Rumah Tanpa Luka (Astro) | Sinopsis Drama


Rumah Tanpa Luka mengisahkan Nik Kalsum (Erysha Emyra) yang dibuang keluarga gara-gara mempertahankan Rose Ameena. Kehidupan Kalsum sangat sukar apabila dia terpaksa menjadi ketua keluarga mencari nafkah dan menjaga Rose, neneknya dan adiknya Dahlia.

Kehadiran Qiuzi (Shukri Yahaya) ibarat memberi sinar baru di dalam hidupnya, namun semua hanyalah sementara dek kemunculan kerana semula Hayden Hayyan.


Rumah Tanpa Luka (Astro) | Sinopsis Drama

aku tertengok juga drama ni kat tv, walaupun dah baca novel dia tapi tak berapa nak ingat sangat kisah dia pastu banyak juga watak dalam drama. orang cakap banyak watak yang red flag gitu.

So bila tengok tu aku macam confusing juga bila muncul watak Hayyan yang dilakonkan oleh Nadhir Nasar sebab ada scene tu tunjuk macam Hayyan dan Kalsum ni suami isteri pula pergi halau anak bini pastu aku baru teringat yang Hayyan ni abang tiri Kalsum.

Kewujudan Rose ni macam plot twist juga dalam cerita ni sebab nak tahu siapa sebenarnya Rose, betul ke dia ni anak Kalsum so sis bagi spoiler yang ada dalam novel.

Rumah Tanpa Luka (Astro) | Sinopsis Drama

Sebenarnya Rose Ameena tu adalah adik bongsu Kalsum tapi ibu bapa dia tak boleh terima anak yang dilahirkan tidak sempurna. Keadaan ini menyebakan keluarga Kalsum berantakan sebab bapa dia percaya yang Rose bawa malang pada mereka sekeluarga.

Kalsum yang bersusah payah menjaga Rose sejak dilahirkan dan bila keluarga bapa tirinya pun tak dapat menerima kewujudan  Rose, Kalsum nekad keluarga dari rumah tersebut walaupun terpaksa hidup susah.

aku tak ingat sangat macam mana mak si Kalsum boleh berkahwin dengan bapa Hayyan ni tapi yang pasti emak dia tak nak hidup susah sebab tu dia sangggup mengabaikan anak sendiri.

Rumah Tanpa Luka (Astro) | Sinopsis Drama

aku dah lama tak tengok drama astro kat slot megadrama ni sebab megadrama ni dengan slot pukul 6 tu tak habis tayang drama curang dan penyondol naik semak nak tengok pun.

bagi aku menarik jugadrama Rumah Tanpa Luka sebab banyak isu kekeluargaan yang diketengahkan dalam kisah kali ini dengan bapa tak guna, emak yang pentingkan diri sendiri, adik yang memberontak. pendek cakap banyak betul manusia toksik dalam hidup Kalsum ni. Semuanya berubah apabila Qiuzi muncul dalam hidup Kalsum.

Post a Comment

0 Comments