Tajuk : Cik Tukang Jahit & Encik Rebutan
Penulis : Airisz
Mukasurat : 345
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : 2025
Cik Tukang Jahit & Encik Rebutan mengisahkan Intan seorang tukang jahit mempunyai bisnes sendiri bersama ibunya. Intan bakal berkahwin dengan tunangnya tapi tiba-tiba si tunang minta putus tup-tup kahwin dengan adik tirinya, Janna.
Intan ni dari broken family, ada bapa pun tak guna..lepas kahwin dua terus bapanya tak pedulikan Intan. lepas bapa dan ibunya bercerai lagilah bapanya tak peduli kehidupan mereka dua beranak tapi emaknya berjaya besarkan Intan tanpa bantuan seorang lelaki.
Selepas itu, Intan berkenalan dengan Dr Zuhri yang baru buka klinik sebelah kedai. Doktor pula hensem, bujang pula tu mana tak crush dan Dr Zuhri pula memang sukakan Intan, bertuahlah Intan bila cintanya tak bertepuk sebelah tangan.
Walaupun tajuk novel ni nampak santai tapi kisahnya bukan pasal cinta pun tapi lebih kepada konflik kekeluargaan. Konflik antara Intan dengan emak tiri dan adik-beradik tirinya.
Kakak tirinya, Qistina tergila habis dengan Dr Zuhri dan emak tirinya dah rancang nak jodohkan anaknya dengan doktor ni sekali Intan ni potong line, mahu tak angin emak tirinya so habis anak beranak ni kacau hidup dan warning Intan supaya berpisah dengan Zuhri dan paling sadis bila bapanya pun datang warning supaya Intan tak kahwin dengan Zuhri padahal Intan pun anak dia juga. dasar bapa tak guna!
Aku suka watak Intan sebab dia seorang yang kuat, berdikari dan tak mudah tunduk bila pada emak tiri dan adik beradik tirinya. tapi itulah macam tak masuk aku dengan jalan cerita kali ni.
maybe aku baca buku ni salah timing kot sebab aku tengah takde mood nak membaca, cari cite yang santai sekali terbaca kisah yang penuh dengan toksik. so aku agak stress nak habiskan bacaan bila buku ni tak habis dengan perangai gila emak tiri Intan dan Qistina. yang Intan ni pun satu hal, bila kau dah dapat Zuhri fokus je pada life kau. ini tak dia pun rajin bakar line. dating dengan Zuhri sibuk nak upload kat facebook sebab dia saja nak sakitkan hati Qistina pastu bila si Qistina datang serang kau pula sakit hati kena melayan perangai dia.
sepatutnya second half buku ni patut fokus pada hubungan cinta Intan dengan Doktor Zuhri tapi Zuhri dah macam watak sampingan pula pastu ntah aku macam tak boleh nak rasa chemistry antara watak utama ni. dari awal sampai habis semuanya antara Intan dengan emak tiri dan adik beradik tirinya. itulah benda yang diulang-ulang. memang watak-watak ni tak ada kesedaran nak berubah buat aku yang baca ni jadi annoying dan bosan sebab tak ada progress pada jalan cerita.
tajuk buku yang sesuai dengan jalan cerita ni sepatutnya perang cik tukang jahit dengan emak tirinya..
“Untungnya aku, dalam ramai-ramai, dia pilih aku — padahal dia tu Encik Rebutan!”Nama aku Intan Zahra. Anak tunggal kesayangan mak. Aku dilahirkan selepas hampir enam tahun usia perkahwinan mak dengan ayah. Namun berita gembira itu dibalas dengan berita yang menyedihkan. Isteri kedua ayah turut melahirkan anak. Namanya Qistina. Seluruh tumpuan diberikan kepada Qistina. Ayah langsung tak pandang aku.Tahun demi tahun, aku sudah dewasa dan bergelar wanita. Aku fikirkan, ujian emak sudah berakhir tapi ternyata tidak. Aku pula putus tunang dengan Aryan. Aku lebih risaukan emak. Mesti dia sedih.“Relakslah, mak. Baru putus tunang. Belum putus kepala.”Kononnya aku hendak pujuk emak. Tapi bila tahu Aryan bernikah dengan Janna, terus aku naik angin. Janna, adik tiri aku merangkap adik Qistina! Terus aku teringat yang Aryan ada hutang aku tujuh ribu ringgit. Tak bayar, siaplah!Satu hari, ada seorang doktor kacak buka klinik di sebelah kedai jahit emak. Entah kenapa dia macam berminat nak kawan dengan aku. Doktor Zuhri namanya.“Hai, sayang.”Mak, tolong mak! Ada orang panggil anak mak sayang! Bahagianya.Tapi aku musykil, kenapa dalam ramai-ramai wanita di luar sana, Doktor Zuhri sukakan aku? Apa ada pada aku ni? Masak pun jarang-jarang.“Saya pun terlupa nak beritahu doktor. Saya memang tak berapa pandai memasak.”“Saya cari isteri, bukan saya cari tukang masak.”Lagilah aku terasa bagai dunia aku yang punya. Memang lelaki idaman Malaya. Tapi tak lama selepas tu, aku dapat amaran yang keras daripada Qistina, adik tiri aku tu.“Kau sengaja goda Abang Zuhri sebab kau tahu dia bakal tunang aku. Kau kena tinggalkan juga Abang Zuhri. Kalau tidak, aku akan bunuh diri!”Ah, sudah, ugut bunuh diri pula. Kenapalah keturunan perampas ini selalu buat masalah dengan bakal jodoh aku? Patut aku biar atau mengalah saja? Tambahan pula bila ayah masuk campur minta aku tinggalkan Doktor Zuhri yang sudah mula curi hati aku…



0 Comments