Pink Smile (TV3) | Sinopsis Drama

Pink Smile (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Pink Smile
Produksi : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 31 Julai 2020
Episod : 20
Pelakon : Fattah Amin, Sweet Qismina, Izzat Mushtaq, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil, Syafi Tee, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri

Pink Smile (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Pink Smile

sebuah drama adaptasi novel karya Luna Adresia mengisahkan percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang berjaya menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha kafe Duncan Cafe.

Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna. 

Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati (Afifah Nasir) telah memberi saingan kepada Luna untuk memenangi hati Areeq.

Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius?

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments