The East Palace baru je release kat netflix, drama bergenrekan mistik, fantasy dan aksi. best juga jalan cerita ni dan complicated sikit. ok sis warning awal-awal, review ni ada SPOILER..
In a fictional kingdom haunted by strange and terrifying events, the king secretly summons Gu Cheon, a proud and powerful ghost-slayer who can transform into a spirit and traverse the spectral realm, and Saeng Gang, a court lady cursed with the ability to hear and communicate with the dead. Tasked with investigating a sinister force lurking within the Crown Prince's East Palace, the unlikely pair uncover long-buried secrets hidden behind the royal walls. As they venture deeper into a world where the living and the dead intertwine, they must confront vengeful spirits, dark conspiracies, and an unimaginable evil that threatens the palace from within.
Alkisahnya, istana ditimpa tragedi pelik apabila seorang demi seorang putera mahkota mati secara mengejut. King Ju Sang (Cho Seung Woo) mula bimbang bila satu-satunya pewarisnya juga jatuh sakit dan tersebar khabar angin semua kejadian mistik ini angkara hantu kolam yang mahu membalas dendam dan akan membunuh semua keturunan diraja.
Gu Cheon (Nam Joo Hyuk) mempunyai kelebihan melihat hantu diperintahkan ke istana untuk menangkap hantu kolam yang membuat onar di istana. Untuk menangkap hantu, Gu Cheon kena tahu asal usul hantu tersebut tapi masalahnya bila raja sendiri tak nak buka rahsia dan perintahkan dia untuk tangkap hantu jika tidak nyawa dia yang jadi taruhan.
Raja lantik Saeng Gang (Roh Yoon Seo) sebagai pembantu Gu Cheon kerana kelebihan untuk boleh mendengar benda mistik tapi dia tak boleh nampak hantu macam Gu Cheon.
Saeng Gang ni sebenarnya anak kandung King Ju Sang tapi sebab emak dia dituduh guna ilmu sihir makanya dia dibuang istana. So motif sebenar dia kembali ke istana adalah untuk membalas dendam pada orang yang membunuh ibunya.
Setiap kali nak tangkap hantu, Gu Cheon akan masuk ke alam Gwi (alam ghaib) dan bila keluar dari situ, dia akan jadi lemah sebab hantu ni akan serap tenaga dia. dia kena pulihkan tenaga dia dengan keluar dari istana tapi masalahnya raja tak benarkan dan kurung dalam istana selagi masalah hantu ni tak selesai.
Nasib baik Saeng Gang ni ada tenaga Yang yg kuat dan disebabkan aura dia ni juga Gu Cheon boleh tahu yang dia ni sebenarnya puteri raja. Hubungan mereka awal-awal tu biasalah tak sebulu lama-lama jadi rapat.
Setiap kali Gu Cheon dan Saeng Gang dapat selesaikan misteri yang ada, satu demi satu rahsia gelap istana terbongkan secara tak langsung nyawa mereka juga dalam bahaya sebab raja dan queen dowager akan bunuh orang tersebut.
30 tahun yang lepas, Queen rasa kedudukan dia akan tergugat sebab dia takde anak pastu raja pula amik seorang gundik ni dan jadi kesayangan baginda. Member pula cemburu so dia buat fitnah Gundik Pilihan yang tengah mengandung ni ada hubungan sulit dengan pengawal. Sebelum mati, Gundik ni bersumpah akan hapuskan semua keturunan diraja dan kemudiaanya jadi hantu kolam.
Putera Mahkota yang diangkat semuanya mati dan dikaitkan dengan sumpahan tersebut. Sampailah akhinya peluang jadi Putera Mahkota dapat kat Raja Ju Sang. Queen Dowager terpaksa terima Raja Ju Sang tapi dia tak berapa suka sebab Ju Sang anak kepada dayang istana.
macik ni kalau berlakon memang best tapi kalau bawa watak jahat geram je tengok. Queen ni memang jenis gila kuasa so dia juga dalam diam buat rancangan untuk jatuhkan raja sebab nak ubat susur galur keturunan diraja. Kalau Gu Cheon diberi tugasan oleh raja untuk menangkap hantu yang membuat onar dalam istana. Queen dowager ni pula dia cari shaman untuk halang kerja Gu Cheon.
bila tahu King Ju Sang ni bukan anak kandung Queen Dowager, aku rasa raja ni macam sesuatu sangat iyelah dah adik beradik yang lain mati so siapa je yang ada peluang naik takhta. maybe setiap benda yang berlaku adalah karma atau dosa yang dia buat dari masa lalu.
aku teka raja ni yang jahat tapi sebenarnya ada orang lain yang jahat, yang buat semua benda jahat ni untuk pastikan Ju Sang dapat naik takhta.
aku sebenarnya tak faham sangat part ni tak tahulah sebab translation tak betul or sis miss something. aku boleh faham part adik beradik raja ni mati tapi yang part anak dia, aku tak faham sangat sebab rasa zalim betul raja sampai anak sendiri pun kau nak bunuh. pastu bila baca balik review orang baru aku faham scene anak rajaJu Sang ni.
Putera Mahkota Se Ja (Kwak Dong Yeon), anak ketiga King Ju Sang dan dia ni pun ada kelebihan macam Saeng Gang juga boleh dengar benda mistik.
Nak dijadikan cerita, dia terdengar dari roh jahat macam mana bapa dia boleh jadi raja so dia buat benda yang sama juga dekat abang-abang dia then dia dapat peluang jadi putera mahkota. Raja bunuh Prince Seja sebab tak nak dah anak dia ulang sejarah dan doasa yang sama plus si Seja ni macam dah obsess sangat dengan takhta.
Seja tak puas hati bila tahu bapa sendiri tergamak nak bunuh dia so sebelum mati dia bersumpah nak jadi roh jahat untuk terus menghantui bapa dia. King Su Jang mengharapkan anak bongsu dia sebab ni je satu-satunya pewaris dia yang tinggal tapi anak bongsu bila asyik jatuh sakit kena ganggu dengan roh jahat ni.
Siapa yang tengok drama The East Palace mesti akan terjatuh suka kat Ggeomeoksali ni sebab comel giler. aku tak pasti binatang apa ni..hantu raya ke? hahaha. dia ni jenis kuat makan dan ikut manusia dan akan serap aura manusia tu so Gu Cheon adalah insan yang terpilih oleh makhluk halus ni.
tak banyak sangat scene Ggeomeoksali ni tapi dia akan muncul setiap kali Gu Cheon dalam bahaya dan berubah jadi makhluk yang menyeramkan bila masuk ke alam Gwi.
walaupun drama ni ada hantu tapi bagi aku tak seram sangat sebab yang seram tu perangai manusia yang tamak dan gilakan kuasa sampai sanggup membunuh pastu tak pasal hantu pula yang kena fitnah. kesian kat hantu.
boleh dikatakan semua watak dalam drama ni jahat sebab masing-masing ada motif tersendiri. btw jalan cerita dia memang best dan puas hati sebab watak jahat dalam drama ni dapat balasan dengan apa yang mereka buat.











0 Comments