Cinta Tak Bersyarat by Msroses | Review Novel

Cinta Tak Bersyarat by Msroses | Review Novel

Tajuk : Cinta Tak Bersyarat
Penulis : Msroses
Mukasurat : 652
Penerbit : Blogijau Enterprise
Terbitan : Julai 2025

Mengisahkan Maira Sofea seorang jururawat dan Ahmad Firash seorang doktor bekerja di hospital yang sama, pertemuan pertama mereka tercetus perang mulut menyebabkan hubungan mereka tak baik dan pantang bertemu ada je la benda yang nak gaduh.

Nak dijadikan cerita ada tragedi berlaku menyebabkan mereka terpaksa berkahwin. Kahwin pun paksa rela so masing-masing buat hal sendiri dan merahsiakan hubungan mereka daripada rakan sekerja yang lain. 

Maira dah benci sangat dengan Firash dan bila tahu dirinya mengandung, dia merahsiakan hal tersebut dan mahu berpisah. Firash cuma bersetuju dengan permintaan Maira kalau Maira benarkan dirinya menjaga Maira sepanjang tempoh Maira mengandung.

Dalam tempoh tersebut, hati Maira mula berbelah bagi bila Firash menjaga dirinya dengan baik sekali. Adakah Maira mula jatuh cinta dengan suami sendiri dan mampu melupakan tragedi hitam yang berlaku dalam hidupnya?

Firash pula seorang yang komited dengan kerjayanya dan tak suka ada komitmen dalam perhubungan sebab baginya benda ni boleh mengganggu prestasi kerjanya. Tapi apa yang terjadi antara dia dengan Maira menyebabkan Firash rasa dia perlu bertanggungjawab dan lepas tu slowly terjatuh cinta dengan isterinya sendiri. Mampukah Firash mempertahankan rumahtangganya?

Konflik orang ketiga? 
Dr Syakira dah lama berkawan baik dengan Firash dari zaman belajar lagi dan dalam diam dia menyimpan perasaan pada Firash tapi Firash cuma anggap Syakira ni tak lebih dari seorang kawan. pendek cakap Syakira ni jenis syok sendiri dan agak psiko juga. Dia cuba meruntuhkan perkahwinan Firash dengan Maira. tak berjaya cucuk Firash, dia cuba pula cucuk Maira. Adakah Syakira berjaya mendapatkan Firash?

walaupun Firash ada buat salah tapi nak marah pun tak boleh juga sebab bukan salah tapi itulahh..hurmm. tapi cara dia Maira yang tengah mengandung sangat sweet boleh nampak yang dia sebenarnya seorang yang baik dan bertanggungjawab.

Overall plot novel ni sebenarnya simple, jalan cerita takde complicated sangat. konfliknya lebih kepada komunikasi dan kepercayaan antara mereka. menghiburkan untuk bacaan santai.


**MY RATING: ⭐⭐⭐**

Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya.

Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing.

Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya.

"Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa?! Jawab Dr. Firash!" - Maira Sofea

"Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash

"Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!". Maira Sofea

Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang lain. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar.

"Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau ni?" - Syakira Farhana

Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan?

Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.

Post a Comment

0 Comments