Liar (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Liar The Series (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Liar
Produksi : Double Vision Sdn Bhd
Pengarah : Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 3 April 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Episod : 12
Genre : Jenayah, Thriller
Pelakon : Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya  Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn, Charles Roberts, Yuyun Hikmah, Nawal Sarah, Aidan Razeen

Saksikan drama premium Astro Original bertajuk Liar yang akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap hari sabtu bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap hari isnin, jam 9.00 malam di Astro Ria.

Liar (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Liar sebuah drama adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. Siri ini telah dibuat remake oleh negara lain antaranya Sepanyol dengan judul Mentira's, Jerman (Du Sollst Nicht Lügen), Perancis, Itali dan Turki.

Diarahkan oleh Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min, Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Jalan ceritanya penuh dengan kejutan mengisahkan dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.

Dibintangi oleh Tiz Zaqyah yang membawa watak Lara Sulaiman, Tony Eusoff sebagai Aiman Yusuf, Ezzaty Abdullah sebagai Kat Sulaiman, Jalaluddin Hassan sebagai Sulaiman, Nadiya Nisaa sebagai Detektif Nisaa, Nazrief Nazri sebagai Taufiq, Aniq Suhair sebagai Noah Aiman dan ramai lagi.

Liar (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Liar

Mengisahkan Lara Sulaiman seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Dia baru bercerai dengan suaminya dan bersetuju untuk keluar bertemu janji dengan seorang pakar bedah balu, Aiman Yusuf. 

Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar?

Liar menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments