Drama Korea | Task Force 38 (2016)


Title : Task Force 38
Director : Han Dong Hwa
Screewriter : Han Jung Hoon
Network : OCN
Aired : 17 Jun 2016 - 6 Aug 2016
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Ma Dong Seok, Seo In Guk, Lee Sun Bin, Cha Soo Young, 
Song Ok Sook, Heo Jae Ho, Go Gyu Pil, Oh Dae Hwan


aku pernah tengok drama Task Force 38 tapi tak ingat ada tulis review ke tak sebelum ini. Task Force 38 mengisahkan Baek Sung II (Ma Dong Seok) yg bekerja di city hall bahagian cukai, kalau di Malaysia ni macam LHDN kot.

Suatu hari, Baek Sung II bercadang beli kereta untuk kemudahan keluarganya dan membuat carian di internet. keesokan harinya, Sung II dapat panggilan daripada orang yg mahu menjual kereta dengan harga yg dia nak. lepas check conditon kereta, Sung II setuju nak beli kereta tersebut dan terus transfer duit walaupun dia macam pelik juga kenapa tak ada dokumen kena sign, dah la deal pun melalui telefon sahaja.

lepas transfer duit baru Sung II sedar yg dia dah kena tipu, time tu baru teringat ada member ofis dia bagitahu dah ramai geng ofis yg kena scam. tapi tak sangka diri sendiri boleh terkena juga, nak menangis pun ada bila duit dalam bank lesap sekelip mata.


Yang Sung Do (Seo In Guk) seorang scammer yg berjaya, lepas keluar penjara dia ada misi untuk scam pengawai  dalam city hall termasuk Baek Sung II  tapi Sung Do tak tahu dia dah tersilap orang sebab ada dua Baek Sung II di bahagian tersebut.

silap besar juga apabila Baek Sung II ni ada kawan baik yg bekerja polis yg boleh tolong dia jejak kaki scammer ni dan akhirnya berjaya tangkap Yang Sung Do. suka Seo Inguk bawa watak scammer macam ni.


apa yg menarik perhatian, Sung Do memang dah plan scam ni sebab siap ada list lagi dan dalam list tersebut ada nama Ma Jin Seok. Sung II sebenarnya dah lama kejar Ma Jin Seok untuk bayar cukai tapi tak pernah berjaya sebab ada orang atas yg lindung golongan ni.

akhirnya, Baek Sung II membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Yang Sung Do untuk dapatkan duit cukai tertunggak daripada Ma Jin Seok guna cara scammer buat kerja. Baek Sung II ni sebenarnya jenis yg ikut law tapi kalau guna cara baik tak boleh dapat why not guna cara kotor kan. 

lagipun dengan orang atas yg asyik cover golongan kayangan macam ni, mereputlah pekerja macam Baek Sung II kutip cukai daripada golongan marhaen, lepas tu bila tak capai targer kena bambu pula.


bila nak scam orang macam Ma Jin Seok kena ada team juga so benda ni mudah sahaja buat Yang Sung Do mencari orang yg berbakat untuk join team dia plus komisen yg dijanjikan oleh Sung Do agak tinggi terus sahaja mereka setuju.

time tengah plan untuk scam Man Jin Seok banyak juga scene yg best lagi-lagi bila tengok Baek Sung II belajar macam mana untuk jadi conman. orang tak biasa buat jahat bila suruh menipu tu memang nampak nervous giler. tapi nak tak nak Baek Sung II kena master juga dengan benda ni sebab dia dah jadi orang penting dalam misi ini.

bila D-Day banyak plan yg dirancang tak menjadi sebab Ma Jin Seok lagi cerdik daripada mereka. stress juga Yang Sung Do dibuatnya sebab dia kena laju fikir back up plan. memang saspen kita yg menengok ni.


Yang Sung Do ni sebenarnya sangat licik sebab ingatkan plan mereka gagal tapi tidak, itu pun sebahagian daripada plan dia. pendek cakap Sung Do ni takkan buat benda yg tak menguntungkan dia walaupun dengan menggunakan teammate sendiri.

keseluruhan cerita sangat best dan kesemua cast dia sangat awesome. tapi satulah benda yg aku kurang suka bila penulis nak selitkan kisah cinta antara Yang Sung Do dengan Seong Hee (Soo Young) dalam drama ni, rasanya kalau tak ada pun takkan mencacatkan jalan cerita lagipun watak Seong Hee ni pun dah merimaskan aku.

walaupun apa yg Yang Sung Do dan Baek Sung II buat adalah salah tapi drama kan enjoy je lah. lagipun realitinya mana ada scammer nak ambil risiko menipu golongan kaya macam ni. bila tengok drama macam ni at least kita lebih alert macam mana geng scammer ni semua buat kerja.

