Isteri Rahsia Ungku Jabbar sebuah drama adaptasi novel Badass Wife Ungku Jabbar karya Mia Azwari mengisahkan Nilam (Harissa Adlynn) yang bercinta dengan Ungku Jiyad (Ezaidi Aziz) namun hubungan mereka tidak direstui oleh abang Jiyad, Ungku Jabbar (Keith Foo) kerana Jabbar menganggap Nilam seorang perempuan mata duitan dan pisau cukur.
Konflik hubungan Nilam dan Jiyad tercetus kerana perangai cemburu buta Jiyad sampai Jiyad hilang kawalan dan bertindak merogol Nilam sehingga Nilam mengandung. Nilam mahu Jiyad bertanggungjawab tapi Jiyad melarikan diri ke luar negara dengan alasan mahu menyambung pelajaran di sana.
BACA JUGA: Review Novel Badass Wife Ungku Jabbar
Ungku Jabbar dah cuba pelbagai cara untuk pisahkan Jiyad dengan Nilam tapi tak berjaya sehinggalah Jiyad tiba-tiba bagitahu nak sambung belajar kat luar negara so dia ingat setel masalah.
Namun Nilam tiba-tiba muncul dan beritahu Jabbar yang dia dan Jiyad dah terlanjur dan mahu Jabbar bertanggungjawab dan mengugut reputasi keluarga Jabbar akan musnah kalau perkara ini tersebar. Dah tentu Jabbar rasa benda ni tak masuk akal, dah kenapa orang lain buat masalah dia pula nak kena kahwin dengan Nilam.
Dalam masa yang sama, Jabbar rimas dengan perangai Mak Usu (Dynas Mokhtar) yang tak habis mendesak Jabbar berkahwin dengan anaknya, Melina (Scha Elinnea). Jabbar tahu yang Mak Usu dia ni sebenarnya gilakan harta sebab tak puas hati dengan harta pusaka yang diperoleh arwah ibunya.
Pada akhirnya Jabbar terpaksa berkahwin dengan Nilam dari terus diganggu oleh Melina dan Maksunya, dan dalam masa yang sama Jabbar mahu perkahwinan ini dirahsiakan sebab tak nak Jiyad tahu tentang status Nilam yang kini sudah menjadi isterinya.
Nilam tahu kalau dia nak balas dendam pada Jiyad takkan berjaya sebab Jabbar sangat sayangkan Jiyad dan akan sentiasa backup adiknya so sebab tu Nilam nak gunakan Jabbar untuk balas dendam pada Jiyad.
Jabbar pula dari awal sangat bencikan Nilam kerana salah faham yang berlaku tapi itulah dalam benci tu tak sedar dah terjatuh cinta dengan isteri sendiri. Dalam masa yang sama dia mengupah orang untuk menyiasat latar belakang Nilam dan apa sebenarnya yang berlaku antara Nilam dan Jiyad.
Apa yang berlaku apabila Ungku Jabbar mengetahui rahsia yang disembunyikan Nilam. Adakah Jabbar akan memihak kepada Nilam atau terus mempertahankan Jiyad?
Ungku Jabbar dipaksa berkahwin demi menutup aib selepas Nilam dirogol oleh adiknya, Ungku Jiyyad… Namun segalanya berubah apabila Nilam, isteri rahsia yang penuh dendam dan keberanian, mula menakluk hatinya. Saat cinta mula berputik, kepulangan Jiyyad yang ingin merampas kembali Nilam mencetuskan pergelutan emosi, pengkhianatan dan pengorbanan, hingga memaksa Nilam memilih untuk melepaskan segalanya.






0 Comments