Drama : Korban Kasih
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 24 April 2020
Episod : 30
Pelakon : Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah
Sinopsis Drama Korban Kasih
Diadaptasi dari novel karya Fatimah Saidin, Korban Kasih sebuah drama kekeluargaan mengisahkan Fauzi (Hasnul Rahmat) dan Norizah (Dynas Mokhtar) yang mempunyai empat orang anak iaitu Kak Long (Ezzaty Abdullah), Jamil (Azrel Ismail), Jalil (Saharul Ridzwan) dan Fatimah (Zara Zya).
Jalil disisihkan oleh Norizah kerana merasakan anak itu membawa malang. Walaupun begitu, Fauzi dan Nek Limah sangat menyayangi dan selalu membela Jalil kerana Jalil seorang anak yang baik.
Keadaan berubah apabila Fauzi meninggal dunia diikuti pula dengan Nek Limah. Jalil sanggup melepaskan peluang ke universiti untuk memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil. Jalil mahu menjaga ibu dan keluarganya namun Norizah tetap membenci Jalil dan tidak nampak pengorbanan anaknya itu.
Jalil akhirnya membuat keputusan untuk membawa diri dari kampung. Apabila Jalil tiada barulah Norizah menyesal dengan perbuatannya itu. Selepas beberapa tahun, Jalil kembali semua ke kampung bersama datuk mereka dan berjaya menyelesaikan segala konflik yang berlaku.
Konflik kembali tegang apabila Jamil melarikan diri pada hari perkahwinannya dengan Aisya (Umie Nazeera) namun begitu Aisya tetap sabar menunggu walaupun Jamil sudah beberapa tahun meninggalkannya.
Fatimah yang sedih melihat keadaan Aisha meminta Jalil berkahwin dengan Aisha. Jalil bersetuju dan hidup bahagia bersama Aisha. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil. Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?
0 Comments