Post a Comment

35 Comments

  1. orite, nanti om tengok ea.. tgh kumpul kdrama ni, skrg tgh habiskan law of the jungle

    ReplyDelete
  2. i pun tak paham ,kenapa nak ada kisah cinta! padahal story dah best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite dah best tapi nasib baik tak banyak. itupun macam kenang semula kisah yg putus tengah jalan dulu..haha

      Delete
  3. Plot twist teruk ni bila hero gabung dengan villain. And ada villain yang lebih villain lagi

    ReplyDelete
  4. pelakon2 hebat ni..wah..tak tengok lagi drama ni. macam menarik je jalan cerita die

    ReplyDelete
  5. suka jugak dua orang ni...Ma Dong Seok & Seo In Guk

    ReplyDelete
  6. Nak ajak anak nengok laaa, kalau nengok sorang kang, tak menjadi plak, ada tv nengok kita hahahaha

    ReplyDelete
  7. Argghhh mesti best drama ni. Akak masuk dalam list. Sekarang tengah tengok Tale of Nine Tailed. Hahaha. Korea punya drama helok betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka drama scammer macam ni, wajiblah tegok..haha

      Delete
  8. Wahh kalau dia ni ada..Ma Dong Seok...mmg kena tgkla cite ni..

    ReplyDelete
  9. aaa ada badang korea la sarah tak tengok lagi drama ni hihihii kena masuk list ni

    ReplyDelete
  10. thanks for the detailed and informative review! seems like a great movie to watch!

    ReplyDelete
  11. Ni macam Polis dan Penjahat bekerjasama for good la ni.. :) Menarik-menarik jalan ceritanya.. Okay, onz.. Save dalam watch list.. :)

    ReplyDelete
  12. Menarik drama camni, at least boleh la belajar juga taktik-taktik scammer ni. Risau zaman sekarang ramai betul scammer.

    ReplyDelete
  13. Best juga baca sinopsis dia. Nak tengokla.. Hehee.. Baba2 scam ni memg sypk.. Lagipun sekrg tgh isu scammer2 ni kan.. Hehehe. Mesti ade lawak.. Aksi semua kan

    ReplyDelete
  14. Best juga baca sinopsis dia. Mesti best ni kan.. Lagipun sekarang tengah ade isu pasla scammer2 ni kan. Hah mesti lawak aksi cerita dia

    ReplyDelete
  15. Sesuatu yang berbeza ni. menarik untuk ditonton. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
  16. Nice review..cite korea yg sy ingat adalah winter sonata...nampak sgt sy xtgk cite korea yg trkini hehehe istri je yg layan cite korea

    ReplyDelete
  17. orait bole letak dalam bucketlist to watch nih... menarik review you ni.. episod pun tak banyak , so boleh ah nak chill2 tengok

    ReplyDelete
  18. Ma Dong Seok ada pasti best drama ni. Biasa tengok dia berlakon filem je. Nak tengok nak tengok :)

    ReplyDelete
  19. dah lama juga ye cerita ni. tahun 2016.boleh masuk dalam list nak tengok ni

    ReplyDelete
  20. ok nnt nak tengok juga drama ni, tapi kat VIU tak da kot.
    kena cari kat tempat lain.

    ReplyDelete
  21. Akak kalau ada ma dong seok memang suka layan heheheh

    ReplyDelete
  22. cerita korea mmg selalunya jalan citer dia menarik kan

    ReplyDelete
  23. dia selit scene cinta sebab nak naikkan rating kot. Mungkin masa tu producer tak berani lagi nak buat drama tanpa subplot cinta langsung haha who knows. nanti nak try lah

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga sebab drama ocn dari tahun 2016 dah makin berani buat perubahan dalam drama mereka. rasanya maybe nak bagi lebih screen time untuk sooyoung kot.

      Delete
  24. sy minat dgn hero ni sebab dia berlakon filem action-packed!

    ReplyDelete
  25. hahaha.. dramakan.. Yang baik kita ambil, yang tak baik kita letak je tepi..

    ReplyDelete
  26. Thanks for sharing I might want to watch this as one of the lead actors is from Train to Busan. Ok will be bookmarking this.

    ReplyDelete