Tiada Galang Ganti (TV3) | Review Telefilem

Tiada Galang Ganti (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Tiada Galang Ganti
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Rina Khan
Siaran : TV3
Tayangan : 21 Mei 2023
Pelakon : Atiq Azman, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool, Fauzi Zulkifli, Lan Siro

SINOPSIS:
Alif selalu mengeluh setiap kali ibu bapanya hanya dapat menyediakan telur goreng sebagai hidangan mereka. Dia seolah-olah tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang susah

Tiada Galang Ganti (TV3) | Review Telefilem

Telefilem Tiada Galang Ganti mengisahkan Alif lakonan Atiq Azman yang selalu mengeluh dan tidak berpuas hati dengan kehidupan keluarganya yang serba kekurang. Alif selalu mempertikaikan bapanya malas berusaha sehingga mereka sekeluarga terpaksa makan nasi dengan telur goreng setiap hari.

Alif bakal menghadapi peperiksaan SPM tetapi banyak masanya dihabiskan melepak dengan kawan-kawannya iaitu Fizi (Fimie Don) dan Pian (Fauzi Zulkifli) dan berkelakuan nakal menganggu orang kampung.

Sehingga suatu hari ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ketika keluar membeli kasut sukan yang diminta oleh Alif. Menyesal tak sudah tapi Alif terpaksa kuat memikirkan dia perlu menyara dua orang adiknya iaitu Adi (Muntazar Ghufran) dan Alia (Puteri Adriana) yang masih bersekolah.

Tiada Galang Ganti (TV3) | Review Telefilem

Disebabkan komitmen yang digalas, Alif membuat keputusan untuk berhenti belajar dan fokus mencari duit pendapatan untuk menyara kehidupan mereka adik-beradik. Waktu ini baru Alif tahu erti susahnya mencari duit dan mula menyesal sebab marah dan tuduh macam-macam pada bapanya dulu.

Baru nak senang sikit, Alif kena uji pula dengan Pak Jalil yang datang menuntut hutang kerana bapanya telah mencagarkan tanah dahulu dan beri masa dua bulan untuk Alif menyelesaikan hutang tersebut.

Atas bantuan rakannya Sarah (Izzendra), Alif bekerja di kandang kambing pada sebelah malam sementara siangnya bekerja menjual petai di pasar. Fizi dan Pian juga banyak membantu Alif ketika dalam kesusahan. Berjayakah Alif menyelesaikan hutang tersebut?

Alif mulai sedar tiada siapa yang dapat menjadi galang ganti tempat kedua ibu bapanya dan memahami perasaan mereka dalam mencari rezeki. Alif berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan. Apakah kesudahannya?

Tiada Galang Ganti (TV3) | Review Telefilem

Telefilem Tiada Galang Ganti sangat menarik dari segi jalan ceritanya dan banyak pengajaran yang cuba disampaikan. tentang anak yang tidak memahami kesusahan ibu bapa dalam mencari rezeki dan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada. bila kehilangan orang tua barulah menyesal dengan jasa dan perngorbanan mereka.

Baca juga : 

Nak cakap kesian tu memang kesian juga dengan nasib yang menimpa Alif tapi pelik juga kenapa sekolah tak prihatin bila Alif nak berhenti belajar sedangkan SPM dah dekat. rupanya ada plot twist di penghujung cerita yang jadi pengajaran bermakna buat Alif.

Post a Comment

0 Comments