Tok Guru (TV2) | Sinopsis Drama

Tok Guru (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Tok Guru
Produksi : World Evolution Bran
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 31 Ogos 2022
Masa : Isnin-Khamis | 1.30 Tengahari
Episod : 13
Pelakon : Nasir Bilal Khan, Johan As'ari, Wafariena Roslan, Lan Siro, Z. Zamri, Kamarool Hj Yusoff, Saiful Wazien, Andre Feyaerts, Hari Haran

Saksikan drama Tok Guru sempena bulan kemerdekaan ini pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 1.30 tengahari di TV2. Sebuah drama arahan Dato Jurey Latiff Rosli yang mengangkat tema perjuangan seorang guru pondok semasa era Malayan Union 1946.

Tok Guru (TV2) | Sinopsis Drama

Drama Tok Guru mengisahkan seorang Tok Guru (Nasir Bilal Khan) sekolah pondok di Kelantan yang cuba membuat perubahan dengan memperkenalkan subjek matematik dan geografi malangnya ramai guru lain menentang usahanya malah menghasut pelajar pondoknya untuk berhijarah ke sekolah pondok lain.

Tok Guru mempunyai seorang anak lelaki bernama Umar yang suka bermain bola dengan kawan baiknya Anuar di kawasan sekolah mereka. Suatu hari, Mr Richard yang merupakan Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur tersesat di sekolah mereka lalu Umar secara tidak sengaja tertendang bola sehingga terkena muka Mr Richard menyebabkannya terjatuh.

Tok Guru (TV2) | Sinopsis Drama

Mr Richard yang malu dan rasa terhina dengan kejadian tersebut lalu mencabar pelajar-pelajar Tok Guru untuk berlawan bola sepak dengan pelajarnya dan sanggup membawa pasukannya ke Kelantan untuk bertanding. Tok Guru bersetuju dengan cabaran Mr Richard dan cuba mendapatkan sokongan dari guru-guru sekolah pondok yang lain untuk membentuk satu pasukan untuk perlawanan tersebut.

Tok Guru mempunyai matlamat tersendiri iaitu mahu masyarakat Melayu ketika itu bangkit atas nama agama bagi menentang Malayan Union.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. idea yang menarik. patut drama macam ni yang di viral kan

    ReplyDelete