Titipan Kasih (TV3) | Sinopsis Telefilem

Titipan Kasih (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Titipan Kasih
Produksi : Mache Allstar United Sdn Bhd
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Natasya Farhana
Siaran : TV3
Tayangan : 30 Mac 2024
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Faizal Hussein, Ayunie Rizal, Dynas Mokhtar, Nafiz Muaz

Titipan Kasih (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Titipan Kasih

Mengisahkan Ariana lakonan Ayunie Rizal, yang berdendam dengan ayahnya, Rashid (Faizal Hussein) kerana telah menceraikan ibunya, Haleena (Dynas Mokhtar) untuk berkahwin dengan wanita lain. 

Haleena juga berkahwin lain selepas itu dan Ariana rasa semakin tersisih daripada keluarganya. Bagi Ariana, ayahnya telah meruntuhkan kebahagian keluarga mereka dan membenci ayahnya sendiri.

Setelah dewasa, Ariana yang mahu berkahwin membuat keputusan untuk menggunakan wali hakim tapi tidak dipersetujui oleh tunangnya kerana tahu ayah Ariana masih hidup. Adakah Ariana dapat membuka hati untuk menerima ayahnya semula?

Saksikan lakonan hebat Faizal Hussein, Ayunie Rizal dan Nafiz Muaz dalam telefilem Titipan Kasih yang akan bersiaran pada hari sabtu ini, jam 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Post a Comment

0 Comments