Tabayyun (2025) | Review Movie

Tabayyun (2025) | Review Movie

Title : Tabayyun
Director : Key Mangunsong
Writers : Ilyas Bachtiar, Ronny Irawan, Key Mangunsong
Network : Netflix
Release Date : 8 May 2025
Cast : Titi Kamal, Ibrahim Risyad, Naysila Mirdad, Farrel Rafisqy, Jenny Rachman

The ups and downs of a single mother named Zalina. Because the background of her son Arka's father is unclear, Zalina becomes the subject of gossip in the office.

Tabayyun (2025) | Review Movie

Tabayyun mengisahkan Zalina (Titi Kamal) melarikan diri dari rumah selepas diperkosa dengan bapa tirinya dan tinggal di panti asuhan milik Ibu Tiwi (Tri Karnadinata) yang juga kawan baik ibunya.

Dalam fasa mengandung dan melahirkan anak, Zalina melalui saat yang sukar kerana tidak dapat menerima anak dalam kandungannya dengan trauma yang dilaluinya. Namun sebaik sahaja melihat anak yang dilahirkan, naluri seorang ibu mula jatuh sayang pada anaknya yang diberi nama Arka.

Tabayyun (2025) | Review Movie

Zalina bekerja di syarikat milik Ibu Samira dan menjadi orang penting Samira untuk projek baharu bersama Arlo (Ibrahim Risyad) yang juga anak kepada Samira.

Hubungan mereka semakin rapat dan Arlo mula jatuh cinta dengan Zalina namun Zalina menolak perasaan Arlo kerana sedar diri mereka tak setaraf dengan status dirinya lagi sebagai ibu tunggal dan rahsia tentang kelahiran Arka.

Tabayyun (2025) | Review Movie

Samira berkenan dengan Arum (Naysila Mirdad) dan mahu Arum menjadi menantunya memandangkan Arum pun dah lama berkawan baik dengan Arlo.

Arum ni dah lama sukakan Arlo tapi once dia tahu Arlo cintakan Zalina, dia pilih untuk mengundurkan diri tapi itulah Samira masih lagi tak dapat menerima Zalina sebab latar belakang keluarga Zalina dan status Arka yang kurang jelas.

Arlo suruh emaknya tabayyun atau menyelidik dahulu sebelum membuat keputusan dan menghukum Zalina. Adakah Samira akan memberi restu pada Arlo untuk bersama Zalina?

Tabayyun (2025) | Review Movie

Highlight filem ni tentang seorang ibu tunggal yang bersusah payah membesarkan anaknya dan mahu yang terbaik untuk anaknya. tentang seorang lelaki yang mencari kebahagiaan dirinya. tentang seorang gadis yang terpaksa berdamai dengan takdir apabila hidupnya tak seindah orang lain. pendek cakap filem ni banyak bermain dengan emosi dan drama.

walaupun filem ni dibintangi pelakon yang hebat dalam membawa watak masing-masing jujur cakap jalan cerita tak bagi impak yang besar sangat. chemistry antara watak Zalina dan Arlo tu macam kureng sikit.

Post a Comment

0 Comments