Review Drama | Imam Instant Ustazah Scammer (Astro)

Review Drama | Imam Instant Ustazah Scammer (Astro)

Drama : Imam Instant Ustazah Scammer
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Hadith Omar
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 5 Mac 2023
Masa : Ahad | 9.00 Malam
Durasi : 2 jam
Genre : Komedi
Pelakon : Hun Haqeem, Mira Filzah, Qasrina Karim, Mierul Aiman, Yasmin Hani, Azza Elite, Yassin Yahya, Usop Wilcha, TJ Isa, Fendi Seman, Mak Jah

SINOPSIS:
Kerana terdesak, Ashraf dan Effa datang ke Kg Ramadan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan. Setelah di sana, barulah mereka tahu akan keadaan Kg Ramadan yang pelik.

Review Drama | Imam Instant Ustazah Scammer (Astro)

Imam Instant Ustazah Scammer mengisahkan Effa (Mira Filzah) menyamar sebagai ustazah kerana terdesak untuk membayar hutang ahlong. Manakala Asraf (Hun Haqeeem) pula tiba-tiba menjadi popular kerana videonya membaca al-quran viral di tiktok.

Asraf mempunyai cita-cita untuk belajar agama di Mesir dan menjalani kehidupan yang biasa mahu lari dari menjadi tumpuan media. Kerana terdesak juga, Ashraf dan Effa bertemu di Kampung Ramadhan apabila mereka dijemput untuk mengimarahkan kampung tersebut dengan program agama sepanjang bulan Ramadhan.

Di sini terjadi juga konflik apabila Ashraf menyatakan cukuplah solat tarawikh sebanyak 8 rakaat supaya  tak membebankan jemaah dan tidak diwajibkan jika penduduk kampung mempunyai kesulitan tapi lain pula dengan ketua kampung Tok Jamlus (Usop Wilcha) yang mahu memaksimumkan amalan sunat dan tadarus al-quran sepanjang bulan ramadhan.

ramai penduduk kampung tak setuju dengan saranan Tok Jamlus tapi Tok Jamlus punya psiko siap ugut lagi siapa tak datang solat tarawikh siap nak tolak orang tu masuk dalam lubang kubur. so apa tindakan orang kampung? 

walaupun ramai jemaah wanita yang mengadu kepada Effa tapi Effa ni ada motif tersendiri nak bodek Tok Jamlus so dia nasihat jemaah untuk ikut sahaja saranan Tok Jamlus demi kebaikan semua. Ashraf pula mula meragui keputusannya datang ke Kampung Ramadhan ditambah pula dengan serangan pocong a.k.a Cik Cong buat hidup Ashraf tidak tenteram apabila diganggu hampir setiap malam.

Review Drama | Imam Instant Ustazah Scammer (Astro)

Walaupun keluar seminggu satu episod tapi puas juga tengok sebab durasi dia panjang sampai dua jam. kalau tahun lepas slot hari ahad sempena bulan ramadhan ini keluar cerita Nusyuz Berkiblat Cinta yang sangat intense tapi tahun ni pula ada Imam Instant Ustazah Scammer yang lebih ringan dan santai. 

excited dengan drama ni sebab ada Hun Haqeem dan Mierul Aiman, watak Mierul sebagai Ronaldo memang kelakar, dah la poyo nasib baik comel. tapi lakonan pelakon lain pun best juga dan watak masing-masing mostly sangat kelakar dan menghiburkan keadaan.

baru first episod dah berdekah gelak layan drama ni. paling kelakar scene Ashraf kena kacau dengan cik cong, yang tak tahan juga bila Ashraf ingatkan Mak Jah adalah petunjuk jodoh dia yang muncul dalam mimpi terus member nak lari dari kampung. overall jalan cerita dia sangat santai dan penuh dengan pengajaran.

Nak tahu kesudahan imam segera dan ustazah google ni, boleh tengok drama Imam Instant Ustazah Scammer di Astro Ria.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. i watch this on tiktok. Terus terasa nak subs astro sebab nak tengok. haha

    ReplyDelete