Review Drama | Projek: High Council (Astro)

Review Drama | Projek: High Council (Astro)

Drama : Projek: High Council
Produksi : Pasal Productions Sdn Bhd
Pengarah : Anwari Ashraf, Ika Zakaria
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Zulaikha Zakaria, Amira (Mya) Nasiruddin, Luqman Ghazali, Zaharin Zabir, Zulaikha Zulhaimi, Samuel Sin
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 14 Januari 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Episod : 10
Durasi : 50 minit
Pelakon : Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Aida Aris, Sazzy Falak, Ben Tan, Fadhli Masoot, Kahoe Hon, Sathis Varan, Hasnul Rahmat, Edika Yusof


baru habis maraton drama ni sampai episod 7, penat juga nak tunggu sebab seminggu keluar satu episod pastu asal buka tik tok ada pula spoiler yang keluar. kalau trailer tu faham lagi ini spoiler episod yang tak keluar lagi. macam mana boleh bocor tu..hurmm

Review Drama | Projek: High Council (Astro)

Projek: High Council mengisahkan Fakhri (Mierul Aiman) mendaftar tingkatan 4 di sekolah baru iaitu KUDRAT (Kolej Ungku Dramat) dan bertemu semula dengan abangnya, Naim (Nadhir Nasar) setelah terpisah 6 tahun. Fakhri ni budak lompat kelas so dia lebih muda dalam batch dia.

Penceraian Firdaus (Azhar Sulaiman) dan Idah (Aida Aris) banyak bagi kesan kepada mereka dua beradik sampai bertemu balik pun masing-masing masih lagi tak sebulu sebab masih ada lagi benda yang terbuku di hati. konflik keluarga mereka agak complicated juga. 

Review Drama | Projek: High Council (Astro)

Fakhri diperkenalkan dengan tradisi High Council iaitu jawatankuasa tak rasmi yang mengawal kegiatan pelajar dalam asrama diketuai oleh Kahar (Amir Ahnaf) a.k.a Kapla High Council. 

actually Kahar dan geng dia dah menyalahguna kuasa dengan membuli pelajar junior tambahan pula mereka diingatkan apa-apa yang berlaku dalam asrama tidak boleh sampai ke pengetahuan warden. kalau ada yang berani buat report terus kena pailang.

Fakhri tak puas hati tengok ketidakadilan yang berlaku dan berazam mahu jatuhkan high council dan Kahar dengan menamakan plan ini sebagai Projek: High Council. satu cara untuk melawan Kapla adalah dengan join pilihanraya iaitu berlawan dalam gelanggang. tapi ada hierakhi yang dia perlu panjat.

Naim juga ada cita-cita untuk mengambil alih jawatan Kapla High Council bila naik form 5 kelak sebab dah meluat tengok budak macam Kahar salah guna kuasa dengan menindas pelajar junior yang lain. so dia ada misi dan visi untuk mengubah tradisi buruk High Council.

Review Drama | Projek: High Council (Astro)

barisan pelakon dalam Projek: High Council memang best, walaupun ada muka baru tapi masing-masing berjaya deliver watak mereka dengan baik sekali. suka tengok Naim Daniel bawa watak Ayam dan scene Fadhli Masoot kena jadi Kapla Interim berdekah sis gelak padahal scene tengah serius.

watak Naim dan Fakhri ada konflik dalaman masing-masing dalam masa yang sama cuba mengubah sistem yang menindas mereka. tapi itulah geram pula tengok bila Fakhri slowly dah berubah jadi macam Kahar membuli pelajar junior. satu masalah dia ni kuat sangat memberontak dan tak boleh kawal perasaan. sebab tak puas hati dengan parent dia, Naim yang jadi sasaran dia. episod 7 seriusly memang geram dengan perangai Fakhri.

Naim pula ada ciri-ciri leader yang bagus, suka tengok dia handle kes Ariz walaupun cara dia salah. tapi macam Fakhri juga, masalah keluarga banyak bagi kesan kepada dia juga.

ada satu episod tu rasa kesian juga dengan Kahar dan cuba nak faham juga bila dia explain kat Naim kenapa mereka perlu kekalkan tradisi High Council. ingatkan lepas comeback nampak perubahan positif Kahar ni tapi tak juga tetap dengan Kapla dia. tapi memang best vibe Kahar dalam drama ni.

Review Drama | Projek: High Council (Astro)

Drama high school memang tak lari dari isu buli tapi dalam Projek: High Council cuba tunjukkan sisi gelap dalam asrama pelajar lelaki yang kita pun tak pernah tahu sebelum ini. kesian sebenarnya sebab masing-masing baru belasan tahun tapi dah kena brainwash apa-apa yang berlaku dalam asrama kena settle cara anak jantan dan jangan sampai warden atau orang luar tahu.

persoalannya kenapa high council begitu berkuasa sampai tiada yang report tentang ketidakadilan yang berlaku. jawapannya sebab ada badan alumni yang backup untuk jaga nama baik sekolah sebab tu pengetua sendiri tak berani buat apa walaupun tahu apa yang jadi dalam asrama dan kem bulan madu.

Overall, plot Projek: High Council sangat menarik, skrip yang best dan barisan pelakon yang mantap. drama ni berlatarkan tahun 2007, suka tengok vibe outfit dan prop zaman tersebut ditambah pula dengan cinematography yang cantik.

Adakah Projek: High Council Fakhri akan berjaya? Adakah Naim dapat mengubah sistem yang menindas mereka? yang itu kena tengok sendiri kesudahan ceritanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Geram tengok Fakhri bila dia naik jadi wira tu. Suka hati dia je buli pelajar baru. Ayam pun ikut naik kepala jugak masa tu

    ReplyDelete