Drama Korea | Youth of May (2021)


Title : Youth of May
Director : Song Min Yeop
Screenwriter : Lee Kang
Network : KBS
Aired : 3 May 2021 - 8 Jun 2021
Episode : 12
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Do Hyun, Go Min Si, Geum Sae Rok, Lee Sang Yi, Oh Man Suk, Uhm Hyo Sub, Kim Won Hae, Shim Yi Young, Park Se Hyun, Choi Seung Hoon, Jo Yi Hyun

Youth of May berlatarkan tahun 1980 sewaktu berlaku peristiwa Gwanju Uprising iaitu satu tragedi hitam dalam sejarah korea apabila pelajar universiti yg mengadakan bantahan menolak martial law secara aman diserang oleh pihak tentera.


Youth of May mengisahkan Hwang Hee Tae (Lee Do Hyun) pelajar medik di Seoul National University pulang ke kampung halamannya di Gwangju untuk menguruskan pertukaran hospital untuk kawannya yg sakit. 

hubungan Hee Tae dengan bapanya, Hwang Gi Nam (Oh Man Suk) tak berapa rapat sebab tu balik secara senyap tapi bapa dia dapat tahu yg Hee Tae ada di Gwangju. lepas tu bapa dia suruh Hee Tae pergi blind date dengan anak businessman di Gwangju iaitu Lee Soo Ryun (Geum Sae Rok).


Lee Soo Ryun pelajar undang-undang di Gwangju yg aktif dengan gerakan pelajar yg menentang perlaksanaan undang-undang ketenteraan dan dia langsung tak berminat untuk keluar blind date. makanya dia minta kawan baiknya, Kim Myung Hee (Gong Min Si) untuk menggantikan tempat dia.

kebetulan pula Myung Hee perlukan duit untuk sambung belajar di luar negara jadi dia setuju untuk menyamar sebagai Lee Soo Ryun dan pergi ke blind date tersebut. Soo Ryun pun dah janji Myung Hee kena keluar dengan Hwang Hee Tae tiga kali lepas tu dia akan bayar duit flight.


Lee Soo Ryun dan Kim Myung Hee dah buat macam-macam plan supaya Hwang Hee Tae boleh reject dengan rancangan dating tersebut tapi semuanya gagal. 

Hwang Hee Tae sebenarnya dah tahu siapa Kim Myung Hee ni sebab dia pernah ternampak Myung Hee bekerja sebagai jururawat di hospital. dari pertama kali lagi dia dah jatuh hati dengan Kim Myung Hee so follow je la rancangan Lee Soo Ryun tersebut.


Hwang Gi Nam adalah ketua penyiasatan anti-komunis, ramai juga pelajar yg kena tangkap, diseksa dan dituduh sebagai perisik komunis. Hwang Gi Nam nak kahwinkan anak dia dengan Lee Soo Ryun untuk kepentingan politik juga.

keadaan jadi complicated bila Hwang Gi Nam mahu Hwang Hee Tae dan Lee Soo Ryun ditunangkan. Lee Soo Ryun diugut kalau menolak pertunangan tersebut, bisnes bapa dan abangnya akan bankrupt. 

yg paling teruk terima kesannya adalah Kim Myung Hee apabila ditangkap oleh Hwang Gi Nam dan diugut untuk putuskan hubungannya dengan Hee Tae. atas pengaruh Hwang Gi Nam juga, Kim Myung Hee tak dapat belajar ke luar negara.


sewaktu Hwang Hee Tae dan Kim Myung Hee bertekad mahu teruskan hubungan mereka dan lari dari Gwangju, waktu itu tercetus peristiwa Gwangju Uprising. ramai pelajar dan orang awam yg cedera apabila diserang dan dipukul oleh pihak tentera.

hospital pula dalam keadaan kritikal apabila terlalu ramai mangsa yg cedera dan kekurangan staf. mereka terpaksa menangguhkan rancangan mereka untuk membantu merawat orang awam yg cedera.


tengok dari awal part Kim Myung Hee dan Hwang Hee Tae bertemu dan bercinta, sweet sangat. walaupun sebelum ni mereka pernah berlakon sekali dalam Sweet Home sebagai adik beradik tapi chemistry dalam ni cukup kuat sebagai kekasih. 

drama ni sebenarnya sedih, empat episode akhir tu sangat sedih bila tengok suasana Gwangju macam medan perang. orang orang awam diserang, ditangkap dan dipukul oleh tentera, yg tak faham budak kecil pun boleh jadi mangsa. memang patutlah pelajar-pelajar ni menolak martial law, bila orang politik sesuka hati menggunakan kuasa tentera dan menghukum orang awam tanpa sebab munasabah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ada tengok iklan di KBS.
    Rupanya cerita sejarah dan melodrama.

    ReplyDelete
  2. alamak, kita sellau rasa semcm bila tgk citer2 sejarah yg babitkan tentera ni.. tp bole gak nnt msk list

    ReplyDelete
  3. best juga tgk..citer dr zaman 80an..tgk style baju depa pn tahu dah cite lama..

    ReplyDelete