Drama Bapa Mertuaku Mafia nampak macam best juga bila tengok teaser yang menarik ditambahkan Zahiril Adzim sebagai teraju utama buat ramai yang tak sabar nak tengok drama ni. aku rasa dah ramai stress dengan drama tv yang tak habis pasal curang dan penyondol sesekali bila muncul drama komedi macam ni baru rasa semangat sikit nak melayan.
Bapa Mertuaku Mafia mengisahkan Ustaz Takdir (Zahiril Adzim) seorang ustaz yang terkenal bukan sahaja di kampungnya malah di media sosial. so ramailah macik-macik yang berangan nak menantukan Ustaz Takdir tapi cinta Takdir hanya pada kekasih hatinya, Murni (Auni Yusri).
Hubungan Takdir dan Murni ditentang oleh bapa Murni, Haji Dam (Haeriyanto Hassan) tapi bila Takdir dah famous mulalah berangan nak jadikan Takdir sebagai menantunya dan pinangan Takdir diterima. tapi emak Takdir tak berkenan bila anaknya nak berkahwin dengan Murni sebab mengenangkan layanan Haji Dam pada anaknya dulu, emak Takdir ni siap doa lagi anaknya berkahwin dengan orang lain.
Konflik terjadi apabila Takdir secara tak sengaja tertukar beg yang mengandungi wang hantaran dengan beg mafia yang ada duit seratus ribu ringit. Budi (Nafiez Zaidi) orang kanan kepada ketua mafia Chief Zack (Razak Ahmad) ditugaskan bawa beg tersebut tak sedar begnya telah tertukar.
Budi cuba mendapatkan beg itu semula bila menyedari kesilapannya tapi masalahnya bila beg tersebut sudah ada pada Haji Dam dan kemain orang tua ni berjoli sakan dengan duit tersebut. Budi tidak berjaya mendapatkan beg itu semula dan terpaksa meminta Chief Zack menyelesaikan masalah tersebut.
Chief Zack pula tiba-tiba jadi insaf selepas terdengar ceramah Ustaz Takdir entah macam mana dia ubah rancangan dengan menculik Takdir untuk dijadikan menantunya.
Majlis pernikahan Murni jadi kecoh bila pengantin lelakinya yakni Ustaz Takdir tiba-tiba menghilangkan diri. Apa yang bakal berlaku bila Takdir yang sepatunya berkahwin dengan Murni tiba-tiba terpaksa berkahwin dengan Melissa (Siti Haerisa), anak kepada ketua mafia yang digeruni ramai.?




0 Comments