Review: Dia Kembarku (Cerekarama TV3)

Dia Kembarku (Cerekarama TV3)

Telefilem : Dia Kembarku
Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd
Pengarah : Isma Yusof
Penulis Skrip : Yuswaisar
Siaran : TV3
Tayangan : 11 Januari 2020
Durasi : 88 minit
Pelakon : Emma Maembong, Norman Hakim, Lisdawati, Raja Azmi, Yus Waisar, Bazeeru

SINOPSIS:
Mengisahkan tentang bapa yang tergamak membuang seorang daripada anak kembarnya kerana mengalami kecacatan di bahagian wajahnya. Sejak kecil lagi, Amina diminta menutup bahagian wajahnya yang buruk dengan sapu tangan atau tuala kecil apabila berada di khalayak. Namun, Amina tidak pernah menyalahkan takdir.


Dia kembarku mengisahkan Datuk Jamal (Norman Hakim) dan Datin Maria (Lisdawati) yang dikurniakan sepasang anak kembar perempuan yang diberi nama Amira dan Amina (lakonan Emma Maembong).

Datuk Jamal tidak dapat menerima kehadiran Amina yang mempunyai parut di bahagian muka lalu membuat keputusan untuk membuang anak tersebut tanpa keizinan isterinya. Mak Kiah (Raja Azmi) yang merupakan pembantu rumahnya diminta membawa Amina yang masih bayi keluar dari rumahnya.

Dia Kembarku (Cerekarama TV3)

Amina dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Mak Kiah, walau bagaimanapun Amina sering dibuli dan diejek dengan budak-budak di kampung tersebut. Amina kemudiannya memakai purdah untuk menutup kecacatan di mukanya.

Setelah menginjak dewasa, Amina mendapat tahu dia mempunyai kembar tapi Mak Kiah meninggal dunia sebelum dia sempat bertanyakan rahsia yang disorok oleh Mak Kiah selama ini.

Dengan bantuan Bang Rahman (Bazeeru), pemandu kepada Datuk Jamal, Amina dibawa bekerja di rumah keluarganya dan diperkenalkan sebagai Nana kerana kebetulan pada masa tersebut Datin Maria mencari seseorang untuk mengajarnya membaca al-quran.

Dia Kembarku (Cerekarama TV3)

Tidak lama kemudian, Datin Maria dan Amira mengetahui identiti sebenar Nana adalah Amina, anaknya yang dibuang oleh Datuk Jamal. Manakala Datuk Jamal pula terkejut dan tidak menjangka kehadiran Amina dalam keluarganya.

Datuk Jamal menerima kifarah atas perbuatannya apabila diserang strok dan lumpuh. Namun dia masih lagi belum bertaubat dan menyesal dengan apa yang dilakukan pada Amina. Amira cuba menyedarkan perbuatan ayahnya dan menerima Amina.

Dia Kembarku (Cerekarama TV3)

Dia Kembarku sebuah telefilem yang penuh dengan mesej dan pengajaran tentang seorang bapa yang menyukai kecantikan dan diuji dengan anaknya yang lahir dengan wajah yang tidak sempurna sehingga sanggup  bertindak kejam membuang dan memisahkan anaknya itu dari ibu kandungnya.

bagi Datuk Jamal, kehadiran Amina hanya membawa malang tapi walaupun dia membuang anaknya itu kehidupannya tetap juga tak tenang dengan masalah yang tak habis berlaku di syarikatnya.

Kesimpulannya kita kena bersyukur dengan rezeki yang diberi tuhan. Overall sebuah telefilem yang menarik untuk ditonton.

Post a Comment

0 Comments