyampah tengok Aoy jadi kekwat sebab jadi junior chef. Perangai Chef Paul tu memang takkan berubah dah, nak masuk setengah abad hidup cenggitu.

    ReplyDelete