Supermodel Kahwin Bomoh by Crystal Anabella | Ebook Review

Supermodel Kahwin Bomoh by Crystal Anabella | Ebook Review

Tajuk : Supermodel Kahwin Bomoh
Penulis : Crystal Anabella
Mukasurat : 522
Penerbit : HA Novels
Terbitan : 2026

Kisah bermula apabila Jenna seorang supermodel terkenal dituduh menghantar ilmu hitam kepada Sofea, isteri kepada bekas tunangnya. Muncul Pak Leman seorang bomoh menawarkan diri untuk mengubati Sofea dan sebagai pengerasnya, Jenna kena berkahwin dengan cucunya, Khalil Aizen.

apa kejadah, tunang kena rampas dengan penyondol tiba-tiba kau kena bayar pengeras pula tapi Jenna setuju terima tawaran tersebut disebabkan Aizen ni hensem tapi betul ke Jenna terima Aizen kerana rupa paras atau ada motif lain.

Khalil Aizen pula seorang perawat islam dan tinggal di Kampung Jagat dan tak boleh tinggalkan kampung ni sebab ada pantang larang.  Aizen terpaksa terima Jenna sebagai isteri kerana datuknya. pendek cakap dua orang manusia ni berkahwin bukan sebab cinta tapi ada rahsia dan motif tersendiri.

Serius cakap, ebook ni memang best dan unik, citer romantik dan mistik misteri gitu. watak utama dia serius pelik tapi kelakar wei, dekah aku baca ebook ni. Aizen ni sangat pelik, pertama kali tengok muka isteri, dia boleh nak termuntah itu belum lagi part dia halau bini dia macam halau setan.

dan si Jenna, lagi Aizen menghalau lagi dekat dia datang menggoda tapi itulah bini kemain lawa tapi Aizen boleh beku macam langsung tak tergoda. curious juga mula tu, apa sebenarnya yang Aizen nampak pada Jenna, ada jelmaan lain ke?

tapi dalam tak nampak kecantikan sebenarnya Jenna pun, Aizen still boleh terjatuh cinta dengan isteri sendiri disebabkan hati budi Jenna. chemistery dua watak ni memang ngam dan best.

Melly, sahabat baik Jenna dan juga adik kepada Aizen jadi favourite watak aku dalam cerita ni.
Bila satu demi satu rahsia mula terbongkar jalan cerita makin menarik dan banyak plot twist terutama sekali tentang kewujudan watak Ibu dan Hawa, dan siapa sebenar Jenna.

Kat hujung-hujung ni macam sedih sikit sebab kesian kat Aizen dan Jenna yang terpaksa berkorban tapi jangan risaulah ending dia happily ever after. kalau cerita ni keluar dalam versi novel fizikal best juga, sebab cerita ni lain dari yang lain.


Jenna yakin hidup sentiasa memihak kepadanya. Dia cantik, kaya dan popular. Seluruh dunia mengenalinya sebagai supermodel antarabangsa. Namun percaturan takdir sering datang tanpa amaran. Tiba-tiba saja Jenna bersetuju menerima pinangan seorang lelaki kampung yang langsung tidak dikenali.

“This is Jenna Hildad. Lelaki mana yang boleh tolak aku?”- Jenna

Malangnya, keyakinan itu berkecai sebaik dia berdepan Khalil Aizen. Di hari nikah, lelaki itu loya melihat wajahnya. Di hari Jenna berpindah ke rumahnya, dia dihalau seperti hantu. Dan pada hari yang sepatutnya Aizen berbangga memiliki isteri secantik Jenna, lelaki itu menggesa Jenna supaya bertaubat.

“Aku tak tahu apa tujuan manusia macam kau masuk dalam hidup aku. Tapi jangan harap, apa pun yang kau nak, kau akan dapat dengan mudah.”- Aizen

Aizen bukan CEO tersembunyi. Bukan pewaris syarikat jutaan ringgit. Dan bukan juga lelaki yang mudah terpesona dengan kecantikan Jenna. Dia cuma seorang perawat Islam yang hidup terpencil di Kampung Jagat.

“Tanggal seluar awak.”- Jenna

“Kau dah gila?!”- Aizen

“Apa yang gilanya? Isteri ada hak nak tengok something special kan?”-Jenna

Pelbagai cara Jenna guna untuk memikat hati encik suami. Malangnya Aizen lebih kaku dari tunggul. Jenuh Jenna berpakaian seksi dan menggedik, namun paling baik pun Aizen layan dia macam kawan sejantina saja.

“Kalau kau berterus terang pasal diri kau yang sebenar pada aku, mungkin hubungan kita ni boleh jadi normal macam pasangan lain.”- Aizen

“Kalau saya normal, Aizen... supermodel macam saya takkan kahwin dengan bomoh macam awak.”- Jenna

Siapa sebenarnya Jenna? Kenapa Aizen langsung tak berminat pada Jenna seperti lelaki-lelaki lain? Dan kenapa kewujudan Jenna sentiasa diiringi misteri?
Semakin lama mereka hidup bersama, semakin banyak sisi yang terserlah. Jenna tak dapat menipu hati sendiri yang dia sudah mula sukakan Aizen. Sementara Aizen terpaksa berdepan kemungkinan kehilangan Jenna selamanya di saat hati berlagu cinta.

Sesetengah rahsia bukan sekadar mampu memusnahkan sebuah perkahwinan. Tetapi juga memisahkan dua dunia yang sepatutnya tak pernah bersatu.

Post a Comment

0 Comments