Ayyad Aisyah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Ayyad Aisyah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Ayyad Aisyah
Produksi : Primeworks Studios
Pengarah : Osman Ali
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2 Jun 2019
Pelakon : Ariff (Buntat), Indah Emeerlda, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Syazuwan Hassan, Shasha Raman, Zailin Aqeesha, Naz Azmie, Hisham Ahmad Tajuddin

Saksikan telefilem Ayyad Aisyah arahan sutradara Osman Ali, yang ditayangkan semula pada hari sabtu ini, jam 10.00 malam di slot Cerekarama TV3.

Ayyad Aisyah (TV3) | Sinopsis Telefilem
Ayyad Aisyah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Ayyad Aisyah

Mengisahkan Ayyad seorang kanak-kanak yang mempunyai minat dalam berkebun dan bermain bola sepak. Ayyad mempunyai seorang adik bernama Aisyah, dia sangat menyayangi Aisyah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya begitu juga dengan Aisyah yang sanggup mempertahankan abangnya daripada dibuli oleh sesiapapun.

Kehidupan Ayyad dan Aisyah mula berubah apabila ibu dan ayah mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya menyebabkan dua beradik ini terpaksa berpisah dan mengalami keperitan hidup. 

Namun selepas 15 tahun, Ayyad berjaya membuka sebuah restoran walaupun dilabel sebagai budak yang lembab manakala Aisyah berjaya menjadi seorang guru.

Bagaimanakah dugaan yang dilalui oleh Ayyad dan Aisyah sepanjang proses mereka membesar? Adakah mereka bahagia seperti kanak-kanak lain atau mereka mepunyai jalan pintas lain?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